IKLAN JUALAN KEDAI KOS SEDERHANA (KKS) DI TAMAN PENAWAR HARMONI

    SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PEMILIKAN KEDAI KOS SEDERHANA (KKS) DI TAMAN PENAWAR HARMONI:

  • Terbuka kepada Penduduk Asal Negeri Johor.
  • Keutamaan akan diberikan kepada penduduk yang menetap di dalam Wilayah KEJORA.
  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan sudah menetap di Johor lebih 10 tahun bagi yang bukan kelahiran di dalam Negeri Johor.
  • Bujang atau berkahwin.
  • Bagi pasangan suami isteri, hanya satu permohonan sahaja dibenarkan. Permohonan isteri kedua dan seterusnya perlu dibuat menggunakan nama isteri tersebut.
  • Hanya satu (1) pemilikan SAHAJA bagi Kedai Kos Sederhana (KKS) di dalam Negeri Johor.

 

TARIKH TUTUP IKLAN : 10 APRIL 2023                                             

TARIKH TUTUP PENGHANTARAN DOKUMEN : 13 APRIL 2023

PEMOHONAN ONLINE     

 

iklan kedai ke 3 (1)

 

 

IKLAN JAWATAN KOSONG SHORT TERM EMPLOYMENT PROGRAM (MySTEP)

IKLAN JAWATAN KOSONG

SHORT TERM EMPLOYMENT PROGRAM (MySTEP)

 

 

Permohonan adalah dipelawa kepada Rakyat Negeri Johor yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan di KEJORA.

        i) Jurutera (Awam) Gred J41

       ii) Penolong Pegawai Tadbir Gred N29

     iii) Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29

     iv) Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19

CARA MEMOHON : 

    1. Permohonan hanya boleh dibuat secara online melalui Laman Web KEJORA di alamat www.kejora.gov.my  iaitu pada pautan e-Perjawatan atau di alamat https://eperjawatan.kejora.gov.my ;
    2. Permohonan yang lewat dan tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan;
    3. Hanya Calon Yang Layak Selepas Tapisan Sahaja Akan Dipanggil Untuk Ditemuduga;
    4. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh iklan ditutup dianggap gagal.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN ADALAH PADA : 4 FEBRUARI 2023 (SABTU) 

Maklumat Lanjut Iklan Jawatan Kosong myStep >> IKLAN PERSONEL MySTEP

 

 

 

LKJT/PPSM/PELUPUSANKENDERAAN-ROADSWEEPER/2022/SH022

4. KEW.PA-27 – KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA PELUPUSAN – ROAD SWEEPER – KEW-PA.27 SAHAJA

PENUTUPAN JALAN BAGI LALUAN KEJORA MTB JAMBOREE 2022

PENUTUPAN JALAN BAGI LALUAN KEJORA MTB JAMBOREE 2022 DI SEKITAR PANTAI TANJUNG BALAU, TANJUNG LOMPAT DAN BANDAR PENAWAR, DAERAH KOTA TINGGI, JOHOR
Tarikh : 31 Disember 2022
Hari : Sabtu
Masa : sila rujuk jadual
PENUTUPAN JALAN INI ADALAH BAGI MEMBERI LALUAN KEPADA PESERTA-PESERTA BERBASIKAL KEJOHANAN MTB KEJORA JAMBOREE @ TANJUNG BALAU 2022
A. JALAN TUTUP & TEMPOH MASA PENUTUPAN
1. JALAN DARI BULATAN TG. BALAU KE BULATAN DESARU (8.00 PAGI – 9.30 PAGI)
2. JALAN DARI PUSINGAN U TAMAN DESARU UTAMA (10.00 PAGI – 12.00 TENGAH HARI)
3. JALAN DARI LADANG SIANG KE TG. BALAU (9.30 PAGI – 12.30 TENGAH HARI)
4. JALAN DARI LADANG MADOS KE BULATAN TANJUNG BALAU (10.00 PAGI – 12.30 TENGAH HARI)
B. LALUAN ALTERNATIF
1. KENDERAAN DARI TANJUNG BALAU MENUJU KE BULATAN DESARU
– MELALUI LADANG SIANG – TAMAN SRI PENAWAR – IKBN
– MASA LALUAN = 8.00 PAGI – 9.30 PAGI
2. KENDERAAN DARI BULATAN DESARU MENUJU KE TG. BALAU
– MELALUI JALAN IKBN – TAMAN SRI PENAWAR – LADANG SIANG – TG BALAU
– MASA LALUAN = 8.00 PAGI – 9.30 PAGI
3. KENDERAAN DARI EXIT TOL PENAWAR MENUJU KE TG. BALAU
– MELALUI JALAN KE BANDAR PENAWAR – BULATAN DESARU – TG. BALAU
– MASA LALUAN = BERMULA JAM 9.30 PAGI

RUMAH UNTUK DIJUAL

🔥Info Terkini ‼️ Terdapat 7 Unit Rumah KEJORA untuk DIJUAL.
🏠5 Unit Rumah Banglo 2 Tingkat Berkeluasan 20,000++ kps
🏠1 Unit Rumah Banglo 1 Tingkat Berkeluasan 6,000++ kps
🏠 1 Unit Rumah Semi-D 1 Tingkat Berkeluasan 6,000++ kps
📌Lokasi di sekitar Bandar Penawar (6 unit) & Bandar Kluang (1 unit)
KEISTIMEWAAN LOKASI
🛍️Kemudahan beli-belah – sekitar 7 minit sahaja untuk ke SKS, SDS, Secret Recipe dan pelbagai jenis kedai berhampiran di Bandar Penawar.
🏫Keperluan asas awam dalam jarak 2km – Klinik, SMK, Tadika & sebagainya.
🎢Taman Tema Air – 5 minit sahaja ke Adventure Waterpark Desaru Coast.
🏖️Pusat Peranginan – 10 minit ke Pantai Desaru dan 15 minit ke Batu Layar.
🏭Pengerang – 30 minit ke Pengerang Integrated Complex.
🔥Unit sangat terhad‼️ Jangan lepaskan peluang untuk memiliki RUMAH IDAMAN ANDA DI LOKASI YANG STRATEGIK🌄
Hubungi Kami Sekarang:
📱07-8843185 / 019-667 7656 Pn. Siti Noorhafizah
📱07-8843189 / 017-712 3060 En. Husnul Hadi

PAMERAN KESENIAN DAN KEBUDAYAAN

Ayuh, datang beramai-ramai memeriahkan program 𝐏𝐚𝐦𝐞𝐫𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐬𝐞𝐧𝐢𝐚𝐧 & 𝐊𝐞𝐛𝐮𝐝𝐚𝐲𝐚𝐚𝐧 di Teratak Penawar, Taman Fertigasi Kejora Bandar Penawar pada 16 hingga 25 Disember 2022, 10 pagi hingga 5 petang.
Pelbagai aktiviti menarik:
📌Pameran Pakaian Tradisional , Alatan Muzik Tradisional & Seni Tarian
📌Ngeteh@Teratak Penawar
📌Pameran & Aktiviti Silat Seni
📌Pameran Seni Lukisan & Khat
📌Jualan Kuih Tradisional
📌Pertandingan Kompang Kreatif
📌Pameran & Jualan Kraftangan
📌Family Treasure Hunt
📌Konvoi Vespa Johor
‼MASUK ADALAH PERCUMA‼
Jumpa anda di sana

LKJT/P/TRAVELOGUEPELANCONGAN/2022/SH004

KEJORA mempelawa;
Syarikat Bumiputera & Bukan Bumiputera yang mempunyai kod bidang 221301 atau 221302 atau 221308 atau 222009 di bawah Kementerian Kewangan yang masih berkuatkuasa tempoh pendaftarannya serta memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan untuk menyertai sebutharga seperti berikut :-
LKJT/P/TRAVELOGUEPELANCONGAN/2022/SH004
CADANGAN KERJA-KERJA MERAKAM , MENYUNTING & MENYEDIAKAN 3 JENIS VIDEO TRAVELOGUE PELANCONGAN KEJORA
Tarikh tutup tawaran pada 12 Disember 2022 (Isnin)
1. Pautan sidang video (VC) adalah sepertimana di bawah:
Tuesday, Dec 6, 2022 10:00 am | 3 hours | (UTC+08:00) Kuala Lumpur, Singapore
Meeting number: 2643 810 2886
Password: Wrsy4SpJB38 (97794775 from phones and video systems)

IKLAN PELAWAAN PERMOHONAN SEWAAN TAPAK PENJAJA DI TANJUNG BALAU

Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) mempelawa Usahawan @ Peniaga yang telah mendaftar dengan KEJORA di Daerah Kota Tinggi dan BUMIPUTERA yang berminat & memenuhi syarat-syarat permohonan untuk menyewa tapak penjaja di Tanjung Balau. Rebutlah Peluang Ini dan bertindak sekarang.
Kekosongan Tapak Foodtruck : 4 Lot
Kekosongan Penjaja Bergerak : 3 Peniaga
Tarikh tutup iklan : 28 September 2022 (Rabu)
Sebarang pertanyaan boleh hubungi Unit Ekonomi dan Usahawan KEJORA di talian 078843197.

PELAWAAN PERMOHONAN SKIM TUNAS AGRO (STAg) BIL. 3/2022

Pelaksanaan program ini juga akan melahirkan usahawan pertanian baru terutamanya golongan muda di wilayah KEJORA dalam melaksanakan projek-projek pertanian.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

  • Permohonan program adalah adalah terbuka kepada individu yang baru menceburkan diri dalam bidang pertanian bagi melaksanakan projek pertanian secara berskala kecil dengan syarat-syarat dan terma-terma sepertimana berikut:
  1. Pemohon telah menghadiri mana-mana kursus & latihan pertanian di bawah anjuran KEJORA atau lain-lain Agensi Kerajaan/ Swasta sekurang-kurangnya sekali.
  2. Pemohon mestilah berumur diantara lapan belas (18) hingga empat puluh (40) tahun pada tahun permohonan
  3. Pengalaman dalam melaksanakan projek pertanian adalah tidak diwajibkan;
  4. Pemohon mestilah berstatus Bumiputera;
  5. Had pembiayaan keatas projek adalah maksimum sehingga RM5,000.00 (Ringgit Malaysia : Lima Ribu Sahaja) bagi setiap projek;
  6. Jenis bantuan yang diberikan adalah dalam bentuk perbekalan peralatan dan input pertanian sahaja mengikut keperluan sebenar;

 

PERMOHONAN

  1.  Permohonan adalah perlu dikemukakan melalui Borang Permohonan yang boleh diperolehi secara percuma melalui kaedah berikut:
  2. Memuat turun di laman web KEJORA : www.kejora.gov.my, atau;
  3. Mengisi borang permohonan secara atas talian melalui google form iaitu:

https://forms.gle/YQj48rHHGK8Ba4b19 atau;

      4. Mendapatkan borang permohonan di ibu pejabat KEJORA sepertimana alamat berikut:

 

LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA,

BANGUNAN IBUPEJABAT KEJORA,

JALAN DATO’ HJ. HASSAN YUNUS,

BANDAR PENAWAR,

81930 BANDAR PENAWAR,

JOHOR.

 

5. Permohonan yang lengkap perlulah dikembalikan kepada alamat diatas atau emelkan ke kejora@kejora.gov.my.

6. Tarikh tutup permohonan adalah pada 19 OKTOBER 2022 (RABU) sebelum jam 5.00 petang. Borang yang diterima selepas daripada  tempoh tersebut tidak akan diterima dan diproses.

7. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Bahagian Pertanian dan Industri Asas Tani, KEJORA di talian 07-8843000 atau          07-8843156.

Sekian, terima kasih.

 

Borang Permohonan SKIM TUNAS AGRO tahun 2022 IKLAN STAg SIRI 3 – 2022 LATEST

 

 

TAWARAN SEBUT HARGA PELUPUSAN ASET ALIH (LKJT/PPSM/PELUPUSANKENDERAAN/2022/SH103

KENYATAAN TENDER PERLUPUSAN KENDERAAN OGOS 2022