PROGRAM KUNJUNG RAMADAN WILAYAH KEJORA
KEJORA SANTUN USAHAWAN (KSU)
MESYUARAT AGUNG KHAS KELAB ANGGOTA KEJORA (KAK) 2022
14 APRIL 2022 I KHAMIS I 1.00 PETANG
Kelab Anggota KEJORA (KAK) telah mengadakan Mesyuarat Agung Khas di Dewan KEJORA, Bandar Penawar. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh En. Mohd Fakharur Razziy bin Hazran selaku Pengerusi Kelab Anggota KEJORA.
Mesyuarat Agung Khas ini diadakan bagi membincangkan beberapa perancangan program-program baru KAK selepas pasca pandemik. Menariknya, mesyuarat ini juga telah bersetuju sebulat suara untuk menentukan kaedah pemilihan Jawatankuasa Tertinggi kelab pada masa akan datang. Kaedah pemilihan secara undian dalam talian bakal diwujudkan bagi memastikan ketelusan dan sifat integriti semua anggota KEJORA.
Sebelum itu, program dimulakan dengan bacaan Yaasin serta tahlil dan doa selamat, memohon keberkatan serta taufik dan hidayahNya agar KEJORA terus gemilang dalam meneraju pembangunan luar bandar Wilayah Johor Tenggara.
#KPLB
#KEJORA
#LuarBandarSejahtera
#KeluargaMalaysia
#BekerjaBersamaRakyat
#JubliEmasKEJORA
#PenerajuTerasKemakmuran
#KelabAnggotaKEJORA(KAK)
PENYERAHAN KIT KEPERLUAN ASAS MANGSA RIBUT
IKLAN JUALAN KEDAI KOS SEDERHANA (KKS) DI TAMAN PENAWAR HARMONI
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PEMILIKAN KEDAI KOS SEDERHANA (KKS) DI TAMAN PENAWAR HARMONI :
- Terbuka kepada Penduduk Asal Negeri Johor.
- Keutamaan akan diberikan kepada penduduk yang menetap di dalam Wilayah KEJORA.
- Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan sudah menetap di Johor lebih 10 tahun bagi yang bukan kelahiran di dalam Negeri Johor.
- Bujang atau berkahwin.
- Bagi pasangan suami isteri, hanya satu permohonan sahaja dibenarkan. Permohonan isteri kedua dan seterusnya perlu dibuat menggunakan nama isteri tersebut.
- Hanya satu (1) pemilikan SAHAJA bagi Kedai Kos Sederhana (KKS) di dalam Negeri Johor.
TARIKH TUTUP IKLAN : 8 MEI 2022 TARIKH TUTUP PENGHANTARAN DOKUMEN : 9 MEI 2022
PEMOHONAN ONLINE

























































































