EKSPO INSTITUSI PENDIDIKAN TVET@KPLB 2022

23 JUN | 5.00 PETANG | KHAMIS
Dari Lensa KEJORA, Majlis Perasmian Majlis Ekspo Institusi Pendidikan TVET@KPLB 2022 telah disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar, YB Dato’ Seri Mahdzir Khalid di Dataran Amanjaya Mall, Sungai Petani, Kedah.
Turut hadir, Timbalan Menteri II KPLB, Datuk Hasbi Habibollah, Timbalan Ketua Setiausaha KPLB (Dasar), Datuk Che Murad Sayang Ramjan dan Timbalan Ketua Setiausaha KPLB (Pembangunan), Mas Rizal Mohd Hilmi.
Ekspo Institusi Pendidikan TVET@KPLB 2022 berlangsung Dari 23 hingga 25 Jun 2022.

SESI PENYERAHAN SURAT PENGHARGAAN KEPADA YBHG. DATO’ HAJI CHE ZAKARIA BIN MOHD SALLEH

22 JUN 2022, PASIR GUDANG – Sesi penyerahan surat perhargaan kepada YBhg. Dato’ Haji Che Zakaria bin Mohd Salleh telah diadakan pada 22 Jun 2022 (Selasa) di pejabat beliau bertempat di Pasir Gudang, Johor.
Sesi penyerahan tersebut telah dihadiri oleh Puan Marlina binti Amir (Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan)), Encik Mohd Ashek bin Mohd Hassan (Pengurus Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia), Encik Sh Khayulzahri bin Sh A. Raof (Pengurus Pembangunan Sosial dan Pemajuan Desa) serta Encik Noorsaifulizuan bin Nordin (Penolong Pengurus Kanan).
Dikesempatan ini, pihak Pengurusan dan seluruh Warga KEJORA ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBhg. Dato’ Haji Che Zakaria bin Mohd Salleh di atas segala jasa dan sumbangan beliau sepanjang menyandang jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah KEJORA yang bermula pada 01 Mei 2020 sehingga 30 April 2022.
Pihak Pengurusan dan seluruh Warga KEJORA juga berdoa ke Hadrat Allah SWT semoga YBhg. Dato’ Haji Che Zakaria bin Mohd Salleh sentiasa berada di bawah lindungan dan rahmat-Nya.
Terima Kasih & Selamat Maju Jaya!

SESI PENJURIAN PERTANDINGAN VIDEO KREATIF

20 Jun 2022, Bandar Penawar – Pada hari ini telah diadakan Sesi Penjurian pertandingan video kreatif@pengisahan KEJORA dimana Panel Penjurian yang diketuai oleh En Muamar Hadi bin Nasiri, Penolong Jurutera Elektrik, Unit Pengurusan Fasiliti telah berlangsung. Turut sama mengadili pertandingan ini adalah Puan Norzie binti Mohd Jani, Penolong Pengarah 1, Arkib Negara Malaysia Negeri Johor, Datin Siti Azni binti Zakaria, Pegawai Teknologi Maklumat serta Encik Muhammad Ariff bin Suhaimy, Pegawai Teknologi Maklumat, Bahagian Teknologi Maklumat. Sebanyak 7 penyertaan diterima dengan pelbagai genre.
Untuk makluman pertandingan video kreatif ini bermula dari 27 Mac hingga 27 Mei 2022 sempena sambutan Jubli Emas 50 Tahun Penubuhan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara.

IKLAN TAWARAN TENDER: LKJT/UT/BP/WR/2021/K318 CADANGAN KERJA-KERJA MENAIKTARAF RUANG PEJABAT DI IBU PEJABAT KEJORA

SDUT124827

PROGRAM SEMINAR KEWANGAN SIHAT BERSAMA BANK MUAMALAT MALAYSIA BERHAD

Pada 21 Jun 2022, Unit Pelaburan telah menganjurkan Program Seminar Kewangan Sihat bersama Bank Muamalat Malaysia Berhad bertempat di Lobi Utama, Ibu Pejabat KEJORA.
Seminar ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai kaedah pengurusan kewangan kendiri dengan cekap dan lebih terurus. Selain itu, ianya juga dapat memberi pendedahan isu-isu semasa perbankan seperti isu scammer agar kita sebagai orang awam sentiasa peka dengan keadaan semasa.
Pengurus Wilayah (Pembiayaan Konsumer) Bank Muamalat Malaysia Berhad Cawangan Johor Bahru iaitu Encik Mohd Noor Ezzuan bin Mohd Nasir hadir bersama 4 orang pegawainya dan disantuni oleh Unit Pelaburan KEJORA. Semoga pelaksanaan seminar ini dapat membuka minda serta memberikan ilmu yang bermanfaat kepada semua peserta. Tahniah & Syabas diucapkan!

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM BACK TO NATURE

Bukit Jalil, 19 Jun 2022 – Program Back to Nature anjuran Persatuan Seni Jahitan Kreatif Malaysia (PSJKM) diadakan bagi memupuk penggunaan sumber semula jadi iaitu daripada tumbuh-tumbuhan dalam penghasilan produk, fabrik dan corak rekaan sekali gus mengurangkan penggunaan pewarna sintetik dalam industri selain mendidik masyarakat supaya bersahabat dengan alam disamping melahirkan usahawan yang berkemahiran dalam menghasilkan produk eco-friendly.
Program ini telah disempurnakan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj. Sebagai tanda sokongan kepada inisiatif tersebut, Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) melalui Unit Ekonomi dan Usahawan diwakili Encik Mohd Fakharur Razziy bin Hazran, Ketua Unit Ekonomi dan Usahawan turut hadir bagi menyokong program tersebut.
Matlamat program ini adalah untuk melahirkan seramai 500 orang usahawan yang berkemahiran dalam menghasilkan produk Natural Dye dan Eco Printing yang melibatkan kumpulan sasar terdiri daripada suri rumah, ibu tunggal, OKU, belia, orang asli dan asnaf. Program ini akan berlangsung selama 7 hari bermula daripada 20 sehingga 26 Jun 2022 bertempat di Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

KEJORA KE PERSADA ANTARABANGSA TAHUN 2022

19 JUN 2022 I AHAD I 1.00 PETANG
Pada ini, KEJORA melalui Muzium Nelayan Tanjung Balau telah menyertai Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 yang diadakan di Dataran Warisan, Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bahru, Kelantan.
Majlis telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Bentara Kanan Ust. Dato’ Hj. Ahmad bin Yaakob, Menteri Besar Kelantan. Turut hadir juga adalah YB Dato’ Exco Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan & Pelancongan Negeri Kelantan, YBhg. En. Norazman bin Othman, TKSU (Pengurusan) MOTAC serta dif-dif jemputan yang lain.
YAB Dato’ Menteri Besar Kelantan telah diberikan taklimat mengenai ‘The Amazing Lukah’ dan melihat sendiri seni lukah yang dibina oleh KEJORA.
Untuk makluman, Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 ini diadakan bermula dari 16 hingga 26 Jun 2022.
Tahniah, Muzium Nelayan Tanjung Balau & KEJORA.

KURSUS PEMBUATAN DONAT DAN ROTI CANAI

17 Jun 2022 (JUMAAT) | KEJORA melalui Unit Ekonomi dan Usahawan telah mengadakan Kursus Pembuatan Donat dan Roti Canai bertempat di Bengkel Donat, Panchor, Muar, Johor.
Program ini telah dirasmikan oleh En Mohd Fakharur Razziy Bin Hazran, Ketua Unit Ekonomi dan Usahawan, KEJORA. Turut serta En Mohd Muzammir Bin Omar, Penghulu Mukim Jorak, Panchor, Muar dan Mohd Khalid Bin Mohammad, Ketua Kg Melayu / Sri Tanjung.
Selaras dengan agenda Kementerian Pembangunan Luar Bandar & aspirasi rakyat luar bandar, program ini merupakan satu titik permulaan ke arah melahirkan usahawan yang mampu transformasi kawasan luar bandar dengan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan dan kegiatan ekonomi serta menggalakkan generasi muda kembali berkhidmat di luar bandar di bawah Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung (PROSPEK).
Seramai 20 usahawan diberikan pendedahan berkenaan teknik dan gaya bagi menghasilkan adunan yang

terbaik

.

Syabas dan tahniah.

IKLAN JAWATAN KOSONG KEJORA

Jawatan Kosong Tetap

di LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA (KEJORA).
RALAT: IKLAN YANG DIPAPARKAN PADA 14 JUN 2022 ADALAH TERBATAL. TUAN/PUAN HENDAKLAH MEMBUAT PENGISIAN BARU MELALUI PAUTAN YANG SAMA.

A. Pegawai Tadbir N41
B. Pembantu Operasi Gred N11
C. Pemandu Kenderaan Gred H11
D. Pembantu Awam Gred H11

TARIKH TUTUP PERMOHONAN ADALAH SEBELUM ATAU PADA : 29 JUN 2022 (RABU)

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan. Jika Anda Mempunyai Kelayakan Dan Dedikasi Untuk Menyandang Jawatan Tersebut Rebutlah Peluang Ini Dan Daftarlah sebagai Calon.

CARA MEMOHON:
Permohonan hanya boleh dibuat secara on-line melalui laman web KEJORA di www.kejora.gov.my iaitu pada pautan e-Perjawatan atau di http://eperjawatan.kejora.gov.my.

IKLAN JAWATAN KOSONG JUN 2022 LATEST

LAWATAN PENANDA ARAS DAN KHIDMAT NASIHAT MENGENAI PELAKSANAAN PELAN PENGGANTIAN (SECCESSION PLAN)

ihak KEJORA telah mengadakan Lawatan Penanda Aras dan Khidmat Nasihat Mengenai Pelaksanaan Pelan Penggantian (Succession Plan) ke Ibu Pejabat Majlis Amanah Rakyat (MARA) pada 13 Jun 2022, Isnin.
Lawatan ini di ketuai oleh Puan Marlina binti Amir, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) KEJORA dan turut serta Encik Mohd Ashek bin Mohd Hassan, Pengurus Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia.
Encik Mohd Salleh bin Abdullah, Pengarah Bahagian Sumber Manusia, MARA telah menyambut baik hasrat KEJORA dan berkongsi tentang pelaksanaan Pelan Penggantian MARA 2022-2026.
Diharapkan dengan perkongsian ini dapat menjadi panduan kepada KEJORA dalam usaha menyediakan Pelan Penggantian serta menjalinkan kerjasama erat bersama pihak MARA dimasa akan datang.