PROGRAM KUNJUNG RAMADAN WILAYAH KEJORA TAHUN 2023M/1444H

Pada bulan yang penuh barakah ini, KEJORA melalui Bahagian Pembangunan Sosial dan Pemajuan Desa dengan kerjasama JPKK Wilayah KEJORA telah menganjurkan Program Kunjung Ramadan Wilayah KEJORA Tahun 2023M/1444H dan bermula pada 4 dan 5 April 2023 bersamaan 13 dan 14 Ramadhan 1444H.
Untuk sesi ini, program ini telah dilaksanakan di empat kawasan dalam Wilayah KEJORA iaitu di Kampung Melayu Batu 4, Paloh, Kluang dan Kampung Semangar, Kota Tinggi pada 4 Mac 2023. Dalam majlis ini, penyerahan sumbangan Aidilfitri berbentuk wang tunai RM200.00 setiap seorang telah diberikan kepada anak yatim di kampung tersebut . Sumbangan kepada 33 orang anak yatim berjumlah RM6,600.00 ini adalah pemberian dari pihak Yayasan Kebajikan Anak Yatim Al-Husna Wilayah Johor Tenggara
Manakala, pada 5 Mac 2023, program seterusnya dilaksanakan di Kampung Tanjung Sedili, Kota Tinggi dan Kampung Dato’ Abdul Rahman Yassin, Kluang. Sebanyak 86 anak yatim dari kalangan kampung tersebut turut menerima sumbangan Aidilfitri berjumlah RM17,200.00.
Majlis diteruskan dengan sesi tazkirah ramadan dan majlis berbuka puasa bersama masyarakat kampung yang terlibat. Semoga program seperti ini dapat menzahirkan ikatan perpaduan di antara pihak KEJORA dan penduduk kampung dalam Wilayah KEJORA selain kewajipan dalam melaksanakan ibadah puasa.