𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐔𝐋𝐀 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐓𝐈𝐑𝐀𝐒𝐔𝐀𝐇 𝐎𝐑𝐆𝐀𝐍𝐈𝐒𝐀𝐒𝐈 (𝐎𝐀𝐂𝐏) 𝐊𝐄𝐉𝐎𝐑𝐀 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒

Pada 26 hingga 27 Jun 2024, pihak KEJORA melalui Unit Integriti telah menganjurkan Bengkel Semakan Semula Pelan Antirasuah Organiasi (OACP) KEJORA Tahun 2024 bertempat di Bayu Balau Beach Resort, Tanjung Balau yang dianggotai peserta daripada Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional seramai 40 orang termasuk urusetia bengkel.
Bengkel ini telah menggunakan pemudah cara iaitu PsK Sorfina Izzati binti Mohd Said, Penguasa Kanan, Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan SPRM yang terlibat semasa membangunkan OACP KEJORA pada tahun 2021.
Antara objektif bengkel ini adalah menghasilkan OACP edisi semakan semula yang dapat dijadikan rujukan terkini dalam pengurusan rasuah di KEJORA. Selain itu, penganjuran bengkel ini dapat mematuhi National Anti-Corruption Plan (NACP) 2019-2013 yang mewajibkan Badan Berkanun untuk membangunkan OACP yang merupakan Dokumen Dasar Anti Rasuah Organisasi.
Penyampaian cenderahati kepada pemudah cara bengkel ini telah disampaikan oleh Puan Suraya Hani binti Sharan, Pengurus Pelancongan mewakili Pengurusan KEJORA.
Tahniah kepada semua yang terlibat. Semoga dengan ilmu yang diperolehi dari kursus ini, akan memberikan manfaat kepada semua peserta.

KURSUS TEKNOLOGI RETORT : PROSEDUR OPERASI STANDARD PEMPROSESAN PES MAKANAN TAHUN 2024

Kursus Teknologi Retort: Prosedur Operasi Standard Pemprosesan Pes Makanan telah diadakan pada 28 Jun 2024 (Jumaat) bertempat di IEJA Food Industries Sdn Bhd, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Kursus ini telah disempurnakan oleh Yang Berusaha En Sh Khayulzahri Bin Sh A. Raof, Ketua Unit Ekonomi dan Usahawan KEJORA. Turut hadir sama, Encik Hasanol Bolkiah Bin Hj Zainal, Pengurus FAMA Daerah Kuala Pilah dan Puan Siti Hajar Husnan, Pengarah Urusan IEJA Food Industries Sdn Bhd.
Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada usahawan untuk pemprosesan sesuatu produk makanan dan minuman yang mampu bertahan sehingga setahun atau lebih (teknologi retort).
Usahawan juga mempelajari secara praktikal proses pembungkusan yang boleh diaplikasikan kepada produk usahawan bagi menghasilkan produk yang berkualiti, selamat dan berdaya saing. Seramai 20 usahawan makanan dan minuman telah menghadiri kursus ini.
Tahniah dan syabas kepada semua usahawan KEJORA

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐉𝐀𝐑𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐉𝐎𝐑𝐀 (𝐉𝐔𝐀𝐑𝐀) 𝐃𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐉𝐎𝐑𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍

Program Jaringan Usahawan KEJORA (JUARA) Siri 3/2024 serta Program Hari KEJORA Bersama Pelanggan telah diadakan pada 19 Jun 2024 (Rabu) bertempat di Pusat Komuniti Desa (PKD) Mawai Baru, Kota Tinggi, Johor.
Program ini telah disempurnakan oleh Encik Sh Khayulzahri bin Sh A. Raof, Ketua Unit Ekonomi dan Usahawan KEJORA. Progam JUARA merupakan satu inisiatif untuk pendaftaran usahawan baharu, membimbing dan memberi pendedahan kepada para usahawan secara _one-on-one_ bagi mengembangkan perniagaan, mengenal pasti masalah, isu serta cadangan penyelesaian.
Selain itu, memberi tumpuan kepada pembangunan modal insan, hebahan berkaitan geran bantuan Kerajaan, pembiayaan serta akses kepada pasaran tempatan dan antarabangsa bagi meningkatkan daya saing dan kelestarian perniagaan.
Turut diadakan pada hari ini juga adalah Program Hari KEJORA Bersama Pelanggan. Program pada hari ini juga mendapat penyertaan dari beberapa agensi seperti TEKUN Nasional, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dan ICYM TVET Centre.
Tahniah dan syabas kepada semua usahawan KEJORA.

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐈𝐁𝐀𝐃𝐀𝐇 𝐐𝐔𝐑𝐁𝐀𝐍 𝐖𝐈𝐋𝐀𝐘𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐉𝐎𝐑𝐀 (𝐌𝐀𝐐𝐑𝐀𝐁) 𝟐𝟎𝟐𝟒

BANDAR PENAWAR, 17 Jun – Bersempena dengan kedatangan Hari Raya Aidiladha 1445H, KEJORA telah mengadakan Majlis Ibadah Qurban (MAQRAB) 2024 di Pusat Penyembelihan Masjid As-Syifa Bandar Penawar, Johor.
Program yang dijalankan secara kerjasama strategik antara KEJORA, ALIYAH RIZQ HOLDING PTE LTD, MADRASAH ALSAGOFF AL-ARABIAH serta Masjid As-Syifa Bandar Penawar telah bermula selepas selesai solat sunat Aidiladha dengan 100 ekor kambing dan 40 ekor lembu berjaya ditumbangkan.
MAQRAB 2024 ini turut dihadiri oleh Pengurusan KEJORA, Penggerak Kampung Wilayah KEJORA, AJK Masjid As-Syifa Bandar Penawar, Klinik Kesihatan Bandar Penawar, RELA serta penduduk-penduduk Bandar Penawar yang sama-sama membantu melapah serta membahagikan daging korban.
Pembahagian daging korban pada hari ini merangkumi Golongan Asnaf, penduduk Bandar Penawar serta golongan memerlukan di kawasan sekitar.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
“Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai oleh Allah Ta’ala daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih.” (Hadith riwayat Tirmidzi)

𝐀𝐔𝐃𝐈𝐓 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐊𝐋𝐔𝐌𝐀𝐓 (𝐈𝐒𝐌𝐒) – 𝐈𝐒𝐎/𝐈𝐄𝐂 𝟐𝟕𝟎𝟎𝟏:𝟐𝟎𝟐𝟐 𝐊𝐄𝐉𝐎𝐑𝐀

BANDAR PENAWAR, 13 Jun – Audit Dalaman Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) ISO/IEC 27001:2022 KEJORA telah diadakan bermula pada 11 hingga 13 Jun 2024.
Mesyuarat Pembukaan dan Penutupan Audit Dalaman ISMS telah dipengerusikan oleh Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), Puan Marlina binti Amir selaku Ketua Pegawai Digital (CDO) KEJORA.
Skop pengauditan ini adalah Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat bagi Sistem Electronic Procument Ready Online (ePRO) 3.0, Lembaga Kemajuan Johor Tenggara.
Program ini adalah sebahagian daripada persediaan bagi peralihan ISMS KEJORA ke piawaian terkini daripada ISO/IEC 27001:2013 kepada ISO/IEC 27001:2022.
Terima kasih kepada semua warga KEJORA yang telah memastikan proses pengauditan berjalan dengan lancar dan memberikan komitmen yang baik kepada Juruaudit.

TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA (PEMBANGUNAN) KKDW ADAKAN LAWATAN KE PROJEK PROSPEK MUKIM JORAK PANCHOR.

PAGOH, 11 Jun – Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Kementerian Kemajuan Desa & Wilayah (KKDW), YBhg. Datuk Mas Rizal bin Mohd Hilmi telah mengadakan lawatan kerja ke Tapak Projek Penternakan Arnab di bawah Program PROSPEK Mukim Jorak Panchor, Muar pada hari ini..
Lawatan kerja ini bertujuan untuk melihat pembangunan projek serta potensi ternakan arnab di Mukim Jorak Panchor. YBhg. Datuk TKSU berpandangan, projek ternakan Arnab yang dijalankan ketika ini mampu memberikan pulangan yang lumayan serta mempunyai potensi yang cukup luas dari segi kebolehpasaran produk sejuk beku di negara ini.
Turut hadir dalam lawatan ini ialah YBhg. Tn Hj. Hasrin Kamal bin Hashim, Pegawai Daerah Muar, Pengurusan KEJORA, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, serta agensi-agensi pembangunan projek PROSPEK ini.
Terima kasih kepada YBhg. Datuk Mas Rizal bin Mohd Hilmi, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) KKDW atas kesudian mengadakan lawatan kerja ini.

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐑𝐀

Selamat bersara diucapkan kepada Encik Rosli bin Jaafar, Pembantu Operasi setelah berkhidmat selama 17 tahun bersama KEJORA bermula 3 Mei 2007 dan akan bersara wajib pada 3 Jun 2024.
Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), YBrs. Puan Marlina Binti Amir telah menyampaikan cenderahati kenang-kenangan kepada Encik Rosli bin Jaafar sebagai tanda terima kasih dari KEJORA.
Seluruh warga KEJORA mendoakan agar Encik Rosli bin Jaafar sentiasa diberi kesihatan berpanjangan oleh ALLAH SWT, dimurahkan rezeki serta berbahagia bersama keluarga tercinta.

𝐓𝐈𝐌𝐁𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐊𝐃𝐖 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐉𝐎𝐑𝐀

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, YB Datuk Hjh Rubiah binti Hj Wang telah mengadakan lawatan ke Kawasan Pertanian Pengeli Kecil, Bandar Tenggara, Johor
Lawatan ini adalah bertujuan untuk melihat kepada potensi tanaman serta pembangunan projek-projek pertanian Wilayah KEJORA. YB Datuk Timbalan Menteri KKDW berpandangan bahawa, pengusaha yang telah berjaya harus berkongsi pengalaman kepada petani-petani baru. Perkongsian secara Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) ini perlu dilakukan demi mewujudkan rantaian perniagaan serta membantu petani memasarkan produk hasil tani mereka.
Turut hadir dalam lawatan ini ialah Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pengurus Besar KEJORA, YB Puan Fauziah binti Misri, ADUN Penawar merangkap Ahli Lembaga Pengarah KEJORA, Pn. Marlina binti Amir, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) serta Pengurusan KEJORA.
Terima kasih kepada YB Datuk Hjh Rubiah binti Hj Wang, Timbalan Menteri Kemajuan Desa & Wilayah atas lawatan ini.
#PenerajuTerasKemakmuran

PROGRAM JARINGAN USAHAWAN KEJORA (JUARA) SIRI 2/2024

Program Jaringan Usahawan KEJORA (JUARA) Siri 2/2024 telah diadakan pada 23 Mei 2024 (Khamis) bertempat di Pusat Komuniti Desa (PKD) Tg Sedili, Johor.
Program ini merupakan satu inisiatif untuk pendaftaran usahawan baharu, membimbing dan memberi pendedahan kepada para usahawan secara one-on-one bagi mengembangkan perniagaan, mengenal pasti masalah, isu serta cadangan penyelesaian.
JUARA juga memberi tumpuan kepada pembangunan modal insan, bimbingan perniagaan, hebahan berkaitan geran bantuan Kerajaan, pembiayaan, serta akses kepada pasaran tempatan dan antarabangsa bagi meningkatkan daya saing dan kelestarian perniagaan.
Antara jabatan dan agensi yang turut hadir adalah TEKUN Nasional, Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ), AGRO Bank, Bank Islam dan ICYM TVET Centre.
Tahniah dan syabas kepada semua usahawan Kejora

PESTA TANJUNG BALAU @ KEJORA 2024

Pesta Tanjung Balau @ KEJORA 2024 telah melabuhkan tirai pada petang ini dengan jayanya.
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YB Datuk Hajah Rubiah binti Hj. Wang, Timbalan Menteri Kemajuan Desa & Wilayah. Ketibaan YB Datuk Timbalan Menteri telah disambut oleh Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pengurus Besar KEJORA.
Didalam ucapan perasmi, YB Datuk Timbalan Menteri menyarankankan agar Pantai Tanjung Balau sebolehnya dipenuhi dengan aktiviti berbentuk kekeluargaan. Dalam ertikata lain Pantai Tanjung Balau ini boleh diadakan pesta atau keramaian pada setiap bulan. Bukan hanya dari KEJORA, malah dari pihak ADUN, NGO atau Pejabat-Pejabat Kerajaan.
Beliau mengingatkan kepada semua pengunjung Pantai Tanjung Balau agar menggunakan infrastruktur yang telah disediakan dengan sebaiknya. Janganlah kita merosakkan harta awam kerana harta awam bukanlah hakmilik peribadi.
YB Datuk Timbalan Menteri KKDW juga telah meluncurkan Fun Map KEJORA (Tourist Attraction) yang memfokuskan kepada produk pelancongan dalam Wilayah KEJORA. Turut sama diluncurkan pada petang ini adalah Pra-Peluncuran KEJORA Surfing Cup 2024 serta memperkenalkan rakan kerjasama strategik Koperasi Sinar Tanjung Balau untuk melaksanakan KEJORA Surfing Cup 2024 antaranya Quicksilver Malaysia, ADABI, Aliyah Risqi Holding Pte Ltd, Johor Bahru Harley Davidson serta Bank Simpanan Nasional (BSN). YB Datuk juga turut membuat .3 cabutan bertuah hadiah utama dan menyampaikan hadiah kepada pengunjung yang bertuah.
Turut hadir pada hari ini ialah YB Tuan Aznan bin Tamin Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan & Penerangan Negeri Johor, ADUN Tanjung Surat merangkap Ahli Lembaga Pengarah KEJORA, YBhg. Datuk Mas Rizal bin Mohd Hilmi, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) KKDW, YB Puan Fauziah binti Misri, ADUN Penawar merangkap Ahli Lembaga Pengarah KEJORA, YBrs. Encik Che Mohd Zulkifli Bin Ismail, Setiausaha Bahagian Komuniti Desa, KKDW, YBhg. Tn Hj Syed Norul Shahril bin Syed Nasir, Pentadbir Tanah Daerah Kota Tinggi, Ahli Lembaga Pengarah KEJORA, Ketua-Ketua Agensi KKDW Negeri Johor,Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, Pengurusan KEJORA serta anggota KEJORA.
Selepas selesai acara perasmian, YB Datuk Timbalan Menteri serta dif-dif Kehormat sempat meluangkan masa melawat infrastruktur di kawasan Tanjung Balau.
Terima kasih kepada semua pengunjung yang telah sama-sama menyertai Pesta Tanjung Balau @ KEJORA 2024. Semoga kita berjumpa lagi di program-program KEJORA yang lain.