PROGRAM PELANCONGAN DESA MELALUI PENGANJURAN KURSUS ENGLISH FOR TOURISM WILAYAH KEJORA

KEJORA Terus Komited Memperkasakan Program Pelancongan Desa Melalui Penganjuran Kursus English For Tourism Wilayah KEJORA Tahun 2022
Pada 24 hingga 26 Mac 2022, pihak KEJORA melalui Bahagian Pelancongan telah menganjurkan Kursus English For Tourism Wilayah KEJORA Tahun 2022 bertempat di Imperial Heritage Hotel, Melaka.
Kursus ini memberi pendedahan kepada para peserta berkaitan kemahiran Bahasa Inggeris mudah bagi meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris, menguasai kemahiran berkomunikasi dan berinteraksi dengan setiap pelanggan serta memudahkan penyampaian dalam Bahasa Inggeris kepada pelancong.
Kursus ini telah disertai seramai 16 orang peserta yang mewakili persatuan, komuniti dan pengusaha pelancongan desa Wilayah KEJORA iaitu :
i. Jawatankuasa Homestay Kg Mawai Baru;
ii. Jawatankuasa Homestay Kg. Johor Lama;
iii. Jawatankuasa Homestay Kg. Sedili Kecil;
iv. Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan (JPKK) Kg. Tanjung Surat;
v. Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan (JPKK) Kg. Tanjung Sedili dan
vi. Belungkor Venture.
Majlis Penutup telah dirasmikan oleh Puan Suraya Hani binti Sharan, Pengurus Pelancongan selaku wakil rasmi Pengurus Besar KEJORA.
Semoga dengan penganjuran kursus ini, dapat meningkatkan mutu kualiti dalam memperkasakan pelancongan desa wilayah KEJORA serta memartabatkan sektor pelancongan di kawasan kampung masing-masing agar matlamat pelancongan berasaskan komuniti (community based tourism) dapat dicapai dengan jayanya.
#KPLB
#KEJORA
#LuarBandarSejahtera
#KeluargaMalaysia
#BekerjaBersamaRakyat
#JubliEmasKEJORA
#PenerajuTerasKemakmuran