BENGKEL DASAR PERTANIAN LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA (KEJORA)

Bahagian Pertanian dan Industri Asas Tani KEJORA telah menganjurkan BENGKEL DASAR PERTANIAN KEJORA pada 16 Disember 2021 bertempat di Bayu Balau Beach Resort, Tanjung Balau, Kota Tinggi, Johor.
Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) iaitu En Daud Bin Abd Rahman. Seramai 40 orang Pegawai yang hadir terdiri daripada Pengurusan KEJORA dan juga wakil agensi-agensi di sekitar Johor iaitu Pejabat Tanah dan Galian Johor (PTG), Jabatan Pertanian Kota Tinggi (DOA), Jabatan Perkhidmatan Verterinar Johor (JPV), Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ), MARDI Johor dan Biodesaru Bhd.
Tujuan pelaksanaan bengkel ini adalah untuk menambahbaik dan mengemaskini dasar pertanian KEJORA yang sedia ada agar ianya seiring dengan perkembangan pembangunan pertanian serta dasar-dasar Kerajaan yang digunapakai pada masa kini agar pembangunan pertanian di wilayah KEJORA terus berkembang dan memberi manfaat kepada lebih ramai golongan sasar.

SESI PENJURIAN PERTANDINGAN SEMPENA KARNIVAL KRE8TIVE@MUZIUM NELAYAN 2021

Telah berlangsung sebentar tadi Sesi Penjurian Pertandingan Sempena Karnival Kre8tive @Muzium Nelayan 2021 yang telah berlangsung secara dalam talian bermula 14 November dan berakhir pada 14 Disember yang lepas. Karnival maya Muzium Nelayan anjuran Bahagian Pelancongan KEJORA ini telah berjaya menghimpunkan seramai 260 peserta melalui 5 pertandingan berasingan iaitu Pertandingan Doodle Kreatif, Poster Kreatif, Warna Kreatif, Pakaian Kreatif & Vokal Irama Kreatif. Pemenang akan diumumkan pada minggu hadapan melalui page FB Muzium Nelayan. Tahniah dan syabas kepada semua peserta.

LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA (KEJORA) TELAH MENYALURKAN BEBERAPA BANTUAN KEPADA PASUKAN PENYELAMAT

Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) telah menyalurkan beberapa bantuan kepada pasukan penyelamat untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR) tragedi bot karam di Tanjung Balau.
Semoga petugas pasukan penyelamat dipermudahkan dalam misi mencari dan menyelamat mangsa mangsa yang terlibat.

YAYASAN PTRIOTIK BANGSA (YPB) PADA HARI INI MERAKAM PENGHARGAAN ATAS SOKONGAN PIHAK LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA (KEJORA)

Yayasan Patriotik Bangsa (YPB) pada hari ini merakamkan penghargaan atas sokongan pihak Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) yang turut sama mendokong usaha bagi menghasilkan Album Kompilasi Tinta Emas Perdana Menteri.
Majlis Pra Pelancaran Album Kompilasi Tinta Emas Perdana Menteri ini telah diadakan di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur.
YB Dato Hj Che Zakaria Pengerusi Lembaga Kemajuan Johor Tenggara telah hadir bagi menerima sijil penghargaan yang telah disampaikan oleh YB Datuk Zahidi Zainul Abidin, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
Semoga dengan sokongan ini akan membantu usaha pihak kerajaan untuk melahirkan generasi yang cintakan negara dan tanahair.

CERAMAH PENGUKUHAN INTEGRITI SIRI 6/2021 BERTAJUK “KHIDMAT SETULUS HATI, TERPANCAR DARI SANUBARI”

Alhamdullilah syukur ke hadrat Illahi kerana pada pagi yang mulia ini dapat diadakan Program Ceramah Pengukuhan Integriti Siri 6/2021 yang telah diadakan secara maya. Ceramah telah disampaikan oleh YBhg. Al Fadhil Ustaz Elyas Ismail dengan tajuknya “Khidmat Setulus Hati, Terpancar Dari Sanubari”. Semoga apa yang telah disampaikan oleh YBhg Ustaz dapat dijadikan pedoman dan panduan hidup dalam kehidupan seharian kita. InsyaAllah..Aamiin….

MESYUARAT KERJASAMA STRATEGIK PEMBANGUNAN PELANCONGAN & LAWATAN KERJA BERSAMA PEJABAT DAERAH PORT DICKSON

KEJORA telah mengadakan Lawatan Kerjasama Strategik Pembangunan Pelancongan ke Pejabat Daerah dan Tanah, Daerah Port Dickson, Negeri Sembilan yang diadakan pada 14 Disember 2021.
Bersempena lawatan tersebut, delegasi KEJORA yang diketuai YBhg Dato’ Haji Mohd Rusdi bin Mohd Darus, Pengurus Besar KEJORA telah disambut mesra oleh Tuan Khairy bin Maamor, Pegawai Daerah Port Dickson, Negeri Sembilan. Delegasi KEJORA telah dibawa ke beberapa lokasi lawatan projek pembangunan pelancongan di dalam Daerah Port Dickson termasuklah PD Forest Sungai Menyala dan Lawatan Homestay Kg. Pachitan.
Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Pegawai Daerah dan Pegawai-pegawai Pejabat Daerah Port Dickson, Timbalan Pengarah dan Pegawai serta kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan, tidak dilupakan juga MPKK Kg Pachitan atas kerjasama strategik yang dijalinkan sepanjang program berlangsung.

MESYUARAT PERMUKIMAN HALATUJU PELAKSANAAN PROJEK/PROGRAM PEMBANGUNAN KEJORA & MESYUARAT MAJLIS BERSAMA JABATAN

KEJORA telah mengadakan Mesyuarat Permukiman Halatuju Pelaksanaan Projek/Program Pembangunan KEJORA Tahun 2022 dan Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Bil. 3/2021 yang telah diadakan pada 13-14 Disember 2021 di Avillion Hotel, Port Dickson, Negeri Sembilan.
Mesyuarat Pemukiman Halatuju Pelaksanaan Projek/ Program Pembangunan KEJORA Tahun 2022 diadakan bagi menambah baik proses kerja sedia ada untuk meningkatkan kecekapan tadbir urus serta penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan dan golonganbsasar Wilayah KEJORA.
Mesyuarat ini bertujuan untuk
membincangkan perancangan dan pelaksanaan setiap projek/program pembangunan tahun 2022 bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan dan pencapaian prestasi yang cemerlang.

KUNJUNGAN SAMBIL BELAJAR INSTITUT BIODIVERSITI TROPIKA & PEMBANGUNAN LESTARI (IBTPL) UMT KE MUZIUM NELAYAN TANJUNG BALAU

Sekitar Kunjungan Timbalan Pengarah Institut Biodiversiti Tropika dan Pembangunan Lestari, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bersama delegasi ke Muzium Nelayan Tanjung Balau. Tujuan lawatan adalah bagi mendapatkan khidmat nasihat dan rujukan dengan menjadikan Muzium Nelayan sebagai “role model” pembinaan Galeri Alami Kenyir di Tasik Kenyir, Terengganu.
Pihak UMT mengucapkan syabas kepada KEJORA di atas pembangunan sebuah muzium yang unik serta menghargai jasa nelayan tradisional dan juga memberikan sekalung penghargaan diatas taklimat khas pembangunan Muzium Nelayan, program promosi, konsep dan idea pameran yang dilaksanakan serta berharap dapat menjalin kerjasama lebih erat dengan Bahagian Pelancongan KEJORA pada masa akan datang.

?????? ????????? ??????? ??????? ?????? ???????? ????? ??????? ?????? ????? ????

?????? ????????? ??????? ??????? ?????? ???????? ????? ??????? ?????? ????? ????
Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) telah mengadakan Majlis Perasmian Penutup Program Rohani Kesenian Islam Wilayah KEJORA bagi Tahun 2021. Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Haji Mohd Rusdi Bin Mohd Darus, Pengurus Besar KEJORA.
Program ini telah berlangsung bermula pada 7 November 2021 hingga 9 Disember 2021. Sepanjang tempoh pelaksanaan program tersebut, KEJORA telah mengaturkan beberapa acara untuk dipertandingkan dan dihebahkan kepada sekolah-sekolah dan kampung-kampung dalam Wilayah KEJORA. Antara pertandingan yang dipertandingkan adalah Pertandingan Nasyid, Pertandingan Syarahan, Pertandingan Azan dan Tarhim serta Pertandingan Sudut Informasi Kesenian Islam.
Majlis ini turut diserikan lagi dengan penampilan khas Saudara Adam Corrie Lee Bin Abdullah menerusi segmen Bicara RoKI yang membicarakan pengalaman dakwah beliau sepanjang bergelar mualaf. Semoga penganjuran program seperti ini akan terus mendapat sambutan seluruh warga Wilayah KEJORA.

PENYERTAAN USAHAWAN KEJORA DALAM KOMUNITIKRAF KELUARGA MALAYSIA 2021

Penyertaan Usahawan KEJORA dalam Komuniti Kraf Keluarga Malaysia 2021
Komuniti Kraf Keluarga Malaysia (KKKM 2021) merupakan satu program dan komitmen Kerajaan menggalakkan komuniti warga Malaysia menghayati dan melibatkan diri secara langsung dalam pembangunan dan pelaksanaan dasar dengan berkesan.
KKKM 2021 ini telah dijalankan pada 1 Disember 2021 hingga 6 Disember 2021 dengan tiga (3)orang penyertaaan usahawan daripada Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) iaitu Norli Creation (Puan Norida binti Dahlan), Ranorm Batik Creation (Puan Maimunah binti Yaacob) dan JM Jarum Emas (Puan Jamilah binti Yahya).
YB Datuk Seri Dr. Santhara J.P selaku Timbalan Menteri Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya di Komples Kraf Kuala Lumpur telah merasmikan KKKM 2021 ini dengan jayanya. Alhamdullilah, Puan Norida binti Dahlan yang merupakan Pengusaha Norli Creation telah menerima Insentif Pembangunan Usahawan Kraf Tahun 2021 daripada Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia iaitu Bantuan Mesin dan Peralatan semasa hari perasmian 3 Disember 2021 berlangsung.
Aktiviti yang dilaksanakan sepanjang KKKM tersebut termasuk pameran dan jualan produk komuniti kraf, aktiviti demonstrasi penghasilan produk komuniti kraf, jualan jumbo, seminar dan sesi komuniti kraf bersama usahawan ‘Craft Champion’
Tahniah diucapkan kepada Usahawan Kluster Kraf KEJORA.