PROGRAM KELESTARIAN ALAM SEKITAR

Program Kelestarian Alam Sekitar : Minda Kelas Pertama Peringkat JPKK Kg Mawai Baru dianjurkan oleh PSPD dengan kerjasama UPF
Majlis Dirasmikan oleh YB Muzaidee bin Makmor ADUN Sedili
Taklimat Penggunaan dan Pengoperasian Mesin Asher diterangkan secara ringkas oleh Mr. Pang Swee Lei co-founder / Executive Pamarai (M) Sdn. Bhd.
Program Juga dihadiri oleh TPB (P) En. Daud bin Abd Rahman, En.Noorazmi bin Sahar (KUPF), En.Zafarudin Razali – Pengurus Besar KPRJ
Majlis dimulakan dengan senam robik dan disusuli dengan program gotong-royong juga dihadiri oleh pelajar dan guru-guru dari SK Mawai Baru dengan dibantu oleh Angkatan Tentera Darat Diraja Malaysia.
Program ini bertujuan bagi menjadikan pengurusan sisa pepejal luar bandar yang pertama kali diperkenalkan di Wilayah Kejora dan Pertama di negeri Johor dengan mengekalkan kelestarian Alam Sekitar lebih bersistematik dengan cara amalan pengurusan sampah yang baik dan teratur.

PENGURUS BESAR KEJORA TERIMA KUNJUNGAN HORMAT PENGETUA SEKOLAH MENENGAH SAINS KOTA TINGGI (SAKTI)

29 JUN 2022 I RABU I 10.00 PAGI
YBhg. Dato’ Hj Mohd Rusdi bin Mohd Darus, Pengurus Besar KEJORA telah menerima kunjungan hormat dari Tn. Hj. Mohamad Alim bin Konting, Pengetua SAKTI bagi membincangkan beberapa kolaborasi strategik diantara KEJORA dan SAKTI dalam cadangan penganjuran Karnival RoboTVET Peringkat Daerah Kota Tinggi yang dijangka akan diadakan dari 27 hingga 28 Julai 2022 bertempat di Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi, Bandar Penawar.
Program ini merupakan kesinambungan dengan Gelombang Ke-2, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025 iaitu Mengupayakan Pelan Pelaksanaan Inisiatif Secara Berkesan Dengan Penerapan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Metematik (STEM) dalam pembelajaran yang dapat mendukung usaha mentransformasikan sistem pendidikan secara menyeluruh dan sistematik khususnya di Daerah Kota Tinggi.
Semoga program ini akan dapat melahirkan generasi bijak RoboTEVT dan kreatif dalam usaha merealisasikan Revolusi Industri 4.0 Dalam Pendidikan. Tahniah!!!!

KURSUS TEAM BUILDING SIRI 1 KEJORA TAHUN 2022

Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) melalui Bahagian Pentadbiran Dan Pengurusan Sumber Manusia telah melaksanakan Kursus Team Building Siri 1 KEJORA bertempat di Asia Camp Resort Taman Negara Pahang pada 28 hingga 30 Jun 2022. Kursus ini telah disertai oleh 40 orang anggota KEJORA dengan jayanya.
Kursus Team building ini amat penting bagi menyemai semangat berpasukan, hormat menghormati dan saling bantu membantu dalam meyelesaikan misi yang telah diberikan dengan tuntas. Disamping itu ianya dapat meningkatkan semangat jati diri yang utuh di kalangan anggota-anggota KEJORA dan membantu peserta membuat anjakan paradigma serta menjadi individu yang lebih berfikiran terbuka dan koperatif.
Pelbagai aktiviti menarik telah dilaksanakan di Taman Negara ini, antaranya termasuk aktiviti dalam kumpulan, Jungle Canopy Walk, Survival Cooking di perkampungan Orang Asli Batek, Rapid Shooting dan lain-lain.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada para peserta yang terlibat dan anda semua pekerja CEMERLANG.

MESYUARAT JAWATANKUASA AUDIT KEJORA

28 Jun 2022 – Bandar Penawar – Mesyuarat Jawatankuasa Audit KEJORA Bil. 3 Tahun 2022 telah diadakan dengan dipengerusikan oleh YB Datuk Haji Samsolbari bin Jamali, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Johor merangkap Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah KEJORA. Selain itu juga, turut hadir ialah YBhg. Datuk Muhammad Feasal bin Yusoff, Akauntan Bertauliah, YBhg. Encik Afandi bin Nordin, Setiausaha Bahagian Pemantauan & Penyelarasan Projek KPLB dan YBhg. Encik Jeffery bin Yon, Ketua Seksyen Bahagian Perolehan, Kementerian Kewangan. Turut hadir ialah En. Mohamad Rizal bin Hidzir, Ketua Juruaudit Dalam KEJORA serta Penolong Juruaudit Dalam KEJORA.
Selesai mesyuarat, semua ahli mesyuarat di bawa melawat ke Taman Fertigasi Penawar dan diberikan sedikit taklimat mengenai pambangunan dan pengoperasian Taman Fertigasi ini.

MESYUARAT PENYELARASAN DAN PEMANTAUAN PROJEK FIZIKAL DAN BUKAN FIZIKAL AGENSI DI BAWAH KPLB NEGERI JOHOR BIL.2/2022

Mesyuarat Penyelarasan Dan Pemantauan Projek Fizikal Dan Bukan Fizikal Agensi Di Bawah KPLB Negeri Johor Bil.2/2022 telah diadakan pada hari ini di Ibu Pejabat KEJORA Bandar Penawar. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh En. Khairudin bin Haji Abdullah, Pengarah KPLB Negeri Johor turut melibatkan semua Agensi/ Jabatan di bawah KPLB seperti MARA, KEMAS, RISDA, JAKOA, GIATMARA dan FELCRA Berhad Negeri Johor. Delegasi Mesyuarat telah disambut mesra oleh YBhg. Dato’ Mohd Rusdi bin Mohd Darus, Pengurus Besar dan kakitangan KEJORA.
Delegasi Mesyuarat turut dibawa melawat ke Pusat IKS Bandar Mas yang melibatkan 4 Pengusaha IKS dibawah bimbingan KEJORA yang terdiri daripada Industri Pembuatan Produk Makanan dan Minuman. Delegasi turut dibawa ke Teratak Penawar, Taman Fertigasi KEJORA, Bandar Penawar.

PRA PELANCARAN KARNIVAL SUKAN WILAYAH KEJORA (KASWIRA) 2022

27 Jun 2022 – Bandar Penawar – Majlis Pra-Pelancaran Karnival Sukan Wilayah KEJORA (KASWIRA) Tahun 2022 telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Hj Mohd Rusdi bin Mohd Darus, Pengurus Besar KEJORA.
Disamping itu juga, diadakan pertandingan boling persahabatan antara Pengurusan KEJORA bersama pegawai-pegawai kanan bagi mengeratkan lagi ukhwah antara anggota KEJORA.
KASWIRA 2022 akan mempertandingkan sepuluh (10) acara yang melibatkan 4 Zon Utama Wilayah KEJORA iaitu Zon Sedili, Zon Pengerang, Zon Kluang & Zon Kota Tinggi. KEJORA mengajak semua penduduk Wilayah KEJORA untuk sama-sama menyertai KASWIRA 2022.

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH KOTA TINGGI 2022

27 Jun 2022 – Bandar Penawar – Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kota Tinggi 2022 pada hari ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Hj Mohd Rusdi bin Mohd Darus, Pengurus Besar KEJORA.
Dengan tema ‘Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA’, sambutan kali ini melibatkan kesemua guru-guru dalam Daerah Kota Tinggi.
Dalam ucapan perasmian, YBhg Dato’ Pengurus Besar telah menzahirkan rasa syukur & berterima kasih kepada semua guru yang telah mencurahkan ilmu tanpa jemu kepada anak-anak dalam Daerah Kota Tinggi. Dalam tahun 2022, KEJORA telah memperuntukkan sebanyak RM2juta di bawah program SWADAYA KEJORA bagi tujuan sokongan pendidikan sekolah.
Memetik maksud puisi Saterawan Negara, Datuk Usman Awang – setinggi mana kejayaan yang dicapai oleh seseorang dalam dunia kerjaya hakikatnya sejarah mereka bermula daripada seorang guru.
Terima Kasih Cikgu!
Selamat Hari Guru.

KEJOHANAN MTB KEJORA ‘XCO & DHI’ JOHOR 2022 SERIES III

26 Jun 2022 – Tanjung Balau, Kejohanan MTB KEJORA ‘XCO & DHI’ JOHOR 2022 Series III telah di anjurkan oleh KEJORA dengan kerjasama D’ Takzim Cycling Club (DTCC) selama dua(2) bermula dari 25 hingga 26 Jun 2022 KEJORA XTREME PARK, Tanjung Balau.
Lebih 200 peserta telah menyertai pertandingan dengan 15 kategori yang dipertandingkan.
Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah di sempurnakan oleh En Daud Bin Abdul Rahman, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KEJORA. Dalam ucapannya, beliau berharap agar Kejohanan MTB Johor Series ini terus mengekalkan Tanjung Balau sebagai destinasi wajib pada tahun-tahun mendatang.
Kejohanan ini berlangsung dengan penuh semangat kesukanan dan mandapat liputan serta penajaan dari pelbagai syarikat. Tahniah dan syabas kepada semua pemenang.
Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan kejohanan MTB pada kali ini..

SAMBUTAN HARI MUZIUM ANTARABANGSA PERINGKAT KEBANGSAAN 2022

Tahniah & Syabas kepada Muzium Nelayan Tanjung Balau yang telah dinobatkan sebagai NAIB JUARA bagi kategori BOOTH PAMERAN PALING MENEPATI TEMA : KEUNGGULAN MUZIUM sempena Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan pada tahun ini.
Terima kasih diucapkan kepada Bahagian Pelancongan terutamanya warga kerja Muzium Nelayan, serta Team Kemahiran, Unit Pengurusan Fasiliti KEJORA yang telah bekerja keras dan memberikan sepenuh komitmen dalam menjayakan Pameran “The Amazing Lukah” Hari Muzium Antarabangsa pada tahun ini. Berjumpa tahun hadapan di Negeri Sarawak, Bumi Kenyalang.
Tahniah & Terima Kasih!!

KEJOHANAN KEJORA JOHOR MOUNTAINBIKE SERIES 2022@SERIES 3

Pada 25 Jun 2022, telah berlangsungnya pertandingan MTB Series untuk 5 Kategori yang dipertandingkan. Antaranya adalah kategori :-
1. CROSS COUNTRY SHORT TRACK (XCC) MEN YOUTH
2.CROSS COUNTRY SHORT TRACK (XCC) WOMEN YOUTH
3. CROSS COUNTRY ELIMINATOR (XCE) – TIME TRIAL
4. CROSS COUNTRY TIME TRIAL (XCT)
5. CROSS COUNTRY ELIMINATOR (XCE)
Jom saksikan lagi pertandingan terakhir MTB Series III pada hari esok untuk dipertandingkan. Ayuhh!!! Bukan itu saja, terdapat juga booth-booth penganjur & booth usahawan KEJORA yang terlibat.
Jom ramai-ramai kita penuhkan Tanjung Balau!!!