Proses serah siap kerja baik pulih Jeti Kampung Tanjung Surat Kota Tinggi Johor

Proses serah siap kerja baik pulih Jeti Kampung Tanjung Surat Kota Tinggi Johor telah dapat disempurnakan dengan jayanya. Jeti awam yang menjadi penghubung utama penduduk di Pulau Tanjung Surat telah mengalami kerosakan akibat ribut pada 20 September 2020 yang lalu. Pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar telah menyenaraikan kerja-kerja baik pulih ini di bawah permohonan PAMS Pre 2020 dan telah diluluskan kepada KEJORA.
Semoga usaha yang dilakukan ini dapat memberikan kemudahan dan keselesaan kepada penduduk-penduduk di Pulau Tanjung Surat untuk menjalankankan aktiviti harian mereka.

Program Penyerahan Bantuan Sokongan dan Pengukuhan Keusahawanan Luar bandar(SPKLB) dan Skim Bantuan Modal Niaga(SBMN)

Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) telah mengadakan Program Penyerahan Bantuan Sokongan dan Pengukuhan Keusahawanan Luar bandar(SPKLB) dan Skim Bantuan Modal Niaga(SBMN) kepada Usahawan Wilayah KEJORA di Taman Sri Lambak dan Bandar Tenggara yang di sampaikan oleh Yang Dihormati En. Daud bin Abd Rahman, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KEJORA. Turut serta En. Noorazmi bin Sahar, Ketua Unit Ekonomi dan Usahawan.
Pihak KEJORA mengucapkan selamat maju jaya kepada penerima-penerima bantuan ini dan semoga bantuan yang diberikan ini akan dapat membantu meningkatkan lagi ekonomi usahawan di Wilayah KEJORA.

Penyampaian sumbangan kepada penerima bantuan Program Peningkatan Pendapatan

Pada 22 hingga 24 Disember 2020 pihak KEJORA telah menyampaikan sumbangan kepada penerima bantuan Program Peningkatan Pendapatan anjuran Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Seramai 19 orang penerima telah diluluskan geran peruntukan berjumlah dari RM 5,000.00 hingga RM10,000 dari pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar bagi membolehkan mereka untuk menjalankan perniagaan.
Pihak KEJORA mengucapkan selamat maju jaya kepada penerima-penerima bantuan ini. Semoga bantuan yang diberikan ini akan dapat membantu meningkatkan lagi pendapatan keluarga mereka dan seterusnya mengurangkan beban di saat menghadapi cabaran covid-19 yang sedang melanda ini.

MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH ANNUAL PRODUCTIVITY & INNOVATION CONFERENCE AND EXPOSITION (APIC) 2020

Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) telah menghantar penyertaan 2 Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) iaitu kumpulan 360° dan PERDANA. Pada Konvensyen kali ini kumpulan KIK 360° dan PERDANA telah mendapat pengiktirafan Emas 5 Bintang. Lebih manis, kumpulan PERDANA turut dinobatkan sebagai 20 Kumpulan Terbaik Sektor Awam (Negeri). Syabas dan tahniah diucapkan kepada kedua-dua kumpulan. Semoga pencapaian ini akan terus menjadi inspirasi warga KEJORA dalam membudayakan inovatif dan kreatif.

Penyampaian Sumbangan Bantuan Banjir Wilayah KEJORA oleh YB Dato’ Hj. Che Zakaria bin Mohd Salleh

Penyampaian Sumbangan Bantuan Banjir Wilayah KEJORA oleh YB Dato’ Hj. Che Zakaria bin Mohd Salleh selaku Pengerusi KEJORA kepada 5 orang mangsa banjir di PPS Kampung Baru Sungai Mas pada 15 Disember 2020 (Selasa).

#luarbandarsejahtera
#kplb
#kejora

 

Kejora sumbang baucar tunai COVID-19

 

BERNAMA BERITA

 BERNAMA TV

??????????? ??????? ???? ????? ???????? ????? ????

Berlangsungnya ??????????? ??????? ???? ????? ???????? ????? ???? pada hari ini yang diadakan di Ballroom Lotus Desaru Beach Resort & Spa dengan jayanya. Istimewa pada kali ini, Amanat Pengurusan telah disampaikan oleh ???? ????????? ????? ??. ??? ?????? ?????, ??????? ??????????? ???? ?????? yang menyeru seluruh warga kerja KEJORA untuk lebih proaktif dalam menjalankan tugas di dalam norma baharu dan terus merancakkan pembangunan wilayah KEJORA walaupun terpaksa menghadapi gelombang Covid-19 yang baru. Turut juga berlangsung Penyampaian Sijil Pentauliahan sebagai Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam Malaysia (AKRAB), Penyampaian Anugerah Kualiti dan Inovasi KEJORA tahun 2020 dan Pengenalan Anggota Baru KEJORA tahun 2020.

Majlis Penyampaian Tablet Program Pintar @ KPLB Wilayah KEJORA Tahun 2020

Pada hari ini telah berlangsungnya Majlis Penyampaian Tablet Program Pintar @KPLB Wilayah KEJORA Tahun 2020 yang telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Che Zakaria Bin Mohd Salleh, Pengerusi KEJORA bertempat di Bayu Balau Beach Resort, Tanjung Balau. Program Pintar@KPLB Wilayah KEJORA merupakan sebuah program berbentuk kelas bimbingan atau tuisyen tambahan secara percuma kepada pelajar di kawasan luar bandar. Sebanyak 18 buah sekolah di sekitar Kota Tinggi, Kulai & Kluang telah terpilih bagi program tersebut.

Program Revolusi Integriti KEJORA Tahun 2020

Segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat ALLAH S.W.T kerana dengan limpah izinNya maka berlangsung PROGRAM REVOLUSI INTEGRITI KEJORA Tahun 2020 selama 3 hari yang telah dirasmikan oleh Encik Daud Bin Abd Rahman bertempat di Trove Hotel Johor Bahru. Dengan terlaksananya program ini, selaku pegawai risiko bahagian di KEJORA akan lebih bermotivasi, berwibawa dan memiliki jati diri yang tinggi serta mempunyai kekuatan fizikal, minda dan emosi. Diharapkan program ini akan mencapai objektifnya serta mencapai matlamat dalam memantapkan lagi etika dan membudayakan nilai-nilai integriti di KEJORA.

Majlis Perasmian Kursus Pengurusan Eksport

Ketika dunia sedang dilanda Pandemik Covid-19, KEJORA melalui Unit Ekonomi dan Usahawan terus komited dalam membantu usahawan yang terjejas. Kursus Usahawan Berstruktur ini bermaksud seramai 20 orang peserta dari kalangan usahawan baru di wilayah KEJORA yang dibimbing, diberi latihan dan sokongan melalui 5 siri kursus. Justeru itu, pada 27 Ogos 2020 (Khamis) telah diadakan Majlis Perasmian Kursus Pengurusan Eksport yang telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’Che Zakaria Bin Mohd Salleh, Pengerusi KEJORA bertempat di Imperial Heritage Hotel, Melaka. Kursus ini diadakan pada 27 sehingga 29 Ogos 2020 bertujuan menekankan mengenai pengurusan eksport produk IKS bagi membuka minda dan memberi peluang mengenai peluang usahawan bagi memasarkan produk ke peringkat antarabangsa. Syabas dan tahniah kepada para peserta.