PROGRAM AGIHAN BUBUR LAMBUK DAN DODOL SEMPENA ISTIMEWA RAMADAN 2023

Biro Kerohanian melalui Kelab Anggota KEJORA (KAK) telah mengadakan Program Agihan Bubur Lambuk dan Dodol Sempena Istimewa Ramadan 2023.
Dimulakan dengan aktiviti gotong-royong memasak dodol dan bubur lambuk yang disertai oleh Pasukan Rewang KAK pada 5hb. April 2023 hingga 6hb. April 2023.
Program ini diserikan lagi dengan serahan Bubur Lambuk dan Dodol kepada Anggota KEJORA yang diketuai oleh Dato’ Haji Mohd Rusdi bin Mohd Darus, Pengurus Besar KEJORA.
Terima Kasih diucapkan kepada Ahli Kelab Anggota KEJORA yang bertungkus lumus dalam menyediakan Bubuk Lambuk dan Dodol bagi menjayakan program ini.
Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.