YAYASAN KANSER TUNKU LAKSAMANA JOHOR & KEJORA BERGANDING BAHU RAIKAN PEJUANG KANSER EDISI MERDEKA 2025

Seramai 130 orang pejuang kanser telah hadir program “Be Bold” Edisi Merdeka 2025 anjuran Cancer Support Group, Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor dengan kerjasama KEJORA.
Program ini adalah bertujuan menggalakkan penglibatan serta menerapkan kebersamaan kepada para pejuang kanser dalam menyemarakkan patriotisme sempena menyambut Hari Kemerdekaan ke-68. Program ini juga menjadi ruang kepada pemerkasaan emosi, fizikal dan mental buat para pejuang kanser yang tidak pernah mengalah.
Antara aktiviti yang diadakan sebagai pengisian program adalah sukaneka dan kibaran Jalur Gemilang.
Terima kasih kepada jawatankuasa penganjur dan peserta yang terlibat menjayakan program ini. Semoga kerjasama ini menjadi pencetus kepada lebih banyak inisiatif kebajikan dan kesejahteraan kepada keseluruhan komuniti pada masa akan datang.