IKLAN JUALAN KEDAI KOS SEDERHANA (KKS) DI TAMAN PENAWAR HARMONI

ย ย ย  SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PEMILIKAN KEDAI KOS SEDERHANA (KKS)ย DI TAMAN PENAWARย HARMONI:

  • Terbuka kepada Penduduk Asal Negeri Johor.
  • Keutamaan akan diberikan kepada penduduk yang menetap di dalam Wilayah KEJORA.
  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan sudah menetap di Johor lebih 10 tahun bagi yang bukan kelahiran di dalam Negeri Johor.
  • Bujang atau berkahwin.
  • Bagi pasangan suami isteri, hanya satu permohonan sahaja dibenarkan. Permohonan isteri kedua dan seterusnya perlu dibuat menggunakan nama isteri tersebut.
  • Hanya satu (1) pemilikan SAHAJA bagi Kedai Kos Sederhana (KKS) di dalam Negeri Johor.

 

TARIKH TUTUP IKLAN : 10 APRIL 2023ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย 

TARIKH TUTUP PENGHANTARAN DOKUMEN : 13 APRIL 2023

PEMOHONAN ONLINEย  ย  ย 

 

iklan kedai ke 3 (1)

 

 

BENGKEL PEMANTAPAN & HANDS ON SISTEM MY PROJEK

Ahad, 19 Mac 2023 โ€“ Bahagian Perancangan Strategik KEJORA dengan kerjasama Bahagian Penyelarasan Dan Pemantauan, Kementerian kemajuan Desa Dan Wilayah telah mengadakan Bengkel Pemantapan & Hands-On Sistem My Projek yang telah diadakan pada 19 Mac 2023 bertempat di Bilik Mesyuarat Balau, Ibu Pejabat KEJORA, Bandar Penawar.
Bengkel Pemantapan dan Hands-On ini telah disampaikan oleh YBrs. Encik Azwan bin Abd Aziz, Ketua Penolong Pengarah, Unit Pusat Bank Data Negara Dan Inovasi (NADI), ICU, JPM. Bengkel ini melibatkan 4 Fokus Penyampaian yang merangkumi Modul Permohonan Projek, Modul Pemantauan Projek, Modul Penilaian Outcome dan Sesi Go-Live Training Sistem My Projek.
Sesi Bengkel sehari ini telah disertai oleh 15 anggota KEJORA yang mewakili Bahagian/Unit yang menjadi pelaksana Projek Pembangunan KEJORA.

PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN DAN KERJAYA (PLKK) TAHUN 2022 BAGI KURSUS KIMPALAN 6G

Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) akan menganjurkan Kursus Kimpalan 6G di bawah Program Latihan Kemahiran Dan Kerjaya (PLKK) Tahun 2022.
MANFAAT PROGRAM
โœ… Latihan percuma selama 3 bulan
โœ… Jaminan pekerjaan selepas tamat latihan
โœ… Elaun Latihan sebanyak RM150.00 sebulan
โœ… Makan, minum dan asrama disediakan sepanjang latihan
โœ… Peserta akan ditawarkan pekerjaan selepas tamat latihan dengan pendapatan minimum RM1,500.00 sebulan
SYARAT PERMOHONAN:
1. Terbuka kepada rakyat Malaysia berumur 18-35 tahun. Bagi pelatih kategori Ketua Isi Rumah (KIR) dan Suri Rumah (SR) adalah di bawah umur 65 tahun.
2. Keutamaan kepada penduduk wilayah KEJORA
3. Sihat tubuh badan
4. Boleh membaca, menulis dan mengira
5. Bebas daripada pengaruh dadah dan alcohol
6. Peserta hendaklah memiliki sekurang-kurangnya Sijil Kimpalan 1G / 3G dari institusi yang diiktiraf.
7. Tumpuan utama kepada peserta yang belum pernah mengikuti latihan kemahiran di mana-mana institusi latihan dan masih belum mendapat pekerjaan.
Daftar permohonan anda melalui pautan di bawah sebelum atau pada 31 Mac 2023. Permohonan yang berjaya akan dipanggil untuk proses temuduga.
Borang pendaftaran boleh dimuat turun dengan melayari pautan
atau imbas kod QR yang disediakan.
Sebarang pertanyaan sila hubungi:
Encik Amir Hafizal – 07 884 3086
Cik Norniza – 07 884 3085
TERHAD KEPADA 20 PESERTA SAHAJA!!
DAFTAR SEGERA!!

IKLAN PERMOHONAN PENGENDALIAN KAFETERIA LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA (KEJORA)

Pengusaha-pengusaha kafeteria yang berminat adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan untuk mengendalikan kafeteria Lembaga Kemajuan Johor Tenggara, di Bangunan Ibu Pejabat KEJORA, Jalan Datoโ€™ Haji Hassan Yunus, 81930 Bandar Penawar, Johor.

SYARAT-SYARAT
1. Pemohon hendaklah terdiri daripada Warganegara Malaysia.
2. Makanan yang disediakan hendaklah berjenis HALAL.
3. Pekerja-pekerja kafeteria hendaklah terdiri daripada Warganegara Malaysia.
4. Pekerja-pekerja kafeteria hendaklah diberi pemeriksaan perubatan dan disahkan sesuai untuk mengendalikan makanan dan minuman. Perbelanjaan untuk pemeriksaan perubatan ini akan ditanggung oleh pengusaha kafeteria yang berjaya. Butir-Butir pekerja-pekerja hendaklah diberikan kepada Biro Ekonomi Kelab Anggota KEJORA (KAK).
5. Tempoh sewaan adalah selama SATU (1) tahun dan dengan opsyen melanjutkan tempoh sewaan selamat SATU (1) tahun.
6. Deposit sebanyak RM 300.00 sebagai cagaran kafeteria hendaklah dibayar oleh pengusaha kafeteria yang berjaya sebelum memulakan perniagaan.
7. Pengusaha kafeteria yang berjaya adalah bertanggungjawab untuk memperolehi lesen-lesen yang diwajibkan oleh Majlis Perbandaran Pengerang, Kementerian Kesihatan atau pihak-pihak lain.
8. Kegagalan mematuhi mana-mana syarat tersebut di atas mungkin menyebabkan tawaran pengendalian kafeteria ditarik balik.
9. Pengusaha kafeteria yang berjaya dikehendaki menyediakan alatalat bersesuaian yang diperlukan.
10. Pengusaha dikehendaki menyertakan salinan sijil-sijil berkaitan pengusahaan makanan.
11. Pengusaha yang berjaya dikehendaki menandatangani perjanjian dengan KAK dan membayar duti setem perjanjian tersebut.
12. Waktu perniagaan yang dicadangkan adalah sepertimana berikut:
Ahad – Rabu 7.00 pagi โ€“ 4.30 petang
Khamis 7.00 pagi โ€“ 2.00 petang
13. Sila lengkapkan LAMPIRAN A dan LAMPIRAN B yang dikepil dan hantarkan kepada alamat dibawah selewat-lewatnya pada jam 12 tengah hari 30 Mac 2023:
ย BIRO EKONOMI
ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย KELAB ANGGOTA KEJORA
Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA)
Bangunan Ibu Pejabat KEJORA,
Jalan Datoโ€™ Haji Hassan Yunus,
81930 Bandar Penawar,
Johor

IKLAN PELAWAAN KAFE KEJORA

LKJT/PPSM/PELUPUSANKENDERAAN-ROADSWEEPER/2022/SH022

4. KEW.PA-27 – KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA PELUPUSAN – ROAD SWEEPER – KEW-PA.27 SAHAJA

PENUTUPAN JALAN BAGI LALUAN KEJORA MTB JAMBOREE 2022

PENUTUPAN JALAN BAGI LALUAN KEJORA MTB JAMBOREE 2022 DI SEKITAR PANTAI TANJUNG BALAU, TANJUNG LOMPAT DAN BANDAR PENAWAR, DAERAH KOTA TINGGI, JOHOR
Tarikh : 31 Disember 2022
Hari : Sabtu
Masa : sila rujuk jadual
PENUTUPAN JALAN INI ADALAH BAGI MEMBERI LALUAN KEPADA PESERTA-PESERTA BERBASIKAL KEJOHANAN MTB KEJORA JAMBOREE @ TANJUNG BALAU 2022
A. JALAN TUTUP & TEMPOH MASA PENUTUPAN
1. JALAN DARI BULATAN TG. BALAU KE BULATAN DESARU (8.00 PAGI – 9.30 PAGI)
2. JALAN DARI PUSINGAN U TAMAN DESARU UTAMA (10.00 PAGI – 12.00 TENGAH HARI)
3. JALAN DARI LADANG SIANG KE TG. BALAU (9.30 PAGI – 12.30 TENGAH HARI)
4. JALAN DARI LADANG MADOS KE BULATAN TANJUNG BALAU (10.00 PAGI – 12.30 TENGAH HARI)
B. LALUAN ALTERNATIF
1. KENDERAAN DARI TANJUNG BALAU MENUJU KE BULATAN DESARU
– MELALUI LADANG SIANG – TAMAN SRI PENAWAR – IKBN
– MASA LALUAN = 8.00 PAGI – 9.30 PAGI
2. KENDERAAN DARI BULATAN DESARU MENUJU KE TG. BALAU
– MELALUI JALAN IKBN – TAMAN SRI PENAWAR – LADANG SIANG – TG BALAU
– MASA LALUAN = 8.00 PAGI – 9.30 PAGI
3. KENDERAAN DARI EXIT TOL PENAWAR MENUJU KE TG. BALAU
– MELALUI JALAN KE BANDAR PENAWAR – BULATAN DESARU – TG. BALAU
– MASA LALUAN = BERMULA JAM 9.30 PAGI

RUMAH UNTUK DIJUAL

๐Ÿ”ฅInfo Terkini โ€ผ๏ธ Terdapat 7 Unit Rumah KEJORA untuk DIJUAL.
๐Ÿ 5 Unit Rumah Banglo 2 Tingkat Berkeluasan 20,000++ kps
๐Ÿ 1 Unit Rumah Banglo 1 Tingkat Berkeluasan 6,000++ kps
๐Ÿ  1 Unit Rumah Semi-D 1 Tingkat Berkeluasan 6,000++ kps
๐Ÿ“ŒLokasi di sekitar Bandar Penawar (6 unit) & Bandar Kluang (1 unit)
KEISTIMEWAAN LOKASI
๐Ÿ›๏ธKemudahan beli-belah – sekitar 7 minit sahaja untuk ke SKS, SDS, Secret Recipe dan pelbagai jenis kedai berhampiran di Bandar Penawar.
๐ŸซKeperluan asas awam dalam jarak 2km – Klinik, SMK, Tadika & sebagainya.
๐ŸŽขTaman Tema Air – 5 minit sahaja ke Adventure Waterpark Desaru Coast.
๐Ÿ–๏ธPusat Peranginan – 10 minit ke Pantai Desaru dan 15 minit ke Batu Layar.
๐ŸญPengerang – 30 minit ke Pengerang Integrated Complex.
๐Ÿ”ฅUnit sangat terhadโ€ผ๏ธ Jangan lepaskan peluang untuk memiliki RUMAH IDAMAN ANDA DI LOKASI YANG STRATEGIK๐ŸŒ„
Hubungi Kami Sekarang:
๐Ÿ“ฑ07-8843185 / 019-667 7656 Pn. Siti Noorhafizah
๐Ÿ“ฑ07-8843189 / 017-712 3060 En. Husnul Hadi

PAMERAN KESENIAN DAN KEBUDAYAAN

Ayuh, datang beramai-ramai memeriahkan program ๐๐š๐ฆ๐ž๐ซ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ฌ๐ž๐ง๐ข๐š๐ง & ๐Š๐ž๐›๐ฎ๐๐š๐ฒ๐š๐š๐ง di Teratak Penawar, Taman Fertigasi Kejora Bandar Penawar pada 16 hingga 25 Disember 2022, 10 pagi hingga 5 petang.
Pelbagai aktiviti menarik:
๐Ÿ“ŒPameran Pakaian Tradisional , Alatan Muzik Tradisional & Seni Tarian
๐Ÿ“ŒNgeteh@Teratak Penawar
๐Ÿ“ŒPameran & Aktiviti Silat Seni
๐Ÿ“ŒPameran Seni Lukisan & Khat
๐Ÿ“ŒJualan Kuih Tradisional
๐Ÿ“ŒPertandingan Kompang Kreatif
๐Ÿ“ŒPameran & Jualan Kraftangan
๐Ÿ“ŒFamily Treasure Hunt
๐Ÿ“ŒKonvoi Vespa Johor
โ€ผMASUK ADALAH PERCUMAโ€ผ
Jumpa anda di sana

LKJT/P/TRAVELOGUEPELANCONGAN/2022/SH004

KEJORA mempelawa;
Syarikat Bumiputera & Bukan Bumiputera yang mempunyai kod bidang 221301 atau 221302 atau 221308 atau 222009 di bawah Kementerian Kewangan yang masih berkuatkuasa tempoh pendaftarannya serta memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan untuk menyertai sebutharga seperti berikut :-
LKJT/P/TRAVELOGUEPELANCONGAN/2022/SH004
CADANGAN KERJA-KERJA MERAKAM , MENYUNTING & MENYEDIAKAN 3 JENIS VIDEO TRAVELOGUE PELANCONGAN KEJORA
Tarikh tutup tawaran pada 12 Disember 2022 (Isnin)
1. Pautan sidang video (VC) adalah sepertimana di bawah:
Tuesday, Dec 6, 2022 10:00 am | 3 hours | (UTC+08:00) Kuala Lumpur, Singapore
Meeting number: 2643 810 2886
Password: Wrsy4SpJB38 (97794775 from phones and video systems)