PELAWAAN PERMOHONAN SKIM PEMBIAYAAN EKONOMI PERTANIAN (SPEP) 2022

MAKLUMAT AM

  • Program Skim Pembiayaan Ekonomi Pertanian (SPEP) merupakan program bantuan peralatan pertanian yang dianjurkan oleh Bahagian Pertanian dan Industri Asas Tani, KEJORA.
  • Objektif pelaksanaan Skim Pembiayaan Ekonomi Pertanian (SPEP) adalah sepertimana berikut:

    i.Membantu pengusaha pertanian yang berdaya maju untuk mengembangkan lagi projek pertanian.
    ii.Membantu mengurangkan         kos      peralatan       kepada pengusaha pertanian yang berpotensi untuk     maju.
    iii. Meningkatkan          pendapatan  peserta menerusi     projek pertanian yang sedang diusahakan.

PERMOHONAN

  • Permohonan adalah perlu dikemukakan melalui Borang Permohonan yang boleh diperolehi secara percuma melalui kaedah berikut:
    i. Memuat turun di laman web KEJORA : www.kejora.gov.my, atau;
    ii. Mengisi borang permohonan secara atas talian melalui google form iaitu:

                                               Individu : https://forms.gle/8YBBccTqj9xotEty8

                                               Kelompok : https://forms.gle/jCQjm5Uh7pfcwnTd8

                                                  atau;

    iii. Mendapatkan borang permohonan di ibu pejabat KEJORA sepertimana alamat berikut:

    LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA,

    BANGUNAN IBUPEJABAT KEJORA,

    JALAN DATO’ HJ. HASSAN YUNUS,

    BANDAR PENAWAR,

    81930 BANDAR PENAWAR,

    JOHOR.

  • Permohonan yang lengkap perlulah dikembalikan kepada alamat diatas atau emelkan ke kejora@kejora.gov.my.
  • Tarikh tutup permohonan adalah pada 23 MEI 2022 (ISNIN) sebelum jam 5.00 petang. Borang yang diterima selepas daripada tempoh tersebut tidak akan diterima dan diproses.
  • Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Bahagian Pertanian dan Industri Asas Tani, KEJORA di talian 07-8843000 atau 07-8843156.

 

Maklumat Lanjut dan Borang Pemohonan adalah Seperti berikut :

IKLAN SPEP SIRI 2 – 2022

Borang Permohonan INDIVIDU SPEP TAHUN 2022

Borang Permohonan KELOMPOK SPEP TAHUN 2022

 

KURSUS JATI DIRI PERSONALITI UNGGUL KEJORA

Alhamdulillah telah berlangsungnya Kursus Jati Diri : Personaliti Unggul KEJORA yang berlangsung selama 2 hari. Seramai 40 orang anggota KEJORA yang terlibat dalam menjayakan kursus ini.
Objektif utamanya adalah untuk merangka kaedah untuk menyelesaikan masalah dan mencari penyelesaian secara saintifik ataupun secara kreatif. Selain menjalankan SWOT analisis berdasarkan kepada Internal/External Factor Evaluation serta merancang dan membuat perubahan berdasarkan kepada Start, Stop , Continue (SSC) Continuos. Metodologi program ini adalah melalui simulasi, kuliah dan perbincangan, aktiviti interaktif dalam kelas, praktikal dan kajian kes yang dikelolakan oleh Encik Zulkifli Bin Ahmad dan bagi slot Pengurusan Jenazah pula dikelolakan oleh Ustaz Muhamad Rafieudin Bin Zainal Rasid.
Jutaan terima kasih kepada semua para peserta yang terlibat .

PROGRAM KUNJUNG RAMADAN WILAYAH KEJORA

19 APRIL 2022 I SELASA I 10.00 MALAM
Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kalian berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian agar kalian bertaqwa”.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t, pada tahun 2022 bersamaan 1443h, KEJORA telah meneruskan program kunjung ramadan Wilayah KEJORA. Program yang dijalankan sepanjang bulan ramadan diadakan bagi tujuan menyantuni penduduk Wilayah KEJORA serta sama-sama berbuka dan solat terawih di surau/masjid kampung-kampung Wilayah KEJORA.
Pada tahun ini, sebanyak 10 buah Kampung tradisi Wilayah KEJORA telah dipilih untuk dikunjungi oleh Pengurusan & anggota KEJORA.

KEJORA SANTUN USAHAWAN (KSU)

Unit Ekonomi & Usahawan KEJORA telah menganjurkan KEJORA Santun Usahawan (KSU) Bil.2/2022 secara atas talian pada 17 April 2022.
Program ini telah disempurnakan oleh Encik Mohd Fakharur Razziy bin Hazran, Ketua Unit Ekonomi dan Usahawan KEJORA bersama usahawan-usahawan Persatuan Peniaga dan Usahawan KEJORA (PUPUK).
Pelaksanaan program ini adalah sebagai salah satu inisiatif oleh pihak KEJORA untuk sama-sama membincangkan isu-isu yang dihadapi selain mendapatkan maklumbalas bagi penambahbaikan pada masa akan datang.

MESYUARAT AGUNG KHAS KELAB ANGGOTA KEJORA (KAK) 2022

14 APRIL 2022 I KHAMIS I 1.00 PETANG
Kelab Anggota KEJORA (KAK) telah mengadakan Mesyuarat Agung Khas di Dewan KEJORA, Bandar Penawar. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh En. Mohd Fakharur Razziy bin Hazran selaku Pengerusi Kelab Anggota KEJORA.
Mesyuarat Agung Khas ini diadakan bagi membincangkan beberapa perancangan program-program baru KAK selepas pasca pandemik. Menariknya, mesyuarat ini juga telah bersetuju sebulat suara untuk menentukan kaedah pemilihan Jawatankuasa Tertinggi kelab pada masa akan datang. Kaedah pemilihan secara undian dalam talian bakal diwujudkan bagi memastikan ketelusan dan sifat integriti semua anggota KEJORA.
Sebelum itu, program dimulakan dengan bacaan Yaasin serta tahlil dan doa selamat, memohon keberkatan serta taufik dan hidayahNya agar KEJORA terus gemilang dalam meneraju pembangunan luar bandar Wilayah Johor Tenggara.
#KPLB
#KEJORA
#LuarBandarSejahtera
#KeluargaMalaysia
#BekerjaBersamaRakyat
#JubliEmasKEJORA
#PenerajuTerasKemakmuran
#KelabAnggotaKEJORA(KAK)

PENYERAHAN KIT KEPERLUAN ASAS MANGSA RIBUT

Pada 1 April yang lalu, telah berlangsung sesi penyerahan kit keperluan asas kepada 18 mangsa ribut yang terkesan di Kampung Mawai, Kota Tinggi. Lembaga Kemajuan Johor Tenggara menerusi Penggerak, Encik Nizam Bin Khamis kekal komited dalam mengambil inisiatif segera bagi meringankan bebanan yang menimpa mangsa yang rata-rata melibatkan Orang Kelainan Upaya (OKU), warga emas dan ibu tunggal yang tidak mempunyai pendapatan tetap. Turut hadir menyempurnakan penyerahan tersebut, Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina Binti Jalil, Pegawai Daerah Kota Tinggi.
Semoga bantuan yang diberikan dapat memberi manfaat dan suntikan semangat kepada mangsa yang dilanda musibah.

IKLAN JUALAN KEDAI KOS SEDERHANA (KKS) DI TAMAN PENAWAR HARMONI

    SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PEMILIKAN KEDAI KOS SEDERHANA (KKS) DI  TAMAN PENAWAR HARMONI :

  • Terbuka kepada Penduduk Asal Negeri Johor.
  • Keutamaan akan diberikan kepada penduduk yang menetap di dalam Wilayah KEJORA.
  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan sudah menetap di Johor lebih 10 tahun bagi yang bukan kelahiran di dalam Negeri Johor.
  • Bujang atau berkahwin.
  • Bagi pasangan suami isteri, hanya satu permohonan sahaja dibenarkan. Permohonan isteri kedua dan seterusnya perlu dibuat menggunakan nama isteri tersebut.
  • Hanya satu (1) pemilikan SAHAJA bagi Kedai Kos Sederhana (KKS) di dalam Negeri Johor.

 

TARIKH TUTUP IKLAN : 8 MEI 2022                                             TARIKH TUTUP PENGHANTARAN DOKUMEN : 9 MEI 2022

PEMOHONAN ONLINE

 

PROGRAM SUMBANGAN BUBUR LAMBUK PUSPANITA CAWANGAN KECIL KEJORA (PCKK)

6 APRIL 2022 I RABU I 3.30 PETANG
Program Sumbangan Bubur Lambuk PUSPANITA Cawangan Kecil KEJORA telah berlangsung pada hari ini bertempat di Lobi Utama, Ibu Pejabat Lembaga Kemajuan Johor Tenggara, Bandar Penawar, Johor.
Agihan bubur lambuk telah disampaikan oleh YBhg. Datin Norasikin binti Noordin selaku Pengerusi PCKK bersama-sama Pn Marlina binti Amir, Timbalan Pengerusi 1, PCKK kepada semua ahli PCKK.

PENGURUS BESAR KEJORA TERIMA KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH FAMA NEGERI JOHOR

5 APRIL 2022 I SELASA I 12.30 PETANG
YBhg. Dato’ Mohd Rusdi bin Mohd Darus, Pengurus Besar KEJORA telah menerima kunjungan hormat daripada Tuan Shahrizan bin Sudiman, Pengarah FAMA Negeri Johor bersama Pegawai FAMA Daerah Kota Tinggi dan wakil Pengurusan FAMA Negeri Johor di Bangunan Ibu Pejabat KEJORA.
Kunjungan hormat yang diadakan ini bertujuan untuk mengeratkan kerjasama strategik 2 hala antara KEJORA dan Pejabat FAMA Negeri Johor serta membincangkan mengenai kerjasama strategik bagi pembangunan usahawan dan khidmat nasihat pertanian terutama dalam aspek pemasaran produk. Selain itu juga, pihak FAMA telah menerangkan mengenai pembangunan Agrobazaar online dan ini menarik minat KEJORA untuk bekerjasama dalam memasarkan produk-produk usahawan Wilayah KEJORA.

KURSUS ASAS PENIAGAAN, PROGRAM PENINGKATAN PENDAPATAN (PPP) DI BAWAH SKIM PEMBANGUNAN KESEJAHTERAAN RAKYAT (SPKR) WILAYAH KEJORA

Pada 1 hingga 2 April 2021, Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) melalui Bahagian Pembangunan Sosial dan Pemajuan Desa telah melaksanakan Kursus Asas Perniagaan, Program Peningkatan Pendapatan (PPP) di bawah Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) Wilayah KEJORA yang bertempat di Bayu Balau Beach Resort.
Seramai 16 peserta yang juga merupakan penerima bantuan di bawah Program Peningkatan Pendapatan (PPP) telah mengikuti kursus yang dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan ilmu dan pengetahuan tentang asas perakaunan, asas keusahawanan serta asas dalam pemasaran digital.
Selain itu turut ditampilkan Yang Dihormati Encik Imtiazalam bin Ismail, Pengurus Pembangunan Produk IEJAFOOD INDUSTRIES SDN BHD dalam satu sesi bersama tokoh usahawan bagi memberikan semangat dan inspirasi khususnya kepada para peserta untuk berjaya dalam bidang perniagaan dan keusahawanan.
Semoga dengan penganjuran kursus ini dapat menyuntik semangat para peserta agar lebih bermotivasi untuk berusaha meningkatkan ilmu dan kemahiran dalam bidang perniagaan sekaligus melahirkan usahawan berjaya dan berdaya saing. Tahniah dan syabas diucapkan kepada para peserta.