TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA (PEMBANGUNAN) KKDW ADAKAN LAWATAN KE PROJEK PROSPEK MUKIM JORAK PANCHOR.

PAGOH, 11 Jun – Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Kementerian Kemajuan Desa & Wilayah (KKDW), YBhg. Datuk Mas Rizal bin Mohd Hilmi telah mengadakan lawatan kerja ke Tapak Projek Penternakan Arnab di bawah Program PROSPEK Mukim Jorak Panchor, Muar pada hari ini..
Lawatan kerja ini bertujuan untuk melihat pembangunan projek serta potensi ternakan arnab di Mukim Jorak Panchor. YBhg. Datuk TKSU berpandangan, projek ternakan Arnab yang dijalankan ketika ini mampu memberikan pulangan yang lumayan serta mempunyai potensi yang cukup luas dari segi kebolehpasaran produk sejuk beku di negara ini.
Turut hadir dalam lawatan ini ialah YBhg. Tn Hj. Hasrin Kamal bin Hashim, Pegawai Daerah Muar, Pengurusan KEJORA, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, serta agensi-agensi pembangunan projek PROSPEK ini.
Terima kasih kepada YBhg. Datuk Mas Rizal bin Mohd Hilmi, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) KKDW atas kesudian mengadakan lawatan kerja ini.

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐑𝐀

Selamat bersara diucapkan kepada Encik Rosli bin Jaafar, Pembantu Operasi setelah berkhidmat selama 17 tahun bersama KEJORA bermula 3 Mei 2007 dan akan bersara wajib pada 3 Jun 2024.
Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), YBrs. Puan Marlina Binti Amir telah menyampaikan cenderahati kenang-kenangan kepada Encik Rosli bin Jaafar sebagai tanda terima kasih dari KEJORA.
Seluruh warga KEJORA mendoakan agar Encik Rosli bin Jaafar sentiasa diberi kesihatan berpanjangan oleh ALLAH SWT, dimurahkan rezeki serta berbahagia bersama keluarga tercinta.

𝐓𝐈𝐌𝐁𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐊𝐃𝐖 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐉𝐎𝐑𝐀

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, YB Datuk Hjh Rubiah binti Hj Wang telah mengadakan lawatan ke Kawasan Pertanian Pengeli Kecil, Bandar Tenggara, Johor
Lawatan ini adalah bertujuan untuk melihat kepada potensi tanaman serta pembangunan projek-projek pertanian Wilayah KEJORA. YB Datuk Timbalan Menteri KKDW berpandangan bahawa, pengusaha yang telah berjaya harus berkongsi pengalaman kepada petani-petani baru. Perkongsian secara Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) ini perlu dilakukan demi mewujudkan rantaian perniagaan serta membantu petani memasarkan produk hasil tani mereka.
Turut hadir dalam lawatan ini ialah Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pengurus Besar KEJORA, YB Puan Fauziah binti Misri, ADUN Penawar merangkap Ahli Lembaga Pengarah KEJORA, Pn. Marlina binti Amir, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) serta Pengurusan KEJORA.
Terima kasih kepada YB Datuk Hjh Rubiah binti Hj Wang, Timbalan Menteri Kemajuan Desa & Wilayah atas lawatan ini.
#PenerajuTerasKemakmuran

PROGRAM JARINGAN USAHAWAN KEJORA (JUARA) SIRI 2/2024

Program Jaringan Usahawan KEJORA (JUARA) Siri 2/2024 telah diadakan pada 23 Mei 2024 (Khamis) bertempat di Pusat Komuniti Desa (PKD) Tg Sedili, Johor.
Program ini merupakan satu inisiatif untuk pendaftaran usahawan baharu, membimbing dan memberi pendedahan kepada para usahawan secara one-on-one bagi mengembangkan perniagaan, mengenal pasti masalah, isu serta cadangan penyelesaian.
JUARA juga memberi tumpuan kepada pembangunan modal insan, bimbingan perniagaan, hebahan berkaitan geran bantuan Kerajaan, pembiayaan, serta akses kepada pasaran tempatan dan antarabangsa bagi meningkatkan daya saing dan kelestarian perniagaan.
Antara jabatan dan agensi yang turut hadir adalah TEKUN Nasional, Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ), AGRO Bank, Bank Islam dan ICYM TVET Centre.
Tahniah dan syabas kepada semua usahawan Kejora

PESTA TANJUNG BALAU @ KEJORA 2024

Pesta Tanjung Balau @ KEJORA 2024 telah melabuhkan tirai pada petang ini dengan jayanya.
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YB Datuk Hajah Rubiah binti Hj. Wang, Timbalan Menteri Kemajuan Desa & Wilayah. Ketibaan YB Datuk Timbalan Menteri telah disambut oleh Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pengurus Besar KEJORA.
Didalam ucapan perasmi, YB Datuk Timbalan Menteri menyarankankan agar Pantai Tanjung Balau sebolehnya dipenuhi dengan aktiviti berbentuk kekeluargaan. Dalam ertikata lain Pantai Tanjung Balau ini boleh diadakan pesta atau keramaian pada setiap bulan. Bukan hanya dari KEJORA, malah dari pihak ADUN, NGO atau Pejabat-Pejabat Kerajaan.
Beliau mengingatkan kepada semua pengunjung Pantai Tanjung Balau agar menggunakan infrastruktur yang telah disediakan dengan sebaiknya. Janganlah kita merosakkan harta awam kerana harta awam bukanlah hakmilik peribadi.
YB Datuk Timbalan Menteri KKDW juga telah meluncurkan Fun Map KEJORA (Tourist Attraction) yang memfokuskan kepada produk pelancongan dalam Wilayah KEJORA. Turut sama diluncurkan pada petang ini adalah Pra-Peluncuran KEJORA Surfing Cup 2024 serta memperkenalkan rakan kerjasama strategik Koperasi Sinar Tanjung Balau untuk melaksanakan KEJORA Surfing Cup 2024 antaranya Quicksilver Malaysia, ADABI, Aliyah Risqi Holding Pte Ltd, Johor Bahru Harley Davidson serta Bank Simpanan Nasional (BSN). YB Datuk juga turut membuat .3 cabutan bertuah hadiah utama dan menyampaikan hadiah kepada pengunjung yang bertuah.
Turut hadir pada hari ini ialah YB Tuan Aznan bin Tamin Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan & Penerangan Negeri Johor, ADUN Tanjung Surat merangkap Ahli Lembaga Pengarah KEJORA, YBhg. Datuk Mas Rizal bin Mohd Hilmi, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) KKDW, YB Puan Fauziah binti Misri, ADUN Penawar merangkap Ahli Lembaga Pengarah KEJORA, YBrs. Encik Che Mohd Zulkifli Bin Ismail, Setiausaha Bahagian Komuniti Desa, KKDW, YBhg. Tn Hj Syed Norul Shahril bin Syed Nasir, Pentadbir Tanah Daerah Kota Tinggi, Ahli Lembaga Pengarah KEJORA, Ketua-Ketua Agensi KKDW Negeri Johor,Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, Pengurusan KEJORA serta anggota KEJORA.
Selepas selesai acara perasmian, YB Datuk Timbalan Menteri serta dif-dif Kehormat sempat meluangkan masa melawat infrastruktur di kawasan Tanjung Balau.
Terima kasih kepada semua pengunjung yang telah sama-sama menyertai Pesta Tanjung Balau @ KEJORA 2024. Semoga kita berjumpa lagi di program-program KEJORA yang lain.

SAMBUTAN MINGGU PERPADUAN PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2024

KEJORA telah menyertai rerurai Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sempena Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 di Padang Plaza Angsana Johor Bahru bermula dari 23 hingga 26 Mei 2024.
Majlis Peluncuran Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 telah disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim. Di dalam ucapannya, beliau menyeru golongan muda agar mempertingkat dan mempertahankan perpaduan yang selama ini dinikmati oleh negara sekali gus menjadi generasi penerus yang bermakna untuk Malaysia.
Beliau menambah, tanggungjawab anak-anak muda, generasi muda, jangan anggap perkara ini satu ketentuan yang boleh diremehkan kerana negara boleh bangkit disebabkan semangat perpaduan, negara juga boleh hancur kerana perpecahan dan ketidaksefahaman perkauman. Kesepaduan antara kaum adalah kekuatan negara dan untuk itu, beliau menzahirkan penghormatan serta penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia kerana sentiasa menyokong semangat perpaduan.
Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) YBrs. Pn Marlina binti Amir telah hadir mewakili Pengurus Besar KEJORA di majlis perasmian. Turut serta adalah Ketua Unit Komunikasi Korporat, En. Mohamad Azrul bin Shari.

HARI MUZIUM ANTARABANGSA PERINGKAT KEBANGSAAN

Muzium Nelayan Tanjung Balau sekali lagi berjaya menambah koleksi kejuaraan apabila dinobatkan sebagai Johan Booth Terbaik Kategori Anugerah Pilihan Juri sempena Festival Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2024 di Pulau Pinang.
Hadiah telah disampaikan oleh Datuk Seri Aron bin Dagang, Menteri Perpaduan Negara dalam satu majlis penutup Hari Muzium Antarabangsa yang di adakan di Arena Spice, Pulau Pinang pada 22 Mei 2024 yang lalu.
Terima kasih Kerajaan Pulau Pinang yang telah menjadi tuan rumah pada tahun 2024.

SELAMAT BERSARA

Selamat bersara diucapkan kepada Encik Mokhtar bin Mohd Salleh, Pembantu Operasi setelah berkhidmat selama 41 tahun 7 bulan bersama KEJORA bermula 16 Oktober 1982 dan akan bersara wajib pada 26 Mei 2024.
Pengurus Besar KEJORA, Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil telah menyerahkan cenderahati kenang-kenangan kepada Encik Mokhtar bin Mohd Salleh sebagai tanda terima kasih dari KEJORA.
Seluruh warga KEJORA mendoakan agar Encik Mokhtar bin Mohd Salleh sentiasa diberi kesihatan berpanjangan oleh ALLAH SWT, dimurahkan rezeki serta berbahagia bersama keluarga tercinta.

HARI KEDUA PESTA TANJUNG BALAU @ KEJORA 2024

Sorotan lensa KEJORA hari kedua Pesta Tanjung Balau @ KEJORA 2024.
Pelbagai pertandingan telah dimulakan dan telah menoktahkan pemenangnya. Turut diadakan cabutan bertuah sesi ke dua dan ketiga kepada pengunjung.
Menariknya hari ini telah diadakan pertandingan kereta klasik, pertandingan memasak dan pertandingan Suara Warisan. Pengunjung juga telah didendangkan dengan persembahan dari artis tempatan seperti Fieya Julia, Aepul Roza dan Dato’ Nash.
Terima kasih kepada semua pengunjung.
Ayuh kita terus berkunjung dan memeriahkan Pesta Tanjung Balau. Esok adalah hari terakhir dan dijemput untuk pengunjung bersama-sama hadir di Majlis Perasmian Penutupan Pesta Tanjung Balau @ KEJORA Tahun 2024.

PESTA TANJUNG BALAU @ KEJORA 2024

Sorotan lensa KEJORA di sebelah pagi hari kedua Pesta Tanjung Balau @ KEJORA 2024.
Pengurus Besar KEJORA, Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil turut sama turun padang dalam Pelepasan Pertandingan Aerofithon dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada pemenang mewarna kanak-kanak dan Pertandingan Aerofithon. Selain itu juga, turut diadakan cabutan bertuah pusingan pertama kepada pengunjung.
Pelbagai pertandingan telah bermula antaranya SukanRia Kanak-Kanak, Sukan Rakyat/Tradisional, Pertandingan Bola Tampar Pantai , Pertandingan Congkak dan lain-lain acara.
Turut hadir pada hari ini adalah Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), Puan Marlina binti Amir serta pengurusan KEJORA.
Terima kasih kepada semua pengunjung.
Ayuh kita terus berkunjung dan memeriahkan Pesta Tanjung Balau untuk dua hari lagi. Pelbagai acara menarik telah disediakan.
Macam-macam Ada!