FINALE ‘TUG OF WAR’ SAMBUTAN JUBLI EMAS KE-50 PENUBUHAN KEJORA

Final perlawanan ‘Tug of War’ telah diadakan diantara UTM Bronco VS MBIP(B). Kemenangan telah berpihak kepada MBIP(B) dengan keputusan 2-0.
Pengurus pasukan MBIP(B) mengucapkan tahniah kepada KEJORA yang telah menganjurkan acara ini kerana ianya telah lama menyepi.
Tahniah semua pasukan yang mengambil bahagian.

 

AKTIVITI PAGI HARI KETIGA SAMBUTAN JUBLI EMAS KE-50 PENUBUHAN KEJORA

Pelbagai aktiviti dijalankan pada pagi ini. Disamping itu juga, telah diadakan Karnival Kre8ative@Muzium Nelayan.
Antara aktiviti yang menarik adalah pertandingan mewarna, batu seremban, mural kreatif, FIFA 2022 PS4. Disamping itu, pertandingan Tug of War (Tarik Tali) telah berjalan dengan 7 pasukan mengambil bahagian.
Pameran agensi, jualan usahawan dan food truck dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 10.30 malam..
Jom ke Tanjung Balau!

TEROWONG MASA: MENGIMBAU 50 TAHUN BERLALU

Jom ke Terowong Masa (Time Tunnel) KEJORA di Muzium Nelayan Tanjung Balau bagi mendapatkan maklumat 50 tahun penubuhan KEJORA.
Pelbagai tarikan baru disediakan dan yang menariknya pengunjung juga berpeluang untuk mendapatkan hadiah misteri.

PERSEMBAHAN ARTIS TANAH AIR SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS ULANG TAHUN KE-50 PENUBUHAN LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA (KEJORA)

3 JUN 2022 I JUMAAT I 11.00 MALAM

Persembahan yang

hebat

dari artis tanah air pada malam ini iaitu dari Baggio Damasutra & Ramlah Ram.

DEMONSTRASI KRAFTANGAN SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS ULANG TAHUN KE-50 PENUBUHAN LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA (KEJORA)

3 JUN 2022 I JUMAAT I 3.00 PETANG
Demonstrasi Kraftangan berasaskan manik telah dijalankan pada petang ini. Demonstrasi ini telah diketuai oleh Pn Syahanem binti Mustaffa yang juga merupakan anggota KEJORA selaku tenaga pengajar.
Seramai 30 orang pengunjung telah sama-sama belajar secara terus dengan segala kelengkapan disediakan oleh pihak KEJORA & Puspanita Cawangan Kecil KEJORA.
Moga ilmu yang dicurahkan mendapat keberkatan olehNya serta boleh dipraktikkan dalam menambah pendapatan keluarga.

SEMINAR ‘FOOD SECURITY’ SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS ULANG TAHUN KE-50 PENUBUHAN LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA (KEJORA)

3 JUN 2022 I JUMAAT I 12.00 TENGAHARI
Demi kelangsungan & jaminan serta pemahaman dalam penyediaan kitaran makanan, KEJORA telah mengadakan seminar ‘food security’ bersempena dengan Sambutan Jubli Emas KEJORA.
3 tajuk telah dibentangkan iaitu:-
1. Senario industri pertanian & peranan Jabatan Pertanian masa kini oleh Jabatan Pertanian Negeri Johor.
2. Penanaman tanaman kontan menggunakan teknologi tanpa tanah oleh MARDI.
3. Pengendalian lepastuai hortikultur oleh MARDI.
Seramai lebihkurang 300 peserta hadir dalam seminar yang di adakan ini.

PROGRAM SENAMAN PAGI KEJORA SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS ULANG TAHUN KE-50 PENUBUHAN LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA (KEJORA)

3 JUN 2022 I JUMAAT I 8.00 PAGI
Program senaman pagi pada hari ini adakan di Pantai Tanjung Balau. Sambutan juga diterima dari pelajar-pelajar Kolej Professional Mara Bandar Penawar, Kolej Komuniti Bandar Penawar bersama penduduk sekitar Tanjung Balau, Bandar Penawar disamping warga KEJORA.

FORUM PERDANA EHWAL ISLAM SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS ULANG TAHUN KE-50 PENUBUHAN LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA (KEJORA)

2 JUN 2022 I KHAMIS I 9.00 MALAM
Rezeki Seluas Lautan. Satu tajuk yang menarik untuk dikupas serta difahami untuk semua golongan.
Panel yang dijemput adalah Dato’ Dr Hj. Nooh bin Gadut, Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor dan Prof. Madya Dr. Sharifah Hayaati binti Syed Ismail, Pensyarah Universiti Malaya. Manakala Ustaz Nabil Ahmad pula bertindak sebagai Moderator forum.
Rezeki itu milik Allah yang hakiki, kamu perlu berusaha untuk mengekalkan rezeki yang diberikan. Dalam mencari rezeki yang barakah, jangan diambil segala bentuk rezeki yang tidak wajar.
Moga rezeki kita semua seluas lautan dan mendapat keberkatan dariNya.

MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN JUBLI EMAS ULANG TAHUN KE-50 PENUBUHAN LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA (KEJORA)

2 JUN 2022 I KHAMIS I 1.00 PETANG
Bertepatan dengan Ulang Tahun Ke-50 Penubuhan KEJORA, satu perasmian sambutan yang gilang-gemilang telah berlangsung di Pantai Tanjung Balau.
Majlis telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid, Menteri Pembangunan Luar Bandar. Dalam ucapannya, beliau menyatakan rasa bangga dengan pencapaian KEJORA selama 50 tahun terdahulu.
Kini, beliau telah menetapkan sasaran baru kepada KEJORA antaranya, penjenamaan semula KEJORA atau dikenali sebagai KEJORA 2.0, penetapan hala tuju baru serta penambahbaikan yang bersesuaian dengan arus pemodenan semasa.
Selain itu juga, beliau berharap permohonan KEJORA untuk memperluaskan kawasan keseluruh Daerah Kota Tinggi dan Daerah Kluang, diluluskan oleh Kerajaan Negeri Johor.
Di dalam majlis ini, YB Dato Seri’ Mahdzir Khalid juga telah melancarkan buku Coffe Table 50 Tahun KEJORA yang mana ianya merangkumi gambar dan cerita pembangunan sepanjang 50 tahun KEJORA di bumi Johor.
Buat pertama kalinya, KEJORA telah menerima pengiktirafan Malaysia Book of Record (MBOR) bagi Ladang Penyelidikan Pertama Mengkuang Yang Dibangunkan Secara Komersial.
Tahniah kepada semua Warga KEJORA dari yang telah membangunkan Wilayah Johor Tenggara dari tahun 1972 hingga kini.

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG TAHUN 2021 DAN SAMBUTAN HARI RAYA KEJORA

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2021 dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri KEJORA telah diadakan pada 30 Mei 2022 (Isnin) bertempat di Hotel Four Points by Sheraton Desaru. Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah, Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar. Turut hadir sama ialah Yang Berhormat Datuk Haji Samsolbari bin Jamali, Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah KEJORA, merangkap Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.
Majlis ini bertujuan untuk memberikan penghargaan kepada 25 orang anggota KEJORA yang telah mempamerkan prestasi kerja yang cemerlang sepanjang Tahun 2021. Setiap penerima APC menerima Sijil Penghargaan & wang tunai berjumlah RM1000.
Turut diraikan adalah pesara-pesara dan bakal pesara KEJORA seramai empat orang dan lapan orang anggota KEJORA yang telah berkhidmat selama 30 & 40 tahun.
Bersempena dengan Bulan Syawal yang mulia, KEJORA turut menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri Tahun 1443H.
Tahniah dan syabas kepada semua penerima anugerah dan diharapkan agar budaya kecemerlangan ini berterusan dan akan dapat membantu KEJORA untuk mencapai hasrat dalam mewujudkan perkhidmatan awam yang lebih relevan, berinovasi, produktif dan berkeupayaan dalam menjunjung amanah bagi meningkatkan kecemerlangan KEJORA.