𝐊𝐀𝐑𝐍𝐈𝐕𝐀𝐋 𝐏𝐑𝐎𝐒𝐏𝐄𝐊 𝐌𝐔𝐊𝐈𝐌 𝐉𝐎𝐑𝐀𝐊 𝐏𝐀𝐍𝐂𝐇𝐎𝐑 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒

𝐏𝐀𝐆𝐎𝐇, 𝟐𝟒 𝐅𝐞𝐛𝐫𝐮𝐚𝐫𝐢 – Pada hari ini telah berlangsung Majlis Perasmian Karnival PROSPEK Mukim Jorak Panchor Tahun 2024 yang telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Hasrin Kamal bin Hashim, Pegawai Daerah Muar wakil rasmi Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Dr Hj Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor di Pekan Panchor di sini.
Di dalam ucapannya perasmiannya, beliau menyatakan harapan untuk Koperasi Mukim Jorak Panchor Berhad untuk mengambil inisiatif yang aggresif dalam menguruskan pemasaran produk hasil dari Program PROSPEK ini. Beliau menambah, seluruh Ahli Koperasi perlu bersatu dalam memastikan segala peruntukan yang disalurkan digunakan sebaiknya demi kemajuan Mukim Jorak Panchor.
Manakala, di dalam ucapan aluan, Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pengurus Besar KEJORA memaklumkan bahawa program PROSPEK Jorak Panchor ini adalah program pertama seumpamanya di Negeri Johor. Manakala peruntukan keseluruhan PROSPEK ini adalah sebanyak RM8Juta untuk tempoh 5 tahun bermula tahun 2021 hingga 2025. Pecahan peruntukan ini adalah Projek Ekonomi (60%), Projek Perumahan (20%) & Kemudahan Asas/Infra (20%).
Di dalam majlis ini, beberapa penyerahan telah disampaikan antaranya, penyerahan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Bina Baru bernilai RM66,000.00 dan penyerahan sumbangan bantuan ekonomi PROSPEK ternakan Udang Galah bernilai RM10,000.00.
Turut hadir dalam majlis perasmian ini ialah, YB Tn. Ir Ts Mohamad Fazli bin Mohd Salleh, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur Dan Komunikasi Negeri Johor merangkap ADUN Bukit Pasir, YBrs. En. Mohd Hisam bin Said, Pentadbir Tanah Daerah Muar, YBrs. Pn. Noorhasikin binti Awang, PSU Bahagian Tanah & Wilayah KKDW, YBhg. Tn. Hj Norrizam bin Mohamad, YDP Majlis Perbandaran Muar, YBrs. En. Mesafizam bin Mesri, Penghulu Mukim Jorak Panchor, Pengurusan KEJORA serta Ketua-Ketua Jabatan & Agensi Daerah Muar.
Terima kasih kepada semua hadir dan yang sama-sama membantu menjayakan majlis perasmian ini.

PANCHOR BERSELAWAT SEMPENA KARNIVAL PROSPEK MUKIM JORAK, PANCHOR, MUAR

𝑃𝑎𝑛𝑐ℎ𝑜𝑟 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑒𝑙𝑎𝑤𝑎𝑡 𝑆𝑒𝑚𝑝𝑒𝑛𝑎 𝐾𝑎𝑟𝑛𝑖𝑣𝑎𝑙 𝑃𝑅𝑂𝑆𝑃𝐸𝐾 𝑀𝑢𝑘𝑖𝑚 𝐽𝑜𝑟𝑎𝑘, 𝑃𝑎𝑛𝑐ℎ𝑜𝑟, 𝑀𝑢𝑎𝑟.

LENSA HARI PERTAMA KARNIVAL PROSPEK MUKIM JORAK PANCHOR, MUAR

𝐋𝐄𝐍𝐒𝐀 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐌𝐀
Karnival PROSPEK Mukim Jorak Panchor, Muar.

SUASANA SEKITAR KARNIVAL PROSPEK MUKIM JORAK PANCHOR, MUAR

Suasana sekitar Karnival PROSPEK Mukim Jorak Panchor, Muar.
Ayuh Warga Pagoh dan Sekitar!!!
Datang beramai-ramai ke Pekan Panchor!!!
Pelbagai Aktiviti dan Gerai Jualan dibuka.

PROGRAM KECERGASAN KEJORA

BANDAR PENAWAR, 20 Februari – Bertempat di Stadium Penawar telah diadakan Program Kecergasan Peringkat KEJORA yang telah dihadiri oleh Pengurus Besar KEJORA, Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pengurusan serta Anggota KEJORA.
Program ini dianjurkan bertujuan untuk menerapkan gaya hidup sihat kepada semua Warga KEJORA dengan menerapkan elemen senaman ringan dan mudah. Senaman pagi yang mempunyai pelbagai kepentingan yang dapat memberi impak positif kepada kesihatan dan keadaan emosi Warga KEJORA.
Antara kepentingan senaman pagi adalah:
1. Meningkatkan kecerdasan mental;
2. Menyokong kesihatan jantung;
3. Meningkatkan suasana hati;
4. Menyokong pengurusan berat badan;
5. Meningkatkan kualiti tidur; dan
6. Memperbaiki sistem pencernaan
Terima kasih kepada Pejabat Kesihatan Daerah Kota Tinggi yang sudi menjadi tenaga pengajar (instructor) di dalam Program Kecergasan KEJORA pada pagi ini.

MAJLIS PENYERAHAN SIJIL LAYAK MEMILIKI RUMAH TAMAN PENAWAR HARMONI

BANDAR PENAWAR, 19 Februari – Pada hari ini telah berlangsung Majlis Penyerahan Sijil Layak Memiliki Rumah (SLMR) dan Program J-Home One Stop Centre, Taman Penawar Harmoni, Bandar Penawar yang telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Jafni Bin Md Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor di Dewan KEJORA.
Penerima SLMR pada hari ini boleh terus memohon pinjamaan bank di kaunter yang disediakan oleh Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor (PKPJ). Menariknya, One Stop Centre (OSC) PKPJ pada hari ini, bukan sahaja disediakan kaunter PKPJ untuk memproses sijil dan lain-lain, akan tetapi Pihak PKPJ dan KEJORA juga telah menjemput bank-bank seperti BSN, Bank Rakyat & Bank Muamalat, serta perkhidmatan guaman dan yang paling utama adalah kaunter AKPK atau Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Negara dalam usaha membantu memudahkan rakyat memohon pinjaman kewangan perumahan.
Seramai lebih dari 70 penerima telah menerima SLMR pada hari ini dan telah layak untuk membuat proses seterusnya seperti pengurusan pinjaman perumahan dan sebagainya.
Hadir sama di dalam majlis ini adalah Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan & Penerangan Johor merangkap ADUN Tanjung Surat, YB Tuan Aznan Hj. Tamin, ADUN Kawasan Penawar, YB Fauziah Misri, Pengurus Besar KEJORA, Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, YDP Majlis Perbandaran Pengerang, YBhg Puan Hajah Zihan binti Ismail, Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor, YBrs. Dr. Mohd Shahrizan bin Sahid, Penolong Pegawai Daerah Kota Tinggi, YBrs. Encik Muhammad Hazim bin Zulkifli, Pengurusan Kanan KEJORA serta Pengurusan Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor (PKPJ).
Setelah tamat majlis penyerahan ini, Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Jafni serta tetamu kehormat telah meluangkan masa untuk melawat Taman Penawar Harmoni yang telah siap dibina serta sedia untuk diduduki.

PENGURUS BESAR KEJORA SEMPURNAKAN PROGRAM KHATAN PERDANA WILAYAH KEJORA TAHUN 2024

BANDAR TENGGARA, 17 Februari – Pengurus Besar KEJORA, Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil pada hari ini telah menyempurnakan Program Khatan Perdana Wilayah KEJORA di Dewan Tenggara.
Program berkhatan beramai-ramai setiap kali musim cuti persekolahan menjadi salah satu platform mengeratkan silaturahim antara komuniti setempat. Pada tahun ini, lebih dari 100 peserta telah berdaftar untuk program ini yang merangkumi peserta dari Wilayah KEJORA terutama dari golongan B40. Program berkhatan kali ini dimulakan dengan taklimat kesihatan dari Pejabat Kesihatan Daerah Kota Tinggi, Doa Selamat, perarakan peserta serta proses bersiram yang diketuai oleh Pengurus Besar KEJORA, Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil..
Program ini juga merupakan program jalinan kerjasama antara Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA), Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Wilayah KEJORA, Masjid Al-Husna Bandar Tenggara, Persatuan Aktiviti Warga Emas (PAWE) Bandar Tenggara serta BOMBA Bandar Tenggara
.
Tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Program Khatan Perdana Wilayah KEJORA tahun 2024.
Sabda Baginda SAW:
“Fitrah ada lima perkara atau lima perkara yang menjadi fitrah manusia iaitu berkhatan, memotong bulu ari-ari, mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan memendekkan misai.” Riwayat al-Bukhari (5889)

MAJLIS AMANAT KETUA SETIAUSAHA NEGARA TAHUN 2024

Pada 13 Februari 2024 (Selasa), Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara telah menyampaikan amanat kepada penjawat awam yang bertempat di Dewan De’ Seri Endon Puspanitapuri, Persiaran Seri Perdana. Turut hadir bersama ke majlis amanat ini ialah Pengurus Besar KEJORA, Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil.
Manakala, pegawai-pegawai KEJORA turut mendengar amanat dari Ketua Setiausaha Negara secara online melalui pautan FB live Jabatan Perdana Menteri.
Antara intipati penting saranan Tan Sri Dato’ Ketua Setiausaha Negara agar semua penjawat awam meningkatkan kecekapan dan profesionalisme dalam memastikan penyampaian perkhidmatan kerajaan yang telus, pantas dan mencapai keberhasilan yang ditetapkan.

PENGURUS BESAR KEJORA ADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS PENGARAH PTG JOHOR

NUSAJAYA, 12 Februari – Pengurus Besar KEJORA, Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil hari ini mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengarah Tanah & Galian Johor, YBhg. Tuan Haji Mohammed Shakib bin Haji Ali.
Pertemuan selama hampir 1 jam itu berlangsung di Pejabat Pengarah PTG di sini.
Turut bersama dalam kunjungan hormat itu adalah, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), Puan Marlina binti Amir, Pengurus Kanan Pemegang Taruh & Projek Khas, Puan Nurul Aishah binti Mohamadon, Pengurus Hartanah, Cik Haslinda binti Abu Bakar serta Ketua Unit Komunikasi Korporat, En. Mohamad Azrul bin Hj. Shari.
Pertemuan ini memberi tumpuan kepada beberapa perkara dalam pentadbiran tanah Wilayah KEJORA.

MAJLIS AMANAT YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI & MENTERI KEMAJUAN DESA DAN WILAYAH KEPADA PENGERUSI, AHLI LEMBAGA PENGARAH DAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF SYARIKAT MILIKAN AGENSI KKDW DI HOTEL SERI PACIFIC, KUALA LUMPUR

Majlis Amanat YAB Timbalan Perdana Menteri & Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah kepada Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Milikan Agensi KKDW telah berlangsung di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur pada 5 Februari 2024.
Seramai 11 orang yang terdiri daripada Timbalan Pengerusi KEJORA, Pengurus Besar KEJORA, Ahli Lembaga Pengarah KEJORA serta Ahli Lembaga Pengarah Anak Syarikat KEJORA telah menghadiri majlis tersebut.
Antara objektif pertemuan ini adalah:
(i) Merupakan ‘onboarding’ YAB TPM dan Menteri KKDW bersama Pengerusi, ALP dan KPE yang telah dilantik.
ii) Menekankan akan tanggungjawab fidusiari Lembaga Pengarah dalam menjalankan amanah agar selari dengan kepentingan Kerajaan.
(iii) Menekankan tanggungjawab Lembaga Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat untuk mengukuhkan tadbir urus syarikat serta memastikan kemampanan syarikat agar kurang kebergantungan kepada Kerajaan. Ini selari dengan hala tuju syarikat milikan Agensi KKDW untuk menjadi profit centre.
(iv) Sebagai platform untuk memupuk dan memantapkan networking di antara syarikat milikan Agensi KKDW agar kerjasama strategik dan sinergi dapat diwujudkan dengan lebih efektif.