IKLAN TAWARAN SEWAAN RUANG NIAGA KEJORA BIL. 1/2023

IKLAN TAWARAN SEWAAN RUANG NIAGA KEJORA BIL. 1/2023

Tawaran adalah dipelawa kepada pemohon-pemohon BUMIPUTERA yang berminat & memenuhi syarat-syarat permohonan untuk menyewa ruang niaga / premis Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) di lokasi berikut :

i)   Bandar Mas

ii)   Bandar Penawar

iii)   Taman Bayu Damai

iv)   Tanjung Balau

v)   Bandar Tenggara

vi)   Taman Sri Lambak

vii)  Bandar Sri Perani

viii) Bandar Petri Jaya

 

Maklumat lanjut iklan >>> IKLAN PREMIS BIL12023

 

 

  1. Tempoh tawaran permohonan ini adalah sebagaimana berikut:
                   Tarikh Mula : 10 April 2023 (ISNIN)
                    Tarikh Tutup : 24 April 2023 (ISNIN)
  2. Syarat-syarat permohonan adalah sebagaimana berikut:
    i. Warganegara Malaysia;
    ii. Bumiputera;
    iii. Penduduk / Pengusaha di dalam Wilayah KEJORA (Bandar Baharu KEJORA, FELDA, kampung tradisional & kawasan sekitar); dan
    iv. Permohon baru atau sedang menjalankan perniagaan.
  3. Pemohon baharu adalah dinasihatkan agar membuat semakan & lawatan ke atas premis yang berkenaan sebelum mengemukakan permohonan.
  4. Dokumen-dokumen yang PERLU dimuatnaik bersama Borang Permohonan Sewaan Premis
    adalah sebagaimana berikut:
    i. Salinan Kad Pengenalan
    ii. Salinan Pendaftaran SSM (Borang A atau D termasuk maklumat perniagaan & makluman pemilik masa kini)
    iii. Salinan Borang 9, Borang 24 & Borang 49 (jika pendaftaran syarikat atau Sdn. Bhd.)
    iv. Salinan Lesen Perniagaan (jika ada)
    v. Salinan Penyata Kewangan terkini ATAU Penyata Akaun Bank (3 bulan terakhir) ATAU Salinan Buku Simpanan Bank (butir akaun & baki akhir)
    vi. Salinan sijil atau dokumen sokongan lain yang berkaitan (contoh seperti Persijilan HALAL, penyertaan kursus & lain-lain)
    vii. Salinan sijil akademik tertinggi
    viii. Melampirkan kertas kerja syarikat yang lengkap bagi permohonan yang berkaitan dan bertanda *.
  5. Sila lengkapkan borang permohonan di https://forms.gle/5ptbQ89iwz58uJKf6 sebelum atau pada 24 April 2023 sebelum pukul 5.00 petang.
  6. Permohonan yang tidak lengkap & tidak mengemukakan dokumen-dokumen di atas akan dikiraTERBATAL serta tidak akan diproses.
  7. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Unit Ekonomi & Usahawan KEJORA di talian 078843197.