KURSUS PELAKSANAAN SISTEM BINAAN BERINDUSTRI (IBS) DALAM PROJEK KERAJAAN LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA (KEJORA) TAHUN 2022

KEJORA melalui Bahagian Pembangunan Sosial & Pemajuan Desa (PSPD) telah melaksanakan Kursus Perlaksanaan Sistem Binaan Berindustri (IBS) Dalam Projek Kerajaan KEJORA Tahun 2022 di Dewan KEJORA Bandar Penawar dan CIDB Johor Bahru pada 21 hingga 23 September 2022 yang lepas.
Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh Pengurus Pembangunan Sosial & Pemajuan Desa, En. Sh. Khayulzahri bin Sh. A.Raof.
Seramai 20 orang kontraktor kelas G1 dari Wilayah KEJORA (Daerah Kota Tinggi & Kluang) telah menyertai kursus 3 hari ini. Objektif pelaksanaan kursus ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kefahaman terhadap sistem binaan berindustri (IBS), pengenalan, CITP, polisi kerajaan dan kepentingan IBS di dalam industri pembangunan dan ke arah pembangunan mapan.
Selain itu juga, kontraktor yang mengikuti kursus ini memperolehi Sijil Kecekapan dan Kemahiran (SKK) yang di iktiraf daripada CIDB yang memberikan kelebihan kepada kontraktor untuk memasuki projek –projek pembinaan di agensi-agensi Kerajaan.
“Sistem Binaan Bangunan Berindustri” atau Industrialised Building System – IBS) merupakan teknik pembinaan pasang siap atau kaedah pembinaan bangunan yang mana komponennya dihasilkan dalam keadaan terkawal (di kilang atau di tapak bina), di bawa dan di pasang di tempat kerja pembinaan bangunan dengan penggunaan pekerja yang minimum. IBS hendaklah diguna bersama dengan Pre-Approved Plan (PAP) semasa melaksanakan projek.
Semoga usaha KEJORA ini menjadi asas permulaan kepada semua kontraktor yang terlibat untuk menggunapakai dan mengaplikasikan kaedah IBS dalam pembinaan.

PROGRAM TERAPI PSIKOMOTOR DAN MINDA ANAK-ANAK BERKEPERLUAN KHAS WILAYAH KEJORA TAHUN 2022

KEJORA melalui Bahagian Pembangunan Sosial & Pemajuan Desa (PSPD) telah melaksanakan program Terapi Psikomotor dan Minda kepada Anak-Anak Berkeperluan Khas Wilayah KEJORA Tahun 2022 di Hotel Bayu Balau Beach Resort pada 21 dan 22 September 2022 yang lepas.
Seramai lebih dari 100 orang pelatih dan petugas dari 9 PDK di dalam Wilayah KEJORA telah menyertai program yang dirancang ini. Program ini bertujuan untuk membantu pelatih menikmati dan menjalani kehidupan mereka sama sepertimana insan-insan normal yang lain. Selain itu juga, ia dapat merangsang pelatih untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan persekitaran mereka yang secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara petugas dan pelatih di PKPDK.
Turut serta memberikan ceramah kepada semua pelatih dan peserta ini ialah Penyelaras PKPDK Daerah Kota Tinggi, Puan Nurul Fahmi binti Hj. Bachok.
Semoga usaha KEJORA dan PKPDK ini memberikan sedikit kegembiraan kepada semua peserta PDK yang terlibat.

KURSUS PENGUKUHAN UKHWAH KEJORA TAHUN 2022

Seramai 36 orang anggota KEJORA telah mengikuti Kursus Pengukuhan Ukhwah KEJORA Tahun 2022 yang telah diadakan pada 27 hingga 29 September 2022 bertempat di Savanna Hill Resort, Ulu Tiram Johor yang dikendalikan oleh KUISCELL Sdn. Bhd.
Kursus ini adalah bertujuan untuk mempertingkatkan pengukuhan integriti anggota sebagai pekerja yang diamanahkan dengan tugasan yang perlu dilunaskan dengan penuh tanggungjawab, amanah, jujur dan telus. Selain itu, memberi latihan kestabilan emosi (EQ) secara teori dan praktikal dengan mewujudkan rangkaian tugasan yang lebih teratur dan tersusun bagi mencapai matlamat kerja serta organisasi.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua anggota KEJORA yang telah menjayakan kursus ini dengan penuh dedikasi.

KUNJUNGAN PRIHATIN KEJORA KE ATAS MANGSA KEBAKARAN RUMAH DI KAMPUNG SC JAYA SEPAKAT LAYANG-LAYANG

26 SEPTEMBER 2022 (ISNIN) | KAMPUNG SC JAYA SEPAKAT, LAYANG-LAYANG
KEJORA yang diwakili oleh Encik Daud bin Abd Rahman, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) telah mengadakan kunjungan prihatin ke atas mangsa kebakaran rumah yang terletak di Kampung SC Jaya Sepakat, Layang-layang, Johor.
Kejadian yang berlaku pada 24 September 2022 (Sabtu) tersebut telah mengakibatkan sebuah rumah penduduk kampung hangus dijilat api.
Dalam sesi kunjungan ini juga, Encik Daud bin Abd Rahman telah menyampaikan sumbangan bantuan berbentuk Bakul Makanan KEJORA kepada keluarga mangsa tersebut.
Semoga keluarga tersebut terus tabah dalam menghadapi dugaan ini.

IKLAN PELAWAAN PERMOHONAN SEWAAN TAPAK PENJAJA DI TANJUNG BALAU

Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) mempelawa Usahawan @ Peniaga yang telah mendaftar dengan KEJORA di Daerah Kota Tinggi dan BUMIPUTERA yang berminat & memenuhi syarat-syarat permohonan untuk menyewa tapak penjaja di Tanjung Balau. Rebutlah Peluang Ini dan bertindak sekarang.
Kekosongan Tapak Foodtruck : 4 Lot
Kekosongan Penjaja Bergerak : 3 Peniaga
Tarikh tutup iklan : 28 September 2022 (Rabu)
Sebarang pertanyaan boleh hubungi Unit Ekonomi dan Usahawan KEJORA di talian 078843197.

KEJORA FC vs OLA BOLA FC

Aksi perlawanan akhir yang berlangsung di Mini Stadium Kota Jaya, Kota Tinggi menemukan antara KEJORA FC dan OLA BOLA FC yang berkesudahan dengan kemenangan kepada KEJORA dengan jaringan 1 – 0. Jaringan telah dilakukan oleh Musliyadi Mansor melalui tendangan penalti pada minit ke-32. Kedua-dua pasukan berjaya menampilkan satu aksi permainan yang menarik dan aggresif sepanjang perlawanan berlangsung.
YBhg. Dato’ Hj. Mohd Rusdi bin Mohd Darus, Pengurus Besar KEJORA turut sama-sama hadir menyaksikan perlawanan akhir ini bersama-sama dengan Pengurusan KEJORA serta anggota KEJORA.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pegawai Daerah Kota Tinggi merangkap Yang Dipertua, Persatuan Bola Sepak Kota Tinggi.
Kejayaan berganda juga untuk KEJORA FC apabila dianugerahkan Piala Fair Play dan Pemain

Terbaik

perlawanan akhir kepada Suani Hombis.

Tahniah kepada KEJORA FC atas pencapaian ini.
“Kualiti tanpa kejayaan adalah sia-sia. Kejayaan tanpa kualiti adalah membosankan. Bermain bola sepak itu mudah. Tetapi bermain bola sepak dengan cara mudah itulah perkara paling susah sekali”…Johan Cruyff, Lagenda Bola Sepak Dunia.

PERTANDINGAN HIASAN BANGUNAN PERINGKAT DAERAH KOTA TINGGI

Bandar Penawar, 25 September 2022 – KEJORA telah meraih tempat ke-4 bagi Pertandingan Hiasan Bangunan Peringkat Daerah Kota Tinggi Sempena Hari Kemerdekaan Ke-65 Tahun 2022.
Dengan bertemakan ‘Keluarga Malaysia: Teguh Bersama’, pertandingan pada kali ini telah dikelolakan oleh Majlis Perbandaran Pengerang (MPP). Manakala, sesi penjurian telah diadakan dari 22 hingga 28 Ogos 2022.
Tahniah & syabas kepada semua anggota KEJORA yang terlibat dalam menjayakan pertandingan ini.

PEMANTAUAN PELAKSANAAN GERAK KERJA PROJEK BERSEPADU PEMBANGUNAN EKONOMI KAMPUNG (PROSPEK)

22 SEPTEMBER 2022 I KHAMIS
Pada hari ini, satu sesi pemantauan gerak kerja pelaksanaan Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung (PROSPEK) telah dijalankan di Mukim Jorak Panchor, Muar, Johor. Sesi pemantauan ini telah diketuai oleh En. Daud bin Abd. Rahman, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KEJORA.
Pemantauan Projek PROSPEK ini telah merangkumi:-
1. Komponen Ekonomi
– Program Pembangunan Usahawan
– Projek Ternakan Arnab Berkelompok
2. Komponen Prasarana
– Mercu tanda PROSPEK
– Projek Pembangunan Jalan Perhubungan Desa
3. Komponen Perumahan
– Kerja-kerja Bina Baru & Baik Pulih Rumah
Sesi pemantauan gerak kerja PROSPEK pada hari ini turut disertai oleh wakil dari KPLB Negeri Johor, Bahagian Pembangunan Sosial & Pemajuan Desa, Bahagian Perindustrian & Industri Asas Tani, Unit Teknikal serta Unit Komunikasi Korporat KEJORA.
KEJORA juga mengucapkan terima kasih kepada Ketua-Ketua Kampung di Mukim Jorak Panchor, Muar Johor serta penduduk kampung yang sama-sama menjayakan sesi pemantauan kali ini.

KEJORA TERIMA PENSIJILAN SEMULA (RECERTIFICATION AUDIT) MS ISO 9001:2015

Pada 21 September 2022, KEJORA telah dianugerahkan pensijilan semula MS ISO 9001:2015 dari pihak SIRIM QAS INTERNATIONAL SDN BHD. Sesi Pengauditan Pensijilan Semula MS ISO 9001:2015 yang telah diadakan pada 19 & 20 September 2022 bertempat di Bilik Mesyuarat Balau oleh pasukan Juruaudit SIRIM QAS INTERNATIONAL SDN.BHD.
TAHNIAH kerana KEJORA telah mendapat pensijilan semula MS ISO 9001:2015 dengan jayanya.
Jutaan terima kasih kepada pihak Pengurusan KEJORA dan semua anggota yang terlibat kerana memberi kerjasama dan komiten serta sokongan dalam menjayakan sesi pengauditan pada kali ini.

PELAWAAN PERMOHONAN SKIM TUNAS AGRO (STAg) BIL. 3/2022

Pelaksanaan program ini juga akan melahirkan usahawan pertanian baru terutamanya golongan muda di wilayah KEJORA dalam melaksanakan projek-projek pertanian.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

  • Permohonan program adalah adalah terbuka kepada individu yang baru menceburkan diri dalam bidang pertanian bagi melaksanakan projek pertanian secara berskala kecil dengan syarat-syarat dan terma-terma sepertimana berikut:
  1. Pemohon telah menghadiri mana-mana kursus & latihan pertanian di bawah anjuran KEJORA atau lain-lain Agensi Kerajaan/ Swasta sekurang-kurangnya sekali.
  2. Pemohon mestilah berumur diantara lapan belas (18) hingga empat puluh (40) tahun pada tahun permohonan
  3. Pengalaman dalam melaksanakan projek pertanian adalah tidak diwajibkan;
  4. Pemohon mestilah berstatus Bumiputera;
  5. Had pembiayaan keatas projek adalah maksimum sehingga RM5,000.00 (Ringgit Malaysia : Lima Ribu Sahaja) bagi setiap projek;
  6. Jenis bantuan yang diberikan adalah dalam bentuk perbekalan peralatan dan input pertanian sahaja mengikut keperluan sebenar;

 

PERMOHONAN

  1.  Permohonan adalah perlu dikemukakan melalui Borang Permohonan yang boleh diperolehi secara percuma melalui kaedah berikut:
  2. Memuat turun di laman web KEJORA : www.kejora.gov.my, atau;
  3. Mengisi borang permohonan secara atas talian melalui google form iaitu:

https://forms.gle/YQj48rHHGK8Ba4b19 atau;

      4. Mendapatkan borang permohonan di ibu pejabat KEJORA sepertimana alamat berikut:

 

LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA,

BANGUNAN IBUPEJABAT KEJORA,

JALAN DATO’ HJ. HASSAN YUNUS,

BANDAR PENAWAR,

81930 BANDAR PENAWAR,

JOHOR.

 

5. Permohonan yang lengkap perlulah dikembalikan kepada alamat diatas atau emelkan ke kejora@kejora.gov.my.

6. Tarikh tutup permohonan adalah pada 19 OKTOBER 2022 (RABU) sebelum jam 5.00 petang. Borang yang diterima selepas daripada  tempoh tersebut tidak akan diterima dan diproses.

7. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Bahagian Pertanian dan Industri Asas Tani, KEJORA di talian 07-8843000 atau          07-8843156.

Sekian, terima kasih.

 

Borang Permohonan SKIM TUNAS AGRO tahun 2022 IKLAN STAg SIRI 3 – 2022 LATEST