LENSA HARI KEDUA KEJORA SURFING CUP @ TANJUNG BALAU TAHUN 2023

Sekitar KEJORA Surfing Cup @ Tanjung Balau 2023 bertempat di Pantai Tanjung Balau, Kota Tinggi, Johor.
Ayuh beramai-ramai hadir dan berikan sokongan kepada semua peluncur di KEJORA Surfing Cup yang berlangsung dari 29 hingga 31 Disember 2023 bermula pada jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam.
Macam-macam ado!!

LENSA HARI PERTAMA KEJORA SURFING CUP @ TANJUNG BALAU TAHUN 2023

Sekitar KEJORA Surfing Cup @ Tanjung Balau 2023 bertempat di Pantai Tanjung Balau, Kota Tinggi, Johor.
Ayuh beramai-ramai hadir dan berikan sokongan kepada semua peluncur di KEJORA Surfing Cup yang berlangsung dari 29 hingga 31 Disember 2023 bermula pada jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam.

LENSA HARI TERAKHIR EKSPO USAHAWAN KEJORA (XPURA) 2023

Hari Terakhir Ekspo Usahawan KEJORA (XPURA) 2023 bertempat di Pantai Tanjung Balau, Kota Tinggi, Johor.
Pihak KEJORA mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengunjung yang hadir memeriahkan & menceriakan program KEJORA!
Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua dif-dif jemputan, Pasukan Urusetia KEJORA, usahawan-usahawan, para peniaga, jabatan-jabatan kerajaan, agensi-agensi swasta, anggota sukarelawan, artis jemputan dan tidak dilupakan rakan kolaborasi Best FM yang bersama menjayakan Karnival XPura 2023.
Terima kasih & Jumpa Lagi!!!

LENSA HARI KEDUA EKSPO USAHAWAN KEJORA (XPURA) 2023

Sekitar Ekspo Usahawan KEJORA (XPURA) 2023 bertempat di Pantai Tanjung Balau, Kota Tinggi, Johor.
Ayuh beramai-ramai hadir ke Ekspo Usahawan KEJORA (XPURA) yang berlangsung dari 15 Disember sehingga 17 Disember 2023 bermula pada jam 9.00 pagi hingga 10.00 malam.
Jom sokong produk usahawan tempatan kita!

LENSA HARI PERTAMA EKSPO USAHAWAN KEJORA (XPURA) 2023

Sekitar Ekspo Usahawan KEJORA (XPURA) 2023 bertempat di Pantai Tanjung Balau, Kota Tinggi, Johor.
Ayuh beramai-ramai hadir ke Ekspo Usahawan KEJORA (XPURA) yang berlangsung dari 15 Disember sehingga 17 Disember 2023 bermula pada jam 9.00 pagi hingga 10.00 malam.
Jom sokong produk usahawan tempatan kita!

BAHTERA KEJORA, LAMAN KELULUT, JONG JADI TARIKAN UTAMA PENGUNJUNG KE KUD PUTRAJAYA.

Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) telah dianugerahkan sebagai Agensi Tarikan Pengunjung Paling Menarik sempena Karnival Usahawan Desa (KUD 2023) yang telah diadakan bermula 20 hingga 26 November 2023 bertempat di Anjung Flora, Putrajaya.
Terima kasih kepada seluruh anggota KEJORA yang terlibat secara langsung dalam menjayakan KUD@PUTRAJAYA 2023
Kita jumpa lagi di KUD 2025.

PROGRAM AKRAB KOMUNITI WILAYAH KEJORA ZON KLUANG

9 Disember, Layang-Layang – Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) melalui Bahagian Pembangunan Sosial dan Pemajuan Desa (PSPD) dengan kerjasama JPKK Kampung Paya, Layang-Layang, Kluang telah melaksanakan Program Akrab Komuniti Wilayah KEJORA Zon Kluang bertempat di Stadium Mini Layang-layang, Kluang.
Program Akrab Komuniti Wilayah KEJORA Zon Kluang ini bertujuan untuk memperkasakan dan mengaktifkan peranan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) wilayah KEJORA serta memperkasakan golongan komuniti di kawasan kampung Wilayah KEJORA melalui pengisian aktiviti sosial dan komuniti seperti aktiviti sukan kepada setiap golongan masyarakat.
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Layang-Layang, YB Tuan Hj. Abd. Mutalip Bin Hj. Abd. Rahim. Di dalam ucapannya, beliau mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat dalam program Akrab Komuniti KEJORA Zon Kluang. Selain itu juga, beliau berterima kasih kepada KEJORA dan JPKK Kampung Paya yang telah berganding bahu untuk menganjurkan Program Akrab Komuniti Wilayah KEJORA Zon Kluang.
Sebagai wakil rakyat kawasan Layang-Layang, menjadi harapan beliau agar penganjuran program seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan yang mana beliau percaya bahawa program ini adalah sebahagian dari persediaan awal bagi Zon Kluang dalam menghadapi Karnival Sukan Wilayah KEJORA (KASWIRA) pada tahun 2024. Beliau meletakkan harapan yang tinggi kepada semua yang bakal terpilih untuk sama-sama berganding bahu dan bertekad untuk memberikan yang terbaik demi kelangsungan sukan Zon Kluang
Akrab Komuniti yang berlangsung selama satu hari ini telah disertai oleh 10 buah kampung di dalam Wilayah KEJORA yang berada di Zon Kluang yang melibatkan melibatkan 5 acara sukan iaitu Bola Jaring, Liga Penalti, Sepak Takraw, Badminton Beregu Wanita dan Memancing.
Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) berharap penganjuran Prorgam Akrab Komuniti Wilayah KEJORA Zon Kluang ini dapat merapatkan lagi ukwah dan hubungan silaturahim diantara masyarkat kampung bersama pihak KEJORA. Selain itu, ianya juga akan mewujudkan masyarakat yang sihat, berdaya saing serta berintelektual sesuai dengan peredaran zaman. Pihak KEJORA mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penganjuran Prorgam Akrab Komuniti Wilayah KEJORA Zon Kluang.

PROGRAM PEMANTAPAN SAHSIAH BELIA – HARAPAN KASIH TAHUN 2023

Kampung SC Jaya Sepakat yang merupakan kampung WILAYAH KEJORA melalui Bahagian Pembangunan Pembangunan Sosial dan Pemajuan Desa (PSPD) KEJORA telah mengadakan Program Pemantapan Sahsiah Belia – Harapan Kasih Tahun 2023 pada 7 hingga 8 Disember 2023 bertempat di Dewan Terbuka Kg. SC Jaya Sepakat, Layang-layang, Kluang.
Program ini dilaksanakan bertujuan untuk memupuk kesedaran tentatif diri, menghargai diri sendiri serta menghormati hak diri orang lain dan memotivasikan diri para belia supaya belajar dengan lebih teratur dan menanam sikap cintakan ilmu pengetahuan.
Sepanjang program ini diadakan para belia disajikan dengan latihan berkumpulan, larian 3 kilometer, cara penyembelihan yang betul dan pengurusan jenazah.
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Encik Mohd Fakhrur Razziy bin Hazran, Pengurus Pembangunan Sosial dan Pemajuan Desa. Beliau menyatakan bahawa belia adalah cermin negara pada masa hadapan dalam memainkan peranan penting untuk membantu meningkatkan ekonomi negara.
Bukan Itu sahaja, penganjuran program ini secara tidak langsung memberikan matlamat yang tinggi dalam pembentukan sikap yang positif, keyakinan diri dan sifat kepimpinan yang tinggi.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada 40 belia Kg. SC Jaya Sepakat Di Wilayah KEJORA yang terpilih mengikuti program ini.

PROGRAM BINA INSAN (PBI) SIRI-2 TAHUN 2023

KEJORA melalui Bahagian Pembangunan Pembangunan Sosial dan Pemajuan Desa (PSPD) KEJORA telah mengadakan Program Bina Insan (PBI) Siri-2 Tahun 2023 pada 1 hingga 3 Disember 2023 bertempat di Anjung Janda Resort, Janda Baik, Pahang Darul Makmur.
Program ini dilaksanakan bertujuan untuk memberikan motivasi bagi membina sahsiah diri dan juga penerapan elemen kerohanian bagi membentuk keperibadian yang sihat, inovatif, produktif serta berdaya tahan dalam menghadapi segala cabaran sama ada terhadap diri, keluarga, masyarakat, agama, dan negara.
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), En. Daud Bin Abd Rahman. Di dalam ucapannya, beliau menyatakan bahawa belia adalah pemimpin masa hadapan negara yang memainkan peranan penting dalam membantu meningkatkan ekonomi negara.
Beliau menambah, seorang pemimpin yang baik dan beribawa adalah yang mengamalkan nilai-nilai murni dalam setiap aspek kehidupan dan apabila pemimpin menunjukkan sikap dan tauladan yang baik secara tidak langsung memberi aspirasi kepada pengikutnya untuk melakukan perkara yang sama.
Semoga penganjuran program ini dapat menyuntik semangat dan motivasi agar menjadi belia yang positif dan cemerlang dalam apa jua bidang yang diceburi.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada 50 belia Wilayah KEJORA yang terpilih mengikuti program ini.

KARNIVAL 3M WILAYAH KEJORA TAHUN 2023

KEJORA melalui Bahagian Pembangunan Sosial dan Pemajuan Desa (PSPD) dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kluang, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kota Tinggi serta Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kulai telah mengadakan Karnival 3M Wilayah KEJORA Tahun 2023 pada 27 November 2023 yang lalu bertempat di Kompleks Rakan Muda Sukan Air & Udara, Desaru, Kota Tinggi, Johor.
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Penolong Pengurus PSPD, En. Sharul Shafique bin Hamidon. Di dalam ucapannya, beliau menyatakan bahawa KEJORA bersama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) telah mengatur khas program ini bagi memberi galakan dan motivasi kepada murid-murid utk menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira) agar berani tampil ke hadapan untuk memperlihatkan kemampuan dan keupayaan mereka mengenai penguasaan kemahiran tersebut.
Selain itu, melalui program ini juga dijangka dapat meningkatkan keyakinan diri murid dan memberi peluang untuk merasai suasana pembelajaran luar bilik darjah yang bertujuan menyokong dan mengukuh kurikulum sekolah serta mewujudkan pembelajaran yang progresif.
Seramai 197 orang murid pemulihan khas bersama 54 guru pemulihan khas daripada Sekolah Rendah di dalam Wilayah KEJORA, 7 Pegawai Pemulihan Khas daripada PPD Kluang, PPD Kota Tinggi dan PPD Kulai serta 20 sukarelawan daripada Kolej Professional Mara (KPM) Bandar Penawar telah terlibat dalam menjayakan karnival ini.
Turut hadir di majlis penutup ialah Timbalan PPDKT Sektor Pembelajaran, Encik Noor Azam bin Yusof.
Semoga sumbangan dari KEJORA ini, memberikan impak yang positif kepada semua peserta dalam usaha KEJORA memastikan kemenjadian pelajar luar bandar terus terbela dan tidak jauh ketinggalan.