KEJORA MENDEKATI PENDUDUK DESA MELALUI PEMBANGUNAN KEMUDAHAN AWAM DAN SOSIAL
Bagi memastikan kemudahan awam dan sosial penduduk dapat dipertingkatkan, Pengurusan KEJORA yang diketuai oleh Encik Mohd Hanafi bin Jantan, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) diiringi kepimpinan kampung telah melaksanakan program turun padang bagi melihat sendiri kerosakan balairaya di Kampung Semanggar, Kota Tinggi, balairaya di Kampung SC Jaya Sepakat, Layang-layang, Pusat Komuniti Desa dan gelanggang futsal di Kampung Paya, Layang-layang, Kluang.
Program seumpama ini menunjukkan bahawa komitmen Pengurusan KEJORA untuk mendekati masyarakat dan memperkukuh hubungan serta dapat memahami keperluan penduduk desa dengan lebih baik.
ππππππππππ πππππππππππ πππππππππ πππππππππ π.π @ πππππππ πππππ π πππ ππππ
KOTA TINGGI, 16 Februari β Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) telah berjaya buat julung kalinya menganjurkan Program Belungkor Challenge 1.0 bersempena penganjuran Tanjung Surat Fest 2025. Program ini telah menarik penyertaan seramai 330 orang yang menjadikan acara ini lebih meriah.
Program ini telah dimulakan dengan aktiviti senamrobik dan seterusnya acara pelepasan peserta yang telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Aznan bin Tamin , ADUN Tanjung Surat merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor dan Ahli Lembaga Pengarah KEJORA bersama-sama Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pengurus Besar KEJORA dan Pengurusan KEJORA.
Majlis turut diserikan dengan acara cabutan bertuah kepada peserta yang berjaya menamatkan acara Belungkor Challenge (Walking, Hiking & Running) serta penyampaian hadiah pertandingan swafoto paling kreatif.
Program ini merupakan antara inisiatif KEJORA untuk mempromosikan produk pelancongan sukan dan rekreasi di daerah Kota Tinggi, Johor terutamanya di Tanjung Belungkor bersempena Tahun Melawat Johor 2026 dan Tahun Melawat Malaysia 2026.
Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan dan memberi sokongan dalam penganjuran buat julung kalinya ini.
PENYERAHAN KUNCI PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT SEJAHTERA (PPRS)
KOTA TINGGI, 28 Januari- Pengurusan KEJORA telah hadir membuat penyerahan kunci kepada dua (2) peserta Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS). Penyerahan kunci telah disampaikan oleh Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pengurus Besar KEJORA.
Turut hadir Yang Berhormat Tuan Muszaide bin Makmor, ADUN Kawasan Sedili, Pengerusi JPKK Kampung Simpang dan Pengerusi JPKK Kampung Tanjung Sedili.
Semoga peserta PPRS dapat menjalani kehidupan yang lebih selesa dan selamat pada masa akan datang.


















































































































