Entries by

???? ??????? ???? ??. ????’ ????? ?????? ??????, ?????? ?? ??????? ???????? ????? ???????? (??????)

Seramai 44 orang delegasi dari Kampung Dato’ Abdul Rahman Yassin, Kluang terdiri daripada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) serta penduduk kampung telah mengadakan sesi lawatan ke KEJORA pada 3 Januari 2022 (Isnin). Kehadiran delegasi yang bermula pada jam 9.00 pagi telah dibawa ke Muzium Nelayan Tg. Balau. Lawatan ini turut diserikan dengan sesi ramah […]

SKIM BANTUAN MODAL NIAGA (SBMN)

Skim Bantuan Modal Niaga (SBMN) bertujuan memberi bantuan perniagaan kepada kumpulan berpendapatan B40 dan M40 di wilayah KEJORA dalam bidang keusahawanan. SBMN diwujudkan bagi membantu meningkatkan taraf hidup mereka yang kurang berkemampuan ke arah yang lebih baik seterusnya melahirkan masyarakat bumiputera yang berdikari dan rajin berusaha. Bentuk bantuan yang disediakan adalah seperti keperluan peralatan dan […]

PASUKAN SUKARELAWAN BENCANA KEJORA

PASUKAN SUKARELAWAN BENCANA KEJORA Seramai 40 anggota Pasukan Sukarelawan Bencana KEJORA yang diketuai oleh Encik Yusrihan bin Jusak telah menyertai Misi Bantuan Pasca Banjir Kampung Angkat KPLB di Kampung Karak Setia, Karak, Pahang Darul Makmur. Didoakan Pasukan Sukarelawan Bencana KEJORA sentiasa dalam keadaan sihat, selamat, terlindung dari wabak penyakit dan apa jua mara bahaya di […]

PENYERAHAN KIT BANTUAN BENCANA

PENYERAHAN KIT BANTUAN BENCANA Dato’ Haji Mohd Rusdi bin Mohd Darus, Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) telah menyampaikan sebanyak 30 Kit Bantuan Bencana kepada Pejabat Kesihatan Daerah Kota Tinggi pada 28 Disember 2021 yang lalu. Kit bantuan ini akan diserahkan kepada penduduk Kampung Orang Asli Sungai Selanggi, Kota Tinggi, yang telah dikuarantin di […]

LKJT/UT/ KG TUAN SEH/P/2020/ K315

CADANGAN KERJA-KERJA MEMBINA DAN MENYIAPKAN SEBUAH PUSAT PENGUMPULAN DAN PENGHASILAN PRODUK KRAFTANGAN BERASASKAN MENGKUANG DI SEBAHAGIAN PTD 2730 SELUAS 1.50 EKAR, KAWASAN PERTANIAN KG TUAN SEH, MUKIM SEDILI BESAR, DAERAH KOTA TINGGI, JOHOR DARUL TA’ZIM Pautan sidang video (VC) adalah sepertimana di bawah: https://lembagakemajuanjohortenggara.my.webex.com/lembagakemajuanjohortenggara.my/j.php?MTID=mf04a72d962772cc6756e8c1461b26e7f Monday, Jan 10, 2022 10:00 am | 6 hours | (UTC+08:00) […]

MAJLIS SAMBUTAN HARI INOVASI DAN PSIKOLOGI KEJORA TAHUN 2021

MAJLIS SAMBUTAN HARI INOVASI DAN PSIKOLOGI KEJORA TAHUN 2021 I 28 DISEMBER 2021 I DEWAN KEJORA, BANDAR PENAWAR. Majlis Sambutan Hari Inovasi dan Psikologi KEJORA Tahun 2021 merupakan acara kemuncak program induk yang dianjurkan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) dalam membudayakan kreatif dan inovatif dikalangan warga KEJORA. Pelbagai acara telah diatur sepanjang majlis dilaksanakan antaranya […]

MAJLIS MENANDATANGI PERJANJIAN TAMBAHAN (MOA) ANTARA LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA (KEJORA) DAN INSTITUT PENYELIDIKAN PERHUTANAN MALAYSIA (FRIM)

Majlis Menandatangi Perjanjian Tambahan (MOA) antara Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) bagi Projek Kajian Penanaman Mengkuang telah berlangsung pada 24 Disember 2021 (Jumaat) bertempat di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). Menariknya, projek kajian penanaman mengkuang ini merupakan projek yang pertama dan projek perintis yang diusahakan oleh KEJORA bersama-sama pihak […]

SUMBANGAN KIT BANTUAN BANJIR KEJORA-MELAKA

Sebanyak 75 Kit Banjir KEJORA telah diserahkan kepada Pejabat RISDA Negeri Melaka selaku penyelaras agihan Kit Banjir KPLB kepada mangsa banjir di Negeri Melaka. Semoga dengan bantuan yang telah disalurkan ini dapat membantu mengurangkan beban kepada mangsa banjir yang terkesan. #KPLB #KEJORA #LuarBandarSejahtera #KeluargaMalaysia #BekerjaBersamaRakyat #JubliEmasKEJORA #PenerajuTerasKemakmuran

SUMBANGAN KIT BANTUAN BANJIR KEJORA-NEGERI SEMBILAN

Sebanyak 75 Kit Banjir KEJORA telah berjaya diserahkan kepada Pejabat RISDA Negeri Sembilan selaku penyelaras agihan Kit Banjir KPLB kepada mangsa banjir di Negeri Sembilan. Semoga dengan kit bantuan yang disalurkan ini dapat mengurangkan serba sedikit bebanan kepada mangsa banjir yang terkesan. #KPLB #KEJORA #LuarBandarSejahtera #KeluargaMalaysia #BekerjaBersamaRakyat #JubliEmasKEJORA #PenerajuTerasKemakmuran