PROGRAM ON-BOARDING DESAMALL@KPLB DAN PROGRAM PENDIGITALAN USAHAWAN (PPU) SIRI 2 DI PULAU PINANG
Pada 21 & 22 Julai 2022, Usahawan Bimbingan KEJORA telah menghadiri Program On-boarding Desamall@KPLB dan Program Pendigitalan Usahawan (PPU) Siri 2 yang diadakan di Setia Spice Convention Centre, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Che Murad Sayang bin Ramjan, TKSU (D) KPLB.
Seramai 30 usahawan KEJORA telah diberi pendedahan dan bimbingan bagi membolehkan produk / pekhidmatan mereka dipasarkan di platform e-dagang seperti Shopee, Lazada, eBay dan PrestoMall di bawah Desamall@KPLB.
Program Pendigitalan Usahawan Luar Bandar pula diperkenalkan bagi memberi kursus atau latihan secara praktikal yang membolehkan usahawan terbabit melakukan usaha pendigitalan perniagaan menerusi pemasaran perniagaan dalam talian iaitu menggunakan Maybank QRPay, Foodpanda, Fasspay, Boost dan banyak lagi.
Usaha ini secara tidak langsung membantu para usahawan mengembangkan perusahaan mereka serta menyokong hasrat KPLB ke arah pendigitalan usahawan luar bandar.
Syabas dan tahniah.