LAWATAN TIMBALAN PERDANA MENTERI & MENTERI KEMAJUAN DESA DAN WILAYAH (KKDW) KE DAERAH KOTA TINGGI

KOTA TINGGI, 9 Januari 2024 – Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa & Wilayah, YAB Dato’ Sri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi telah melawat Daerah Kota Tinggi yang telah dilanda musibah banjir. Lawatan ini juga dihadiri oleh Menteri Besar Johor, YAB Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi, Ahli Parlimen Kota Tinggi, YB Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Pegawai Daerah Kota Tinggi, YBhg. Tuan Haji Ahmad Nazir bin Hj. Mohd Nasir serta ramai lagi
KEJORA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa & Wilayah serta Menteri Besar Johor atas lawatan ke Daerah Kota Tinggi serta memberi sokongan kepada petugas yang bertungkus-lumus dalam membantu mangsa-mangsa banjir di Kota Tinggi.
KEJORA mendoakan agar semua mangsa yang terlibat dengan musibah banjir pada kali ini sentiasa tabah Dan bersabar dengan ujian yang menimpa.

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PENGURUS BESAR KEJORA

BANDAR PENAWAR, 7 Januari 2024 – Sesi Penyerahan Nota Serah Tugas telah disempurnakan oleh Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), En. Daud bin Abd. Rahman kepada Pengurus Besar KEJORA, Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil.
Majlis ringkas Serah Tugas ini berlangsung di hadapan Pejabat Pengurus Besar KEJORA pada pagi ini.
Turut sama dalam majlis ini adalah, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), Puan Marlina binti Amir serta Pengurus Pentadbiran & Pengurusan Sumber Manusia KEJORA, Encik Mohd Ashek bin Mohd Hassan.
Sejurus tamat majlis serah tugas ini, Pengurus Besar KEJORA, Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil telah mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan KEJORA Bil. 1 Tahun 2024.
Selamat Bertugas Pengurus Besar KEJORA yang Kesepuluh, Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil.

PENYERAHAN KIT BANTUAN BENCANA KEJORA KE PEJABAT DAERAH KOTA TINGGI

KOTA TINGGI, 6 Januari 2024 – Pengurus Besar KEJORA, Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil dengan diiringi Pengurus Pembangunan Sosial dan Pemajuan Desa, Encik Fakharur Razziy bin Hazran telah menyerahkan 100 unit Kit Bantuan Bencana KEJORA kepada Pejabat Daerah Kota Tinggi.
Penyerahan Kit Bantuan Banjir KEJORA kepada Pejabat Daerah Kota Tinggi telah diserahkan kepada Pegawai Daerah Kota Tinggi selaku Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Kota Tinggi, Yang Berbahagia Tuan Hj. Ahmad Nazir bin Hj. Mohd. Nasir di Dewan Serbaguna Kota Kecil, Kota Tinggi.
Turut hadir di dalam majlis penyerahan ini adalah Pengurus Kanan Pemegang Taruh & Projek Khas, Puan Nurul Aishah binti Mohamadon, Pentadbir Tanah Daerah Kota Tinggi, Tuan Haji Syed Norul Shahril bin Syed Nasir, Yang Di-Pertua Majlis Perbandaran Pengerang, Yang Berbahagia Puan Hajah Zihan binti Ismail serta Penolong Pengurus Kanan KEJORA, Encik Noorsaifulizuan bin Nordin.
KEJORA mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam Misi Penyerahan Kit Bantuan Bencana KEJORA ini. Semoga sumbangan yang diberikan sedikit sebanyak dapat meringankan beban mangsa banjir pada kali ini.
Juga didoakan agar semua urusan mangsa dan keluarga yang terkesan dengan musibah banjir pada kali ini dipermudahkan oleh-Nya.

PENYERAHAN KIT BANTUAN BENCANA KEJORA KE PEJABAT DAERAH KLUANG

KAHANG, 5 Januari 2024 – KEJORA yang diwakili oleh Pengurus Pentadbiran & Pengurusan Sumber Manusia, Encik Mohd Ashek bin Mohd Hassan, serta diiringi Penolong Pengurus Kanan, Encik Noorsaifulizuan bin Nordin, telah menyerahkan 100 unit Kit Bantuan Bencana KEJORA kepada Pejabat Daerah Kluang.
Penyerahan Kit Bantuan Banjir KEJORA kepada Pejabat Daerah Kluang telah diserahkan kepada Pegawai Zon Mukim Kahang, Tuan Rusydi bin Zainal Abidin serta Penghulu Mukim Kahang, Encik Ibnu Hazim bin Md. Ibnuhajar yang mewakili Pejabat Daerah Kluang di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Serbaguna Kahang, Kluang.
KEJORA mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam Misi Penyerahan Kit Bantuan Bencana KEJORA ini. Semoga sumbangan yang diberikan sedikit sebanyak dapat meringankan beban mangsa banjir pada kali ini.
Juga didoakan agar semua urusan mangsa dan keluarga yang terkesan dengan musibah banjir pada kali ini dipermudahkan oleh-Nya.

PENGURUS BESAR KEJORA ADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS YB TIMBALAN MENTERI KKDW

PUTRAJAYA, 5 Januari 2024 – Pengurus Besar KEJORA, Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil hari ini mengadakan kunjungan hormat ke atas Timbalan Menteri, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), YB. Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang.
Pertemuan selama hampir 1 jam itu berlangsung di Pejabat YBTM, KKDW, di sini.
Turut bersama dalam kunjungan hormat itu adalah, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), Puan Marlina binti Amir, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), En. Daud bin Abd. Rahman, Pengurus Kanan Pemegang Taruh & Projek Khas, Puan Nurul Aishah binti Mohamadon, Pengurus Pentadbiran & Pengurusan Sumber Manusia KEJORA, Encik Mohd Ashek bin Mohd Hassan serta Ketua Unit Komunikasi Korporat, En. Mohamad Azrul bin Hj. Shari.
Menyifatkan pertemuan itu sebagai sesi perkenalan awal dan mengukuhkan lagi kerjasama yang sedia terjalin antara KEJORA dan KKDW, YB Datuk Hajah Rubiah binti Hj Wang seterusnya mengalu-alukan Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil atas perlantikan sebagai Pengurus Besar KEJORA.
Pertemuan ini juga memberi tumpuan dalam beberapa kejayaan dan projek yang boleh dijadikan contoh oleh LKW yanglain seperti projek perumahan dan pelancongan. Selain itu juga, turut dibincangkan juga adalah potensi pembangunan pertanian kelapa yang telah dicadangkan sebelum ini.
Terdahulu, Pengurus Besar KEJORA, Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil serta Pengurusan Kanan telah menghadiri Majlis Amanat Tahun Baharu 2024 Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa & Wilayah, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi di Dewan Seri Lestari KKDW.

PENGURUS BESAR KEJORA ADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS KSU KKDW

PUTRAJAYA, 3 Januari 2024 – Pengurus Besar KEJORA, Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil hari ini mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), YBhg. Dato’ Sri Ramlan bin Dato’ Harun.
Pertemuan selama hampir 1 jam itu berlangsung di Pejabat KSU, KKDW, di sini.
Turut bersama dalam kunjungan hormat itu adalah, Pengurus Kanan Pemegang Taruh & Projek Khas, Puan Nurul Aishah binti Mohamadon, Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia KKDW, Puan Norazah binti Abdul Shukor dan Pengurus Pentadbiran & Pengurusan Sumber Manusia KEJORA, Encik Mohd Ashek bin Mohd Hassan.
Menyifatkan pertemuan itu sebagai mengukuhkan lagi kerjasama yang sedia terjalin antara KEJORA dan KKDW, YBhg. Dato’ Sri Ramlan seterusnya mengalu-alukan Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil atas perlantikan sebagai Pengurus Besar KEJORA yang kesepuluh.
Pertemuan ini juga memberi tumpuan dalam menitikberatkan sistem tadbir urus dan tata kelola yang terbaik untuk KEJORA. Juga turut disentuh adalah berkaitan hala tuju KEJORA serta perkembangan Lembaga Kemajuan Wilayah (LKW) yang lain.

MAJLIS SAMBUTAN KEDATANGAN PENGURUS BESAR KEJORA

Tarikh: 1 Januari 2024
Tempat: Ibu Pejabat KEJORA
Sekitar Majlis Sambutan Kedatangan Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pengurus Besar KEJORA yang baru dilantik pada 1 Januari 2024. Turut hadir adalah Puan Nurul Aishah binti Mohamadon, Pengurus Kanan (Pengurusan Pemegang Taruh & Projek Khas).
Selamat bertugas dan tahniah sekali lagi diucapkan.
Sesi tersebut turut disusuli dengan Sesi Ramah Mesra Bersama Pengurus Bahagian/Unit serta anggota KEJORA. Yang Berhormat Datin Paduka turut dibawa melawat sekitar Ibu Pejabat KEJORA bersama Pengurusan Kanan serta telah diberikan taklimat mengenai KEJORA.
Seluruh warga KEJORA mengucapkan Selamat Datang dan Selamat Bertugas kepada Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pengurus Besar KEJORA dan Puan Nurul Aishah binti Mohamadon, Pengurus Kanan (Pengurusan Pemegang Taruh & Projek Khas).

KEJORA SURFING CUP @ TANJUNG BALAU TAHUN 2023

KEJORA Surfing Cup @ Tanjung Balau 2023 telah melabuhkan tirai dengan jayanya.
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), En. Daud bin Abd. Rahman. Didalam ucapannya, beliau menyarankankan agar kejohanan ini diadakan secara tahunan kerana ianya adalah salah satu cabang untuk peserta menunjukkan bakat serta skill bagi mengutip point sebelum kejohanan akhir diadakan kelak.
Beliau menambah, KEJORA juga dicadangkan untuk memperkenalkan satu program bakat baru iaitu luncur air kerana Pantai Tanjung Balau telahpun tersedia untuk berlatih. Pada hari ini, telah berlangsung acara separuh akhir dan akhir.
Pihak KEJORA mengucapkan terima kasih kepada semua penaja antaranya Quicksilver, ADABI, PLAYAZ, Persatuan Luncur Ombak Malaysia, Kementerian Belia & Sukan, KKDW dan lain-lain serta agensi-agensi yang terlibat dalam KEJORA Surfing Cup @ Tanjung Balau Tahun 2023.
Turut hadir pada hari ini ialah Setiausaha Bahagian Pembangunan Ekonomi Komuniti, En. Mohd Sabri bin Ramly, ADUN Penawar, YB Puan Fauziah binti Misri, Pengerusi Koperasi Sinar Tanjung Balau, Wakil-Wakil Agensi, Rakan-rakan Media serta Pengurusan KEJORA.
Syabas & Tahniah kepada semua yang terlibat!!!

LENSA HARI KEDUA KEJORA SURFING CUP @ TANJUNG BALAU TAHUN 2023

Sekitar KEJORA Surfing Cup @ Tanjung Balau 2023 bertempat di Pantai Tanjung Balau, Kota Tinggi, Johor.
Ayuh beramai-ramai hadir dan berikan sokongan kepada semua peluncur di KEJORA Surfing Cup yang berlangsung dari 29 hingga 31 Disember 2023 bermula pada jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam.
Macam-macam ado!!

LENSA HARI PERTAMA KEJORA SURFING CUP @ TANJUNG BALAU TAHUN 2023

Sekitar KEJORA Surfing Cup @ Tanjung Balau 2023 bertempat di Pantai Tanjung Balau, Kota Tinggi, Johor.
Ayuh beramai-ramai hadir dan berikan sokongan kepada semua peluncur di KEJORA Surfing Cup yang berlangsung dari 29 hingga 31 Disember 2023 bermula pada jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam.