USAHAWAN KEJORA KE SABAH INTERNATIONAL FOOD EXPO (SIFEX) 2023
Buat julung kalinya, usahawan bimbingan KEJORA telah menyertai Sabah International Food Expo (SIFEX) 2023, bermula pada 17 hingga 19 Mac 2023 di SICC Kota Kinabalu, Sabah.
Majlis Perasmian Sabah International Food Expo (SIFEX) 2023, telah disempurnakan oleh YB Tuan Chan Foong Hin, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Objektif program ini adalah bagi mengumpulkan produk-produk usahawan makanan dan minum dari pelbagai negara antaranya daripada Negara Brunei, Egypt, Indonesia dan sebagainya. Terdapat lebih dari 200 booth jualan dengan pelbagai produk usahawan makan dan minum dibuka sepanjang karnival ini berlangsung.
Pada SIFEX 2023 kali ini pihak KEJORA telah membawa beberapa jenama produk daripada usahawan bimbingan KEJORA antaranya jenama Farhana, Beligo, D’diana, Piyok Asam Pedas dan Delitaste yang antara lainnya adalah bagi menyediakan satu platform untuk mempromosikan produk usahawan wilayah KEJORA bukan sahaja dalam negara malah juga di luar negara.
Pihak KEJORA merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur yang sudi mempelawa KEJORA di dalam SIFEX 2023. Kepada semua usahawan, tingkatlah mutu serta kualiti termasuk kuantiti disamping terus mempromosikan produk usahawan KEJORA demi kelangsungan ekonomi penduduk Wilayah KEJORA.