PENGURUS BESAR KEJORA TERIMA KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA (APM) NEGERI JOHOR

BANDAR PENAWAR, 14 Januari – Pengurus Besar KEJORA, Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil pada hari ini telah menerima kunjungan hormat dari Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri Johor.
Kunjungan hormat dari APM ini diketuai oleh Pengarah APM Negeri Johor, PPj. (PA) Kamal bin Mokhtar. Turut serta dalam kunjungan hormat adalah Timbalan Pengarah APM Negeri Johor, YS Lt. Kol (PA) Erwin bin Kinsui, Ketua Cawangan Bencana Operasi APM Negeri Johor, Kapt. (PA) Mohd Aziz bin Jupri serta Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kota Tinggi, Lt. (PA) Mohd Khairul Anuar bin Abdul Karim.
Peluang kunjungan hormat ini juga digunakan untuk membincangkan dan mempertingkatkan tahap keselamatan di pantai Tanjung Balau dengan menjadikan menara penyelamat di pantai Tanjung Balau sebagai Baywatch untuk pihak APM. Selain itu juga turut dibincangkan adalah operasi pemantauan dan menyelamat pantai yang dicadangkan untuk diadakan secara kerjasama antara APM dan KEJORA.
Pihak APM Johor juga berhasrat untuk mendirikan sebuah pusat operasi yang boleh mengawal bukan hanya di kawasan Tanjung Balau tetapi dijadikan hub-operasi APM di Kawasan Pengerang.
Turut serta di dalam kunjungan hormat ini juga adalah Pengurus Perancangan Strategik, Pengurus Hartanah, Pengurus Pelancongan, Ketua Unit Pengurusan Fasiliti serta wakil Bahagian Pentadbiran & Pengurusan Sumber Manusia KEJORA.
Menjadi harapan KEJORA agar kunjungan hormat dan perbincangan ini akan mewujudkan kerjasama yang strategik diantara pihak APM dan KEJORA dalam usaha memberikan pertolongan kecemasan kepada pengunjung di Pantai Tanjung Balau serta Pengerang.