KEJORA TERUS BERSAMA MEMBANTU EKONOMI PELANCONGAN DI BAWAH PROGRAM SKIM BANTUAN EKONOMI PELANCONGAN (SBEP) WILAYAH KEJORA

MAWAI, 17 Januari – KEJORA melalui Bahagian Pelancongan telah mengadakan Sesi Penyerahan Peralatan Skim Bantuan Ekonomi Pelancongan (SBEP) Wilayah KEJORA di Pusat Komuniti Desa (PKD) Mawai Baru, Kota Tinggi, Johor.
Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pengurus Besar KEJORA. Didalam ucapannya, Yang Berhormat Datin Paduka telah memaklumkan bahawa Skim Bantuan Ekonomi Pelancongan (SBEP) telah diperkenalkan oleh pihak KEJORA pada tahun 2023. Skim ini adalah sebuah program bantuan untuk menggiat dan meningkatkan penglibatan individu dan komuniti dalam aktiviti dan membangunkan produk berasaskan pelancongan yang berpotensi dan berdaya maju bagi meningkatkan pendapatan.
Beliau menambah, seramai 21 pemohon yang meliputi 20 pemohon di bawah kategori individu dan 1 di bawah kategori berkelompok yang berjaya dan diluluskan oleh pihak Pengurusan KEJORA dan semua penerima telah menghadiri kursus pengurusan kewangan dan perakaunan yang telah dijalankan sebelum ini di Kuala Terengganu, Terengganu.
Turut hadir di dalam majlis ini ialah ADUN Kawasan Sedili YB Tuan Muszaide bin Makmor, Pengurus Pelancongan Puan Suraya Hani binti Sharan, Ketua Unit Pengurusan Fasiliti Encik Norazmi bin Sahar, Penghulu Mukim Ulu Sungai Sedili Encik Mohd Ramdan bin Rokman, Ketua Unit Komunikasi Korporat KEJORA Encik Mohamad Azrul bin Shari, JPKK Kampung Mawai Baru, Penerima SBEP KEJORA serta penduduk Kampung Mawai Baru.
Semoga dengan bantuan yang diterima ini, penerima dapat merancakkan lagi pendapatan ekonomi keluarga serta membantu KEJORA dalam mempromosikan Pelancongan Luar Bandar.
Sampan Kolek Menuju Ke Hilir,
Sarat Titi Si Batang Lidi,
Jangan Berkata Hanya Di Bibir,
Satukan Komuniti, Jayakan Budi.

GERAKAN PASCA BANJIR 2024 DAERAH KOTA TINGGI

KOTA TINGGI, 16 Januari – KEJORA telah menghantar skuad Sukarelawan KEJORA seramai 14 orang (setiap hari) bagi menyertai Gerakan Pasca Banjir Daerah Kota Tinggi yang telah bermula dari 12 hingga 16 Januari 2024 di kawasan tumpuan banjir dalam Daerah Kota Tinggi.
Pada hari terakhir ini, Skuad Sukarelawan KEJORA telah diketuai oleh Ketua Unit Integriti, Encik Mus-Irwan bin Hj. Misroom, bersama Penyelaras Pasukan, Encik Mohd Ridhuan bin Husain telah sama-sama membantu membersihkan kawasan Taman Kemang, Kota Tinggi.
Turut diadakan pada hari ini adalah majlis penutupan Gerakan Pasca Banjir Daerah Kota Tinggi yang telah disempurnakan oleh YB Tuan Mohd Hairi bin Mad Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor. Turut hadir pada majlis ini adalah Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan), Yang Berhormat Dato’ Haji On bin Jabbar@Jaafar, Pegawai Daerah Kota Tinggi, Tuan Haji Ahmad Nazir bin Haji Mohd Nasir serta Yang Di-Petua Majlis Daerah Kota Tinggi, Encik Mohammad Nazrul bin Abd Rahim.
Manakala KEJORA diwakili oleh Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), Encik Daud bin Abd. Rahman selaku wakil rasmi Pengurus Besar KEJORA serta Pengurus Kanan, Pengurusan Pemegang Taruh & Projek Khas, Puan Nurul Aishah binti Mohamadon.
Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) mengucapkan ribuan terima kasih kepada Majlis Daerah Kota Tinggi atas kesudian menjemput sukarelawan KEJORA untuk sama-sama membantu dalam program Gerakan Pasca Banjir Tahun 2024 Daerah Kota Tinggi, Johor Darul Takzim.
Semoga sumbangan kecil dari sukarelawan KEJORA ini dapat mengurangkan beban mangsa banjir dan akan dinilai sebagai salah satu ibadah kepadaNya.

PENGURUS BESAR KEJORA TERIMA KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA (APM) NEGERI JOHOR

BANDAR PENAWAR, 14 Januari – Pengurus Besar KEJORA, Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil pada hari ini telah menerima kunjungan hormat dari Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri Johor.
Kunjungan hormat dari APM ini diketuai oleh Pengarah APM Negeri Johor, PPj. (PA) Kamal bin Mokhtar. Turut serta dalam kunjungan hormat adalah Timbalan Pengarah APM Negeri Johor, YS Lt. Kol (PA) Erwin bin Kinsui, Ketua Cawangan Bencana Operasi APM Negeri Johor, Kapt. (PA) Mohd Aziz bin Jupri serta Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kota Tinggi, Lt. (PA) Mohd Khairul Anuar bin Abdul Karim.
Peluang kunjungan hormat ini juga digunakan untuk membincangkan dan mempertingkatkan tahap keselamatan di pantai Tanjung Balau dengan menjadikan menara penyelamat di pantai Tanjung Balau sebagai Baywatch untuk pihak APM. Selain itu juga turut dibincangkan adalah operasi pemantauan dan menyelamat pantai yang dicadangkan untuk diadakan secara kerjasama antara APM dan KEJORA.
Pihak APM Johor juga berhasrat untuk mendirikan sebuah pusat operasi yang boleh mengawal bukan hanya di kawasan Tanjung Balau tetapi dijadikan hub-operasi APM di Kawasan Pengerang.
Turut serta di dalam kunjungan hormat ini juga adalah Pengurus Perancangan Strategik, Pengurus Hartanah, Pengurus Pelancongan, Ketua Unit Pengurusan Fasiliti serta wakil Bahagian Pentadbiran & Pengurusan Sumber Manusia KEJORA.
Menjadi harapan KEJORA agar kunjungan hormat dan perbincangan ini akan mewujudkan kerjasama yang strategik diantara pihak APM dan KEJORA dalam usaha memberikan pertolongan kecemasan kepada pengunjung di Pantai Tanjung Balau serta Pengerang.

LAWATAN KEJORA KE ATAS KELUARGA MANGSA LEMAS DI TANJUNG SEDILI

SEDILI, 14 Januari – Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) Encik Daud bin Abd. Rahman selaku Wakil Rasmi Pengurus Besar KEJORA telah mengadakan lawatan ke atas keluarga mangsa lemas, Allahyarham Muhammad Ariell Iskandar Bin Mohamad Allif Lee (15 tahun) yang menetap di Kampung Perpat dan Allahyarham Mohamad Azihan Bin Baharum (19 tahun) yang menetap di Kampung Teluk Tanjung Sedili, Mukim Kambau Daerah Kota Tinggi, Johor.
KEJORA telah menyampaikan sedikit sumbangan kepada keluarga mangsa. Semoga keluarga mangsa bersabar dan tabah atas kejadian yang menimpa mereka.
Semoga arwah ditempatkan dikalangan mereka-mereka yang beriman.

LENSA HARI KETIGA SUKARELAWAN KEJORA KE GERAKAN PASCA BANJIR 2024 DAERAH KOTA TINGGI

KOTA TINGGI, 14 Januari – Misi bantuan Gerakan Pasca Banjir 2024 Daerah Kota Tinggi diteruskan pada hari ketiga dengan KEJORA telah menghantar skuad Sukarelawan KEJORA seramai 14 orang bagi sama-sama membantu mangsa banjir membersihkan kawasan di Daerah Kota Tinggi, Johor Darul Takzim.
Pada hari ketiga ini, Skuad Sukarelawan KEJORA telah diketuai oleh Pengurus Pentadbiran & Pengurusan Sumber Manusia, En. Mohd Ashek bin Mohd Hassan bersama Penyelaras Pasukan, En. Noorsaifulizuan bin Nordin telah membantu membersihkan kawasan Jalan Mempelam dan Jalan Bachang, Taman Kota Jaya serta Kampung Kelantan, Kota Tinggi, Johor.

LENSA SUKARELAWAN KEJORA KE GERAKAN PASCA BANJIR 2024 DAERAH KOTA TINGGI

KOTA TINGGI, 13 Januari – Misi bantuan Gerakan Pasca Banjir 2024 Daerah Kota Tinggi diteruskan dengan KEJORA telah menghantar skuad Sukarelawan KEJORA seramai 14 orang bagi sama-sama membantu mangsa banjir membersihkan kawasan di Daerah Kota Tinggi, Johor Darul Takzim.
Pada hari kedua ini, Skuad Sukarelawan KEJORA telah diketuai oleh Ketua Unit Audit Dalam, Encik Mohamad Rizal bin Mohd Hidzir bersama Penyelaras Pasukan, Encik Zainulariffin bin Abd Razak telah membantu membersihkan kawasan Kampung Sri Delima, Kota Tinggi.

KEJORA HANTAR SUKARELAWAN KE GERAKAN PASCA BANJIR 2024 DAERAH KOTA TINGGI

KOTA TINGGI, 12 Januari 2024 – KEJORA telah menghantar skuad Sukarelawan KEJORA seramai 14 orang bagi menyertai Gerakan Pasca Banjir Daerah Kota Tinggi, Johor Darul Takzim.
Pada hari pertama ini, Skuad Sukarelawan KEJORA telah diketuai oleh Pengurus Perancang Bandar & Pembangunan Projek, Encik Yusrihan bin Jusak bersama Penyelaras Pasukan, Encik Zainulariffin bin Abd Razak telah sama-sama membantu membersihkan kawasan Taman Aman dan Taman Kota Mas, Kota Tinggi.
Untuk makluman, kerja-kerja pembersihan pasca banjir daerah ini merupakan penyelarasan di bawah Pusat Gerakan Pasca Banjir Daerah Kota Tinggi yang dipimpin oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Kota Tinggi, Encik Mohammad Nazrul bin Abd Rahim, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kecil Pusat Gerakan Pasca Banjir Daerah Kota Tinggi.
Turut hadir dalam majlis pelancaran pada pagi ini adalah Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan), Yang Berhormat Dato’ Haji On bin Jabbar@Jaafar, Pegawai Daerah Kota Tinggi, Tuan Haji Ahmad Nazir bin Haji Mohd Nasir dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pengerang, YBrs. Puan Hajah Zihan binti Ismail.
Selain dari Skuad Sukarelawan KEJORA, Gerakan Pasca Banjir 2024 turut disertai oleh pelbagai agensi Negeri dan Persekutuan iaitu Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Majlis Perbandaran Pengerang (MPP), Majlis Perbandaran Muar (MPM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Pejabat Kesihatan Daerah Kota Tinggi, Majlis Belia Negeri Johor, sukarelawan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), SAFWA, SATRIA dan Swcorp.

PENYERAHAN KIT BANTUAN BENCANA KEJORA DI PENGERANG

PENGERANG, 12 Januari, KEJORA yang diwakili oleh Pengurus Hartanah, Cik Haslinda binti Abu Bakar bersama ADUN Tanjung Surat, YB Tuan Aznan bin Tamin telah menyerahkan 40 Kit Bantuan Bencana di Kampung-kampung Pengerang.
Penyerahan pada hari ini dibuat ke rumah-rumah penduduk yang terlibat di Kampung Bukit Buluh dan Kampung Teluk Ramunia, Pengerang Johor.
Semoga sumbangan dari KEJORA ini dapat mengurangkan beban kepada semua mangsa banjir di Wilayah KEJORA.

KURSUS MICROSOFT EXCEL (ADVANCE) LANJUTAN SIRI 1/2024

Alhamdulillah seramai 40 orang anggota KEJORA telah mengikuti Kursus Microsoft Excel (Advance) anjuran Bahagian Teknologi Maklumat KEJORA yang telah diadakan pada 9 hingga 11 Januari 2024 bertempat di Hotel Puteri Bay, Melaka. Kursus ini disampaikan oleh Puan Lily Fauzia binti Abdul Khalid dan Encik Shair bin Kadri daripada SK Biz Solution.
Kursus ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada para anggota KEJORA berkenaan teknologi ‘update’ supaya seiring dengan perkhidmatan yang dijalankan.
Penutupan Kursus Microsoft Excel (Advance) Lanjutan Siri 1/2024 yang telah dirasmikan oleh Tuan Haji Matriffin bin Md. Amin , Pengurus Bahagian Teknologi Maklumat dan diiringi oleh Datin Siti Azni bin Zakaria , Pegawai Teknologi Maklumat Kanan.
Semoga dengan penganjuran kursus ini, dapat meningkatkan mutu kerja anggota KEJORA agar dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada penduduk wilayah KEJORA khasnya.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada anggota KEJORA yang terlibat menjayakan kursus ini dengan jayanya.

KEJORA BANTU MISI BANTUAN PANCA BANJIR DI PENGERANG

PENGERANG, 11 Januari – “Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul”, perumpamaan yang dapat menggambarkan kesedihan dan keperitan kepada semua mangsa banjir di Kawasan Pengerang terutama di Kampung Bukit Raja, Kampung Bukit Buluh dan Kampung Teluk Ramunia, Pengerang, Johor.
Hari ini, Pasukan Sukarelawan KEJORA seramai lebih kurang 15 orang yang diketuai oleh Pengurus Pentadbiran & Pengurusan Sumber Manusia, En. Mohd Ashek bin Mohd Hassan telah bersama-sama dengan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pengerang, Puan Hajah Zihan binti Ismail serta ADUN Tanjung Surat, YB Tuan Aznan Bin Tamin telah sama-sama membantu membersihkan beberapa rumah penduduk yang terjejas akibat banjir yang melanda baru-baru ini.
Hadir sama di pihak KEJORA adalah Ketua Unit Komunikasi Korporat, En. Mohamad Azrul bin Hj Shari, Penolong Pengurus Kanan PPSM, En. Noorsaifulizuan bin Nordin, serta Penggerak Kampung, En. Kamaluddin bin Hassan.
Semoga usaha kecil KEJORA ini memberikan seribu senyuman kepada penduduk Wilayah KEJORA.