SELAMAT DATANG & SELAMAT BERTUGAS KEPADA ANGGOTA BAHARU KEJORA

BANDAR PENAWAR, 4 Februari – Selamat datang dan selamat bertugas kepada anggota baharu KEJORA. Seramai 16 kakitangan baharu Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) telah dilantik pada awal tahun 2024.
Pegawai-pegawai lantikan baharu ini telah melaporkan diri di Ibu Pejabat KEJORA, Jalan Dato’ Hj. Hassan Yunus bermula pada 1 Februari 2024 yang lalu. Mereka yang melaporkan diri ini terdiri daripada kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) gred 41 sehingga staf Kumpulan Pelaksana (gred 29-11).
Pengurus Besar KEJORA, Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil telah menyampaikan amanat kepada semua anggota baharu. Antara intipati ucapannya adalah mengingatkan kepada semua agar sentiasa bersatu padu, bekerjasama dan bekerja dalam satu pasukan, saling hormat – menghormati, setiakawan dan berpegang kepada semangat “dimana bumi di pijak, disitu langit dijunjung”.
Beliau menambah, anggota baru perlu bijak dan bersikap professional ketika berurusan dengan golongan sasar serta mempersiapkan diri dengan ilmu, saling menghormati ketua dan pemimpin atasan serta yakin dan sabar dalam penugasan.
Bersempena dengan majlis amanat Pengurus Besar KEJORA ini juga, anggota baharu telah melafazkan Ikrar Akujanji, Ikrar Perkhidmatan Awam serta Ikrar Akta Rahsia Rasmi 1972.
Selamat Bertugas buat semua Warga Kerja KEJORA.

MAJLIS PERASMIAN MINI KARNIVAL USAHAWAN DESA (KUD) @KOTA SAMARAHAN, SARAWAK

Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pengurus Besar KEJORA telah menghadiri Majlis Perasmian Mini Karnival Usahawan Desa (KUD) @Kota Samarahan, Sarawak yang telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah pada 2 Februari 2024 bertempat di Halaman Samarahan, Sarawak.
Turut hadir bersama ialah Encik Sh Khayulzahri bin Sh A. Raof, Ketua Unit Ekonomi dan Usahawan dan Puan Nur Atiqah binti Othman, Penolong Pengurus Kanan, Unit Ekonomi dan Usahawan. Program ini akan berlangsung selama 4 hari bermula pada 1 Februari hingga 4 Februari 2024.
Pelaksanaan program ini bertujuan untuk mempromosi dan menjadi salah satu medium untuk mewujudkan akses pasaran produk/ perkhidmatan usahawan luar bandar kepada pemborong, pengedar dan pembeli serta meningkatkan daya saing dan kebolehpasaran produk luar bandar serta meneroka peluang pasaran baharu yang lebih besar.

CABUTAN UNDI TAWARAN KERJA KEJORA

BANDAR PENAWAR, 1 Februari – Sesi cabutan undi kerja-kerja membaiki kecacatan (defect) rumah di Taman Penawar Harmoni, Bandar Penawar, Mukim Tanjung Surat, Daerah Kota Tinggi, Johor telah diadakan pada pagi ini di Dewan KEJORA, Bandar Penawar.
Alhamdulillah, Tahniah dan syabas kepada semua kontraktor yang berjaya dalam tawaran kerja KEJORA melalui proses cabutan undi yang diadakan.
Menjadi harapan KEJORA agar kontraktor yang berjaya dapat menyiapkan kerja-kerja pembaikan mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan.

SISTEM PENGURUSAN KUALITI (SPK) MS ISO 9001:2015 – Kursus Pemahaman Standard Dan Kompetenan Juruaudit Dalaman MS ISO 9001:2015 KEJORA

Kursus Pemahaman Standard Dan Kompetenan Juruaudit Dalaman MS ISO 9001:2015 KEJORA telah diadakan pada 29 hingga 31 Januari 2024 bertempat di Bilik Taklimat KEJORA. Kursus ini diadakan dengan kerjasama penceramah dari Intelect Momentum Training & Consulting Sdn Bhd yang diketuai oleh Encik Azzali bin Ahmad dan Encik Faidhal bin Faidhan.
Kursus ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan budaya penambahbaikan dalam Sistem Pengurusan Kualiti dan kefahaman menjalankan teknik-teknik yang sesuai untuk menjalankan audit yang cemerlang. Secara amnya KEJORA adalah organisasi pertama yang menjalankan kursus berkonsep hybrid menggabungkan dua modul serentak yang telah berlangsung selama 3 hari.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua Juruaudit Dalaman dan Pemegang Prosedur KEJORA yang telah menjayakan kursus ini dengan jayanya.

HAYATI ASPIRASI DESA MADANI KKDW DALAM USAHA MERENCANA SEBUAH REFORMASI

BANDAR PENAWAR, 28 Januari – Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) pada hari ini telah mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan KEJORA Bagi Bulan Januari 2024 di Dewan KEJORA, Bandar Penawar, Johor.
Pengurus Besar KEJORA, Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil telah menyeru agar Aspirasi Desa Madani yang diilhamkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dihayati dan dipraktikkan dalam gerak kerja KEJORA.
Beliau menambah, Aspirasi Desa Madani perlu direalisasikan berdasarkan 4 teras mengikut akronim KKDW itu sendiri iaitu (K) Kemahiran dan Pengetahuan, (K) Keberkesanan dan Kecekapan, (D) Data dan Digital serta (W) Wow Factor. Selari dengan itu juga, KEJORA juga mensasarkan gerak kerja yang proaktif dalam usaha memastikan peluncuran Aspirasi Desa MADANI terus digarap melalui enam (6) akronim utama yang terkandung dalam istilah KEJORA itu sendiri iaitu (K) Kemahiran, Keberkesanan & Kecekapan, (E) Ekonomi & Ehsan, (J) Jaringan Infrastruktur, (O) Orang Muda Johor, (R) Rejuvenasi serta (A) Agenda National dan Negeri. Akronim ini membawa maksud yang jelas dan selari dengan KKDW serta Negeri Johor berteraskan agenda National iaitu Gagasan Malaysia MADANI dan Dasar-Dasar Pembangunan Negeri Johor dibawah Gagasan Maju Johor.
Saya menyeru agar warga kerja KEJORA terus komited dalam memperkasa masyarakat desa. ,” ujar beliau.
Di dalam majlis perhimpunan ini juga, satu sesi pra-peluncuran sistem MyMesyuarat 2.0 yang akan digunapakai bagi kegunaan pemantauan mesyuarat dan sebagainya.
Selanjutnya, majlis turut diserikan dengan sesi ceramah bertajuk Keistimewaan Bulan Rejab yang telah disampaikan oleh Ustaz Luqmanul Hakim bin Ab. Rahman dari Majlis Agama Islam Daerah Kota Tinggi
Turut hadir di dalam majlis pada pagi ini ialah Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), Puan Marlina binti Amir, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), Encik Daud bin Abd. Rahman, Pengurus Kanan, Pengurusan Pemegang Taruh dan Projek Khas, Puan Nurul Aishah binti Mohamadon, Pengurusan KEJORA, Pengurusan Tertinggi KEJORA Development Holding serta anggota KEJORA.
Ingat dan berpeganglah kepada kata-kata dari Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor iaitu; BEKERJALAH DARI HATI, DENGAN PENUH HATI-HATI.

PENGURUS BESAR KEJORA LAWAT PROJEK PEMBANGUNAN PELANCONGAN TANJUNG BALAU

TANJUNG BALAU, 24 Januari – Pada pagi ini, Pengurus Besar KEJORA, Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil telah mengadakan lawatan ke projek pembangunan pelancongan di Pantai Tanjung Balau, Kota Tinggi, Johor.
Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan gambaran awal mengenai cadangan pembinaan kiosk serta tapak perkhemahan di pantai Tanjung Balau yang akan dibina pada tahun ini. Selari dengan pemantauan ini, Yang Berhormat Datin Paduka juga memantau kemajuan projek di Tanjung Balau bagi memastikan kemajuan projek mengikut jadual, kualiti kerja yang baik dan sempurna termasuk memberikan pandangan dalam usaha menambahbaik fasiliti di pantai Tanjung Balau.
Lawatan ke pantai Tanjung Balau ini meliputi projek-projek seperti berikut:-
1. Cadangan Pembinaan Kiosk Penjaja dan Peniaga di Pantai Tanjung Balau
2. Cadangan Pembangunan Tapak Dataran Parkir & Tapak Perkhemahan Tanjung Balau
3. Kerja-Kerja Menaiktaraf Tapak Geologi @ Tanjung Balau
Secara dasarnya, projek-projek ini akan memberikan faedah secara langsung kepada usahawan KEJORA disamping memberikan nilai tambah kepada pengunjung yang datang ke Tanjung Balau. Di samping itu juga, projek-projek ini adalah sebahagian dari kaedah mempromosikan Tanjung Balau sebagai destinasi pilihan keluarga berkonsep eco-pelancongan luar bandar.
Di dalam lawatan ini jugak, turut dibincangkan beberapa perkara seperti aspek keselamatan pengunjung, pandangan (view) sekeliling serta kaedah mengelakkan pencemaran serta aspek kebersihan di kawasan pantai Tanjung Balau.
Turut hadir di dalam sesi lawatan ini adalah Pengurus Pelancongan, Puan Suraya Hani binti Sharan, Pengurus Perancang Bandar & Pembangunan Projek, Encik Yusrihan bin Jusak, Ketua Unit Ekonomi & Usahawan, Encik Sh. Khayulzahri bin Sh. A. Raof, Ketua Unit Pengurusan Fasiliti, Encik Noorazmi bin Sahar, Ketua Unit Komunikasi Korporat, Encik Mohamad Azrul bin Hj. Shari, Penolong Pengurus Kanan Bahagian Perancangan Strategik, Puan Noorazah biniti Mohamed Iman, Arkitek, Encik Mohd Nazim bin Mohamad, Penolong Pengurus Pelancongan, Encik Abd. Rahman bin Abd. Samad serta pegawai-pegawai Bahagian Pelancongan dan Unit Pengurusan Fasitili KEJORA.

PENGURUS BESAR KEJORA ADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS PEGAWAI DAERAH KLUANG

KLUANG, 23 Januari – Pengurus Besar KEJORA, Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil hari ini mengadakan kunjungan hormat ke atas Pegawai Daerah Kluang, YBhg Tn. Hj. Mohd Rafie bin Abdullah
Pertemuan selama 1 jam itu berlangsung di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah Kluang.
Turut bersama dalam kunjungan hormat ini adalah Pengurus Kanan Pengurusan Pemegang Taruh & Projek Khas, Puan Nurul Aishah binti Mohamadon, Pengurus Perancang Bandar & Pembangunan Projek, Encik Yusrihan bin Jusak, Ketua Unit Komunikasi Korporat, Encik Mohamad Azrul bin Hj. Shari serta Penolong Pengurus Kanan Bahagian Perancangan Strategik, Puan Noorazah binti Mohamed Iman.
Menyifatkan pertemuan itu sebagai sesi perkenalan awal serta mengukuhkan lagi kerjasama yang sedia terjalin antara KEJORA dan Pejabat Daerah Kluang. YBhg. Tuan Pegawai Daerah Kluang memaklumkan mengenai beberapa permasalahan di dalam Wilayah KEJORA terutama di Dalam Daerah Kluang.
Pertemuan ini juga mengambil maklum akan cadangan perluasan kawasan operasi KEJORA terutama di Daerah Kluang.
Selain itu juga, beberapa perkara turut di bincangkan antaranya pembangunan usahawan, masalah perparitan dikampung-kampung serta perumahan turut mendapat perhatian di dalam sesi ini.
Terdahulu, Pengurus Besar KEJORA, Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil telah raikan dalam Majlis Bingkisan Kasih, Sanjungan Budi, Pejabat Daerah Kota Tinggi. Majlis ini diadakan sebaik sahaja Majlis Amanat Tahun Baharu 2024, Pegawai Daerah Kota Tinggi selesai di Dewan Jubli Intan, Kota Tinggi, Johor.

UNDIAN RUMAH TAMAN PENAWAR HARMONI & TAKLIMAT RINGKAS

BANDAR PENAWAR, 22 Januari – Pada hari ini, Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) melalui Bahagian Hartanah telah mengadakan proses taklimat ringkas dan undian Rumah Mampu Biaya, Taman Penawar Harmoni di Bilik Taklimat, Ibu Pejabat KEJORA.
Semua peserta yang layak iaitu seramai 17 orang telah melalui proses undian lot rumah ini. Kesemua penerima telah mendapat kelulusan dari Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor di bawah Kuota Prihatin.
KEJORA mengucapkan tahniah kepada semua yang berjaya di dalam permohonan ini.

KEJORA SEDIA PERUNTUKAN PROGRAM KECEMERLANGAN PENDIDIKAN (PKP)

BANDAR PENAWAR, 18 Januari – KEJORA melalui Bahagian Pembangunan Sosial & Pemajuan Desa (PSPD) telah mengadakan Latihan Penggunaan Sistem Pengurusan Sumbangan Pendidikan Wilayah KEJORA atau ringkasnya disebut EDURA di Dewan KEJORA, Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor.
Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pengurus Besar KEJORA. Di dalam ucapannya, Yang Berhormat Datin Paduka telah memaklumkan bahawa Sistem EDURA atau Educational KEJORA yang dibangunkan sepenuhnya oleh pihak KEJORA ini adalah satu sistem integrasi yang membolehkan pengurusan sumbangan pendidikan di dalam Wilayah KEJORA mudah diakses serta diseragamkan penggunaannya.
Beliau menambah, pada tahun 2024 ini, KEJORA melalui Bahagian PSPD telah memperuntukkan sebanyak RM250,000.00 bagi pelaksanaan Program Kecemerlangan Pendidikan (PKP) yang melibatkan 127 buah sekolah yang terdiri daripada 43 buah Sekolah Rendah, 26 buah Sekolah Menengah, 45 buah Sekolah Agama serta penambahan 7 buah Pusat Tahfiz di bawah Wilayah KEJORA.
Semoga dengan adanya sistem EDURA ini, akan memudahkan urusan sekolah di dalam Wilayah KEJORA dalam merangka aktiviti terbaik demi kemenjadian pelajar.

PROGRAM MEMBUDAYAKAN AL-QURAN DAN LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA (KEJORA)

Tarikh : 18 Janurai 2024 (Khamis)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Bilik Taklimat, Bangunan Ibu Pejabat KEJORA
Surah: As-Sajadah bermula dari Ayat 1 hingga 20 (Juzuk 21)
Pembimbing Bacaan:
1. Encik Daud Bin Abdul Rahman (Al-Quran)
2. Encik Mohd Yatim Bin Wagiman (Terjemahan)
3. Encik Superto@Mohd Nor Bin Munsarif (Hadis)