SOROTAN GAMBAR LAWATAN PENANDA ARAS KE PUSAT DATA SEKTOR AWAM (PDSA), PUTRAJAYA, PUSAT DATA JABATAN PERDANA MENTERI DAN SYARIKAT HUAWEI MALAYSIA

Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) melalui Bahagian Teknologi Maklumat telah mengadakan Sesi Lawatan Penanda Aras ke Pusat Data Sektor Awam (PDSA) Putrajaya, Pusat Data Jabatan Perdana Menteri dan Huawei Teknologi Malaysia pada 27hb. Disember 2022.
Lawatan yang diketuai oleh Tuan Haji Matriffin bin Md. Amin selaku Pengurus Teknologi Maklumat merangkap Pegawai Keselamatan ICT (ICTSO) serta 11 lagi pegawai lain bertujuan untuk mendapatkan idea dan pandangan dalam perkongsian teknologi semasa bagi pengurusan pusat data serta melihat teknologi ‘smart rack server’ sebagai strategik penambahbaikan Pusat Data dan Rangkaian KEJORA.
Pihak KEJORA ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Bahagian Teknologi Maklumat Jabatan Perdana Menteri yang diketuai oleh Encik Padzal bin Ahmad, Setiausaha Bahagian, Pusat Data Sektor Awam (PDSA) yang diketuai oleh Puan Wahidah binti Mohamed, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Perkhidmatan Gunasama Infrastruktur Dan Keselamatan ICT dan Huawei Teknologi Malaysia atas taklimat dan perkongsian teknologi yang diberikan.