SAMBUTAN MINGGU PERPADUAN PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2024

KEJORA telah menyertai rerurai Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sempena Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 di Padang Plaza Angsana Johor Bahru bermula dari 23 hingga 26 Mei 2024.
Majlis Peluncuran Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 telah disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim. Di dalam ucapannya, beliau menyeru golongan muda agar mempertingkat dan mempertahankan perpaduan yang selama ini dinikmati oleh negara sekali gus menjadi generasi penerus yang bermakna untuk Malaysia.
Beliau menambah, tanggungjawab anak-anak muda, generasi muda, jangan anggap perkara ini satu ketentuan yang boleh diremehkan kerana negara boleh bangkit disebabkan semangat perpaduan, negara juga boleh hancur kerana perpecahan dan ketidaksefahaman perkauman. Kesepaduan antara kaum adalah kekuatan negara dan untuk itu, beliau menzahirkan penghormatan serta penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia kerana sentiasa menyokong semangat perpaduan.
Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) YBrs. Pn Marlina binti Amir telah hadir mewakili Pengurus Besar KEJORA di majlis perasmian. Turut serta adalah Ketua Unit Komunikasi Korporat, En. Mohamad Azrul bin Shari.

HARI MUZIUM ANTARABANGSA PERINGKAT KEBANGSAAN

Muzium Nelayan Tanjung Balau sekali lagi berjaya menambah koleksi kejuaraan apabila dinobatkan sebagai Johan Booth Terbaik Kategori Anugerah Pilihan Juri sempena Festival Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2024 di Pulau Pinang.
Hadiah telah disampaikan oleh Datuk Seri Aron bin Dagang, Menteri Perpaduan Negara dalam satu majlis penutup Hari Muzium Antarabangsa yang di adakan di Arena Spice, Pulau Pinang pada 22 Mei 2024 yang lalu.
Terima kasih Kerajaan Pulau Pinang yang telah menjadi tuan rumah pada tahun 2024.

SELAMAT BERSARA

Selamat bersara diucapkan kepada Encik Mokhtar bin Mohd Salleh, Pembantu Operasi setelah berkhidmat selama 41 tahun 7 bulan bersama KEJORA bermula 16 Oktober 1982 dan akan bersara wajib pada 26 Mei 2024.
Pengurus Besar KEJORA, Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil telah menyerahkan cenderahati kenang-kenangan kepada Encik Mokhtar bin Mohd Salleh sebagai tanda terima kasih dari KEJORA.
Seluruh warga KEJORA mendoakan agar Encik Mokhtar bin Mohd Salleh sentiasa diberi kesihatan berpanjangan oleh ALLAH SWT, dimurahkan rezeki serta berbahagia bersama keluarga tercinta.

HARI KEDUA PESTA TANJUNG BALAU @ KEJORA 2024

Sorotan lensa KEJORA hari kedua Pesta Tanjung Balau @ KEJORA 2024.
Pelbagai pertandingan telah dimulakan dan telah menoktahkan pemenangnya. Turut diadakan cabutan bertuah sesi ke dua dan ketiga kepada pengunjung.
Menariknya hari ini telah diadakan pertandingan kereta klasik, pertandingan memasak dan pertandingan Suara Warisan. Pengunjung juga telah didendangkan dengan persembahan dari artis tempatan seperti Fieya Julia, Aepul Roza dan Dato’ Nash.
Terima kasih kepada semua pengunjung.
Ayuh kita terus berkunjung dan memeriahkan Pesta Tanjung Balau. Esok adalah hari terakhir dan dijemput untuk pengunjung bersama-sama hadir di Majlis Perasmian Penutupan Pesta Tanjung Balau @ KEJORA Tahun 2024.

PESTA TANJUNG BALAU @ KEJORA 2024

Sorotan lensa KEJORA di sebelah pagi hari kedua Pesta Tanjung Balau @ KEJORA 2024.
Pengurus Besar KEJORA, Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil turut sama turun padang dalam Pelepasan Pertandingan Aerofithon dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada pemenang mewarna kanak-kanak dan Pertandingan Aerofithon. Selain itu juga, turut diadakan cabutan bertuah pusingan pertama kepada pengunjung.
Pelbagai pertandingan telah bermula antaranya SukanRia Kanak-Kanak, Sukan Rakyat/Tradisional, Pertandingan Bola Tampar Pantai , Pertandingan Congkak dan lain-lain acara.
Turut hadir pada hari ini adalah Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), Puan Marlina binti Amir serta pengurusan KEJORA.
Terima kasih kepada semua pengunjung.
Ayuh kita terus berkunjung dan memeriahkan Pesta Tanjung Balau untuk dua hari lagi. Pelbagai acara menarik telah disediakan.
Macam-macam Ada!

TIRAI PESTA TANJUNG BALAU @ KEJORA TAHUN 2024

TANJUNG BALAU, 24 Mei – Tirai Pesta Tanjung Balau @ KEJORA Tahun 2024 anjuran Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) dibuka secara rasminya pada hari ini.
Pengurus Besar KEJORA, Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil telah hadir untuk melihat persembahan fire dance yang bersama Pengurusan KEJORA disebelah malam. Manakala disebelah petang, telah berjalan Kursus Pembuatan Pastri bersama ICYM TVET Centre (ITC). Program kolaborasi ini memberikan pengalaman baru kepada pengunjung yang hadir untuk sama-sama belajar dan menyediakan pastri.
Pengunjung serta keluarga boleh juga menikmati pelbagai tarikan sampingan antaranya Mini Zoo dan Supa Dupa termasuk jualan dari usahawan KEJORA.
Ayuh Warga Johor, hadirkan diri anda ke Pesta Tanjung Balau Tahun 2024 yang bermula pada 24 hingga 26 Mei 2026 (Ahad).
Pelbagai acara yang telah dirancang antaranya, Pertandingan Bola Tampar, Pertandingan Mewarna, Pertandingan Suara Warisan, Pertandingan Memasak, Autoshow Klasik, Fire Dance dan sebagainya.
Jumpa anda esok dengan acara yang lebih gempak!!!!!

SESI SARINGAN KESIHATAN KENDIRI KEJORA

Bandar Penawar, 21 Mei – Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) pada hari ini telah mengadakan Saringan Kesihatan Kendiri kepada semua anggotanya bertempat di Bilik Taklimat, Ibu Pejabat KEJORA.
Pengurus Besar KEJORA, Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil telah bersama-sama dengan anggota KEJORA untuk menjalani saringan kesihatan yang dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kota Tinggi. Tujuan utama saringan ini adalah untuk pengemaskinian maklumat kesihatan di dalam sistem HRMIS.
KEJORA mengucapkan terima kasih kepada Pejabat Kesihatan Daerah Kota Tinggi atas perkhidmatan yang diberikan.
Amalkan Cara Hidup Sihat. Kunci untuk kehidupan yang sihat adalah mengamalkan, makan secara sihat, tidak merokok, lakukan aktiviti fizikal dan belajar menangani stres.

HARI MUZIUM ANTARABANGSA PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2024

Paparan menarik dari Rerurai Muzium Nelayan Tanjung Balau di HMA2024 yang menampilkan SERKAP Gergasi.
Pakat Mai Semua…..
ada 1 hari lagi ….. sehingga 22 Mei 2024

π’π€πŒππ”π“π€π π‡π€π‘πˆ πŒπ”π™πˆπ”πŒ 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ’

Festival Hari Muzium Antarbangsa Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 sedang berlangsung dari 16 hingga 22 Mei 2024 di Dewan Sri Pinang, Georgetown, Pulau Pinang.
Bertepatan dengan tema Hari Muzium Antarabangsa pada tahun ini iaitu ” Muzium Untuk Pendidikan Dan Penyelidikan”, Muzium Nelayan Tanjung Balau telah mengetengahkan pameran berkonsepkan “SERKAP” yang merupakan salah satu peralatan tradisional nelayan. Pengunjung juga dapat menerokai sejarah peralatan tradisional nelayan seperti Cepu Kayu, Kotak Ke Laut, Bintoh Ketam dan informasi pendidikan tentang paya bakau dan penjagaan ekosistem pesisir pantai.
Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Tuan Chow Kon Yeow bersama YB Senator Puan Saraswathy Kandasami, Timbalan Menteri Perpaduan Negara Malaysia telah sama-sama merasmikan Festival Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan Tahun 2024.
Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) Puan Marlina binti Amir dan Pengurus Pelancongan, Puan Suraya Hani binti Sharan telah hadir di majlis perasmian bersama pegawai-pegawai Bahagian Pelancongan KEJORA.
Ayuh, Warga Pulau Pinang, pakat Mai tengok Serkap Gergasi Muzium Nelayan Tanjung Balau.
#hma2024

MAJLIS PERASMIAN HARI BELIA NEGARA PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 2024

BANDAR PENAWAR, 18 Mei – Majlis Perasmian Hari Belia Negara Peringkat Negeri Johor Tahun 2024 telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Mohd Hairi bin Mad Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor di Dataran Tasik, Bandar Penawar.
Di dalam ucapan perasmian, YB Tuan Mohd Hairi bin Mad Shah mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang bertungkus lumus memastikan Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Johor ini berjalan dengan lancar dan teratur. Beliau juga merasakan penganjuran sambutan seperti ini mampu membuka minda serta peluang-peluang kerjaya kepada belia terutama di Negeri Johor.
Antara pengisian utama Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Johor pada kali ini adalah penyampaian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) dan sesi penyerahan bantuan kepada para usahawan.
Selari dengan penyerahan ini juga, Pengurus Besar KEJORA, Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil telah menyerahkan cek sebagai simbolik permohonan geran Program Sokongan Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar (SPKLB) berjumlah RM200,000.00 kepada YB Tuan Mohd Hairi bin Mad Shah, Pengerusi Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor. Turut disampaikan adalah geran Program Start Right (PSR@KKDW) iaitu bantuan peralatan dan bimbingan selama 6 bulan berjumlah RM10,000.00 seorang kepada 10 orang usahawan belia Wilayah KEJORA.
YB Tuan Mohd Hairi bin Mad Shah juga sempat mengunjungi Dewan KEJORA untuk melihat dan menyantuni belia-belia di Karnival Kerjaya KEJORA yang juga merupakan salah satu pengisian kepada Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Johor Tahun 2024.
Turut hadir dalam majlis perasmian ini ialah, Yang Berhormat Tuan Aznan bin Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor merangkap ADUN Tanjung Surat, Yang Berhormat Dato’ Haji On bin Jabbar @ Jaafar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan), YBhg. Tuan Hj Ahmad Nazir bin Hj Mohd Nasir, Pegawai Daerah Kota Tinggi, Pengurusan KEJORA serta Ketua-Ketua Jabatan dan agensi Negeri Johor.
KEJORA berharap dengan penganjuran Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Johor Tahun 2024 ini memberikan satu suntikan semangat kepada belia-belia luar bandar dalam menghadapi gelombang Revolusi Industri 4.0 (IR4.0).
#PenerajuTerasKemakmuran