PELAWAAN PERMOHONAN SKIM PEMBIAYAAN EKONOMI PERTANIAN (SPEP) 2022
MAKLUMAT AM
- Program Skim Pembiayaan Ekonomi Pertanian (SPEP) merupakan program bantuan peralatan pertanian yang dianjurkan oleh Bahagian Pertanian dan Industri Asas Tani, KEJORA.
- Objektif pelaksanaan Skim Pembiayaan Ekonomi Pertanian (SPEP) adalah sepertimana berikut:
i.Membantu pengusaha pertanian yang berdaya maju untuk mengembangkan lagi projek pertanian.
ii.Membantu mengurangkan kos peralatan kepada pengusaha pertanian yang berpotensi untuk maju.
iii. Meningkatkan pendapatan peserta menerusi projek pertanian yang sedang diusahakan.
PERMOHONAN
- Permohonan adalah perlu dikemukakan melalui Borang Permohonan yang boleh diperolehi secara percuma melalui kaedah berikut:
i. Memuat turun di laman web KEJORA : www.kejora.gov.my, atau;
ii. Mengisi borang permohonan secara atas talian melalui google form iaitu:Individu : https://forms.gle/8YBBccTqj9xotEty8
Kelompok : https://forms.gle/jCQjm5Uh7pfcwnTd8
atau;
iii. Mendapatkan borang permohonan di ibu pejabat KEJORA sepertimana alamat berikut:
LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA,
BANGUNAN IBUPEJABAT KEJORA,
JALAN DATO’ HJ. HASSAN YUNUS,
BANDAR PENAWAR,
81930 BANDAR PENAWAR,
JOHOR.
- Permohonan yang lengkap perlulah dikembalikan kepada alamat diatas atau emelkan ke kejora@kejora.gov.my.
- Tarikh tutup permohonan adalah pada 23 MEI 2022 (ISNIN) sebelum jam 5.00 petang. Borang yang diterima selepas daripada tempoh tersebut tidak akan diterima dan diproses.
- Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Bahagian Pertanian dan Industri Asas Tani, KEJORA di talian 07-8843000 atau 07-8843156.
Maklumat Lanjut dan Borang Pemohonan adalah Seperti berikut :
Borang Permohonan INDIVIDU SPEP TAHUN 2022
Borang Permohonan KELOMPOK SPEP TAHUN 2022
IKLAN JUALAN KEDAI KOS SEDERHANA (KKS) DI TAMAN PENAWAR HARMONI
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PEMILIKAN KEDAI KOS SEDERHANA (KKS) DI TAMAN PENAWAR HARMONI :
- Terbuka kepada Penduduk Asal Negeri Johor.
- Keutamaan akan diberikan kepada penduduk yang menetap di dalam Wilayah KEJORA.
- Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan sudah menetap di Johor lebih 10 tahun bagi yang bukan kelahiran di dalam Negeri Johor.
- Bujang atau berkahwin.
- Bagi pasangan suami isteri, hanya satu permohonan sahaja dibenarkan. Permohonan isteri kedua dan seterusnya perlu dibuat menggunakan nama isteri tersebut.
- Hanya satu (1) pemilikan SAHAJA bagi Kedai Kos Sederhana (KKS) di dalam Negeri Johor.
TARIKH TUTUP IKLAN : 8 MEI 2022 TARIKH TUTUP PENGHANTARAN DOKUMEN : 9 MEI 2022
PEMOHONAN ONLINE

TAWARAN TENDER : KLDSB/TPP/LANSKAP/FASA2B/2022
CADANGAN KERJA-KERJA LANDSKAP BAGI FASA 2B DI ATAS LOT 11067 SELUAS 67.174 EKAR MUKIM TANJUNG SURAT, BANDAR PENAWAR, DAERAH KOTA TINGGI, JOHOR DARUL TAKZIM.
Tempat, Tarikh dan Waktu Jualan Dokumen Sebut Harga adalah seperti berikut:-
Tempat : KEJORA LAND DEVELOPMENT SDN. BHD.
PTD 10422, Jalan Ungku Abdul Aziz,
Kawasan Perindustrian Bandar Penawar Fasa 3,
81930 Bandar Penawar, Johor Darul Ta’zim.
Tarikh : 04hb April 2022 hingga 18hb April 2022
Waktu : 9.00 Pagi – 4.00 Petang
Dokumen Meja Sebut Harga boleh disemak di pejabat di atas. Dokumen tidak akan dijual selepas tarikh 18hb April 2022.
- Penyebut harga dikehendaki membuat bayaran secara WANG POS atau BANK DERAF atas nama KEJORA LAND DEVELOPMENT SDN. BHD.
- Penyebut harga hendaklah mengemukakan Sijil Pendaftaran ASAL Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK).
- DIWAJIBKAN bagi setiap PEMILIK SIJIL untuk hadir semasa Taklimat Sebut Harga dan Lawatan Tapak. Kehadiran wakil adalah TIDAK DIBENARKAN.
- Dokumen yang telah dilengkapkan hendaklah dimasukkan kedalam sampul surat bermeterai dan ditulis tajuk Sebut Harga di penjuru kiri sampul berkenaan. Dokumen hendaklah dimasukkan ke PETI SEBUT HARGA di alamat berikut:
KEJORA LAND DEVELOPMENT SDN. BHD.
PTD 10422, Jalan Ungku Abdul Aziz,
Kawasan Perindustrian Bandar Penawar Fasa 3,
81930 Bandar Penawar, Johor Darul Ta’zim.
Dokumen Sebut Harga yang LEWAT diterima tidak akan dipertimbangkan
5.Dokumen Sebut Harga yang dihantar hendaklah disertakan dengan Wang Kesungguhan berjumlah seperti di nyatakan di dalam jadual di atas di dalam bentuk BANK DERAF atas nama KEJORA LAND DEVELOPMENT SDN. BHD.
6.KEJORA LAND DEVELOPMENT SDN. BHD. tidak terikat untuk menerima sebutharga dengan harga terendah atau mana-mana sebut harga atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu sebut harga. Keputusan Jawatankuasa Perolehan Sebut Harga adalah muktamad.
KENYATAAN SEBUTHARGA – KERJA LANDSKAP TPP
IKLAN TAWARAN SEWAAN RUANG NIAGA KEJORA
PENDUDUK TERHARU TERIMA BANTUAN, RUMAH LEBIH SELESA DARI KEJORA

Mahdzir Khalid menyerahkan replika kunci Inisiatif Rumah Keluarga Malaysia yang dibangunkan KEJORA kepada Mohd. Sazuan Mohd. Said dalam Program Prihatin Keluarga Malaysia di Bandar Penawar, Kota Tinggi, baru-baru ini. – UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
BACA ARTIKEL PENUHKEJORA PENERAJU JOHOR TENGGARA 2030
KOTA TINGGI – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menyalurkan peruntukan sebanyak RM401,000 bagi baik pulih dan bina rumah baharu yang terkesan dengan bencana banjir menerusi Inisiatif Rumah Kasih Keluarga Malaysia 2022.
KEJORA diberi tanggungjawab untuk melaksanakan keseluruhan 24 projek kerja baik pulih dan bina baharu rumah tersebut.
Daripada 24 projek terbabit, sebanyak 23 projek baik pulih melibatkan pembinaan rumah dengan kos RM15,000 setiap unit manakala sebuah projek bina baharu dilaksanakan dengan kos RM56,000. BACA ARTIKEL PENUH
IKLAN PERMOHONAN SKIM TUNAS AGRO (STAg) TAHUN 2022
PERMOHONAN
- Permohonan adalah perlu dikemukakan melalui Borang Permohonan yang boleh diperolehi secara percuma melalui kaedah berikut:
i. Memuat turun di laman web KEJORA : www.kejora.gov.my, atau;
ii. Mengisi borang permohonan secara atas talian melalui google form iaitu: https://forms.gle/YQj48rHHGK8Ba4b19 atau;
iii. Mendapatkan borang permohonan di ibu pejabat KEJORA sepertimana alamat berikut:
LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA,
BANGUNAN IBUPEJABAT KEJORA,
JALAN DATO’ HJ. HASSAN YUNUS,
81930 BANDAR PENAWAR,
JOHOR.
2. Permohonan yang lengkap perlulah dikembalikan kepada alamat diatas atau emelkan ke kejora@kejora.gov.my
3. Tarikh tutup permohonan adalah pada 22 MAC 2022 (SELASA) sebelum jam 5.00 petang. Borang yang diterima selepas daripada tempoh tersebut tidak akan diterima dan diproses.
4. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Bahagian Pertanian dan Industri Asas Tani, KEJORA di talian 07-8843000 atau 07-8843156.






