KUNJUNGAN HORMAT PENGURUS BESAR KEJORA KE ATAS PENGARAH PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI JOHOR (PPNJ)

29 MAC 2022 I SELASA I 3.00 PETANG
YBhg. Dato’ Mohd Rusdi bin Mohd Darus, Pengurus Besar KEJORA telah mengadakan sesi Kunjungan Hormat ke atas YBrs. Tuan Haji Rahman bin Mohd Din, Pengarah Pembangunan Negeri Johor, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM).
Kunjungan Hormat yang diadakan ini bertujuan untuk mengeratkan kerjasama strategik 2 hala antara KEJORA dan Pejabat Pembangunan Negeri Johor terutamanya dalam perkongsian maklumat, perbincangan dan khidmat nasihat berkaitan hala tuju isu Projek-projek Pembangunan KEJORA yang dalam perancangan dan pelaksanaan.
Kunjungan Hormat pihak KEJORA yang turut disertai oleh En. Mohd Hanafi bin Jantan, Pengurus Perancangan Strategik dan En. Muhammad Redzuan bin Othman, Penolong Pengurus telah disambut mesra oleh Pengarah PPNJ, Puan Amy Lydia binti Adnan, Timbalan Pengarah (Pemantauan) dan En. Hasbullah Mohd Hasbullah bin Mat Taib, Penolong Pengarah (Pemantauan).

MAJLIS PELANCARAN PELAN ANTI RASUAH ORGANISASI KEJORA 2022-2025

Bandar Penawar, 29 Mac 2022 – Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) telah menganjurkan majlis pelancaran Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) KEJORA 2022-2025. Majlis pelancaran ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Johor, YBhg TPj Dato’ Haji Azmi bin Haji Alias.
Pelan OACP KEJORA 2022-2025 ini menggariskan 3 strategi, 4 objektif strategik serta 28 inisiatif sebagai sumber rujukan serta pendokong kepada pencapaian visi, misi dan objektif KEJORA.

SESI RAKAMAN SAUJANA TALK ANJURAN INSTITUT DATO’ ONN (IDO)

Jangan lupa ikuti #SaujanaTalk 2022 anjuran Institut Dato’ Onn (IDO) yang akan bersiaran tidak lama lagi.
Terima kasih kepada pihak IDO kerana mengundang KEJORA untuk bersama-sama menjayakan program ini sebagai salah satu platform perkongsian inisiatif bantuan/geran/kursus yang bakal dilaksanakan pada tahun 2022 seiring dengan masalah dan keperluan usahawan.
Sesi rakaman Saujana Talk ini dihadiri oleh Tuan Haji Farizal Bin Ismail, Pengarah IDO, manakala KEJORA diwakili oleh En Mohd Fakharur Razziy Bin Hazran, Ketua Unit Ekonomi dan Usahawan.

PROGRAM PELANCONGAN DESA MELALUI PENGANJURAN KURSUS ENGLISH FOR TOURISM WILAYAH KEJORA

KEJORA Terus Komited Memperkasakan Program Pelancongan Desa Melalui Penganjuran Kursus English For Tourism Wilayah KEJORA Tahun 2022
Pada 24 hingga 26 Mac 2022, pihak KEJORA melalui Bahagian Pelancongan telah menganjurkan Kursus English For Tourism Wilayah KEJORA Tahun 2022 bertempat di Imperial Heritage Hotel, Melaka.
Kursus ini memberi pendedahan kepada para peserta berkaitan kemahiran Bahasa Inggeris mudah bagi meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris, menguasai kemahiran berkomunikasi dan berinteraksi dengan setiap pelanggan serta memudahkan penyampaian dalam Bahasa Inggeris kepada pelancong.
Kursus ini telah disertai seramai 16 orang peserta yang mewakili persatuan, komuniti dan pengusaha pelancongan desa Wilayah KEJORA iaitu :
i. Jawatankuasa Homestay Kg Mawai Baru;
ii. Jawatankuasa Homestay Kg. Johor Lama;
iii. Jawatankuasa Homestay Kg. Sedili Kecil;
iv. Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan (JPKK) Kg. Tanjung Surat;
v. Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan (JPKK) Kg. Tanjung Sedili dan
vi. Belungkor Venture.
Majlis Penutup telah dirasmikan oleh Puan Suraya Hani binti Sharan, Pengurus Pelancongan selaku wakil rasmi Pengurus Besar KEJORA.
Semoga dengan penganjuran kursus ini, dapat meningkatkan mutu kualiti dalam memperkasakan pelancongan desa wilayah KEJORA serta memartabatkan sektor pelancongan di kawasan kampung masing-masing agar matlamat pelancongan berasaskan komuniti (community based tourism) dapat dicapai dengan jayanya.
#KPLB
#KEJORA
#LuarBandarSejahtera
#KeluargaMalaysia
#BekerjaBersamaRakyat
#JubliEmasKEJORA
#PenerajuTerasKemakmuran

MAJLIS BACAAN YASSIN DAN TAHLIL SEMPENA PROGRAM IHYA’ RAMADAN ANJURAN KELAB ANGGOTA KEJORA

Pada 24 Mac 2022, berlangsungnya Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil sempena Program Ihya’ Ramadan anjuran Kelab Anggota KEJORA yang dipimpin oleh Encik Daud bin Abdul Rahman, Timbalan Pengurus Besar Pembangunan dan Encik Yusrihan Bin Jusak, Pegawai Perancang Bandar dan Desa di Dewan KEJORA Bandar Penawar bersama warga KEJORA.
Majlis diteruskan dengan ceramah yang bertajuk tips pemakanan sihat di bulan ramadan oleh Yang dihormati Dr. Zamizulfikri bin Jemangin, Pegawai Perubatan Pejabat Kesihatan Daerah Kota Tinggi.
Alhamdullilah, program ini berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN PASCA BANJIR WILAYAH KEJORA

Pada 22 Mac 2022, telah berlangsungnya penutup Majlis Penyerahan Sumbangan Pasca Banjir Wilayah KEJORA kepada mangsa-mangsa banjir wilayah KEJORA.
Encik Adam Malek bin Haji Tugimin, Ketua Unit Perundangan KEJORA telah mengetuai penyerahan Bantuan Pasca Banjir kepada 34 orang penduduk Kg. Mawai dan Kg. Mawai Baru, Kota Tinggi, Johor yang terjejas akibat kejadian banjir pada Disember 2021 dan Januari 2022. Majlis turut diserikan dengan kehadiran YB Encik Muszaidi bin Makmor, ADUN Sedili yang sudi bersama-sama dalam sesi penyerahan tersebut.
Semoga dengan sumbangan yang telah diberikan dapat memberikan keceriaan serta meringankan beban penduduk kampung yang terkesan dengan bencana banjir tersebut.

PENGURUS BESAR KEJORA TERIMA KUNJUNGAN HORMAT ABMWS

Bandar Penawar – Dato’ Haji Mohd Rusdi bin Mohd Darus, Pengurus Besar KEJORA telah menerima kunjungan hormat daripada Tuan Haji Mohd Zaidi bin Rahmat, Ketua Pegawai Operasi bersama Encik Mohd Fairoz bin Mohd Saad, Eksekutif Kanan Latihan Akademi Binaan Malaysia Wilayah Selatan (ABMWS).
Kunjungan tersebut turut membincangkan mengenai jalinan dan usahasama dua hala berkaitan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) untuk penduduk wilayah KEJORA.
#KPLB
#KEJORA
#LuarBandarSejahtera
#KeluargaMalaysia
#BekerjaBersamaRakyat
#JubliEmasKEJORA
#PenerajuTerasKemakmuran

 

SUMBANGAN PASCA BANJIR WILAYAH KEJORA 2022

15 Mac 2022 – Selaras dengan Arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) No. 20, agar tindakan-tindakan yang diambil di peringkat sebelum, semasa dan selepas sesuatu kejadian bencana dapat dilaksanakan dengan cekap, terancang dan berkesan, Bantuan Pasca Banjir hendaklah diberikan kepada setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas.
Justeru, seramai 53 orang penduduk Kampung Contoh Kahang, Layang-Layang, Kluang telah menerima Sumbangan Pasca Banjir Wilayah KEJORA yang terjejas akibat bencana banjir yang berlaku pada Disember 2021 dan Januari 2022 yang lalu.
Penyampaian sumbangan telah disempurnakan oleh Encik Daud bin Abd Rahman, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KEJORA diiringi Puan Rosnita binti Muhamad, Ketua Unit Teknikal KEJORA dan Encik Baharuddin bin Aman, Ketua Kampung Contoh Kahang.
Semoga dengan sumbangan ini dapat memberikan keceriaan serta meringankan beban penduduk kampung yang terkesan akibat bencana banjir tersebut.

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN PASCA BANJIR WILAYAH KEJORA 2022

16 Mac 2022 – Empat penduduk Kampung Jomis / Kampung Bukit Raja Darat, Pengerang, Kota Tinggi, Johor yang terjejas akibat bencana banjir pada Disember 2021 dan Januari 2022 yang lalu menerima Sumbangan Pasca Banjir Wilayah KEJORA 2022.
Penyampaian sumbangan ini diketuai oleh Encik Mus-Irwan bin Misroom, Ketua Unit Integriti KEJORA, turut hadir Encik Zainudin bin Kassan, Pengerusi JPKK Kampung Bukit Raja.
Semoga dengan sumbangan ini dapat memberikan keceriaan serta meringankan beban penduduk kampung yang terkesan akibat bencana banjir tersebut.

SESI LAWATAN TAPAK DAN PERBINCANGAN BAGI PELAKSANAAN FORUM PERDANA EHWAL ISLAM SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS KEJORA

Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) melalui Unit Pengurusan Fasiliti telah membuat satu sesi lawatan ke Pantai Tanjung Balau bagi pelaksanaan Forum Perdana Ehwal Islam yang akan dianjurkan pada Jun 2022 bersempena sambutan Jubli Emas KEJORA.
Turut hadir, Puan Hazidah binti Hasnan, Penolong Pengarah Kanan Seksyen TV, Bahagian Penyiaran JAKIM serta wakil rasmi RTM, Encik Hadi Rahim, Penerbit TV dan Encik Ahmad Shaiful Redha bin Razak, Jurutera Penyiaran.
Lawatan ini turut membincangkan mengenai kos, persiapan juga kerjasama bagi menjayakan program perdana ini bersiaran secara live di RTM1.