KEJORA KE ARAH PENSIJILAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)

Alhamdulillah Bengkel Pelaksana Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) KEJORA telah berlangsung selama 2 hari pada 24 dan 25 Mei 2022 bertempat di Hotel Desaru Penawar, Bandar Penawar. Peserta adalah terdiri daripada wakil setiap zon EKSA KEJORA,wakil jawatankuasa Latihan, jawatankuasa Promosi dan jawatankuasa Audit EKSA KEJORA. Bengkel ini telah dikendalikan oleh Puan Khulia Binti Abd Samat dari Kolej Komuniti Tanjung Piai yang merupakan salah seorang Champion EKSA.
Objektif utama bengkel adalah untuk memberi pendedahan kepada para peserta berkenaan pelaksanaan EKSA di KEJORA dan menjana idea dan kreativiti peserta dalam mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif. Besar harapan KEJORA agar dianugerahkan Pensijilan EKSA daripada pihak MAMPU pada masa akan datang.
Jutaan terima kasih kepada semua para peserta yang terlibat .

PROGRAM PENGUPAYAAN WARGA EMAS WILAYAH KEJORA

25 Mei 2022 – Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) melalui Bahagian Pembangunan Sosial dan Pemajun Desa dengan kerjasama Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Bandar Penawar telah menganjurkan Program Pengupayaan Warga Emas Wilayah KEJORA bertempat di Dewan KEJORA Bandar Penawar.
Program dimulakan dengan pelaksanaan Mesyuarat Agung PAWE Bandar Penawar Bil 1.2022 yang dihadiri oleh Jawatankuasa dan ahli PAWE Bandar Penawar. Pelbagai aktiviti turut diadakan seperti Taklimat Skim Keselamatan Pekerjaan Sendiri (SKPS) oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Taklimat Penjagaan Kesihatan oleh Klinik Kesihatan Bandar Penawar dan Taklimat Pusat Aktiviti Warga Emas oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Agensi yang terlibat juga turut membuka kaunter pendaftaran SKPS dan Ujian Saringan Kesihatan kepada Warga Emas yang hadir.
Program turut diserikan dengan Majlis Perasmian Penutup yang telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Haji Matriffin Bin Md. Amin, Pengurus Teknologi Maklumat, KEJORA, wakil rasmi kepada Pengurus Besar KEJORA. Semoga dengan kerjasama yang dijalankan akan dapat memberi manfaat kepada golongan warga emas di bawah Wilayah KEJORA.

PROGRAM EXECUTIVE TALK SIRI KE 4 BERSAMA YBHG. DATO’ DR. HJ MOHD FADZILAH BIN KAMSAH

Alhamdulillah Program “Executive Talk” Siri ke-4 sempena perayaan Jubli Emas KEJORA pada 25 mei yang lalu telah dilaksanakan dengan jayanya.
Seramai 291 penonton telah mengikuti program dari awal hingga ke penghujungnya iaitu 100 orang penonton di Zoom Webinar dan 191 orang penonton di FB Live KEJORA. Terima kasih kami ucapkan.
Semoga perkongsian ilmu dari YBhg. Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah bin Kamsah sebentar tadi, dapat memberikan motivasi kepada kita semua untuk menjadi insan yang lebih berjaya.

PROGRAM NETWORKING DAN LAWATAN KERJA KE KETENGAH

Lanjutan Program Networking dan Lawatan Kerja Unit Pelaburan diteruskan ke Ibu Pejabat KETENGAH di Bandar Al-Muktafi Billah Shah, Terengganu pada 18 Mei 2022.
Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KETENGAH iaitu Tuan Haji Ahmad Fakaruddin bin Ahmad bersama beberapa pengurusannya dan Wakil KETENGAH Holdings mengalu-alukan kedatangan delegasi Unit Pelaburan KEJORA yang di ketuai oleh Encik Abidullah bin S. Ali
Sesi di KETENGAH bertujuan untuk berkongsi amalan terbaik yg dipraktikkan oleh KETENGAH Holdings dalam tadbir urus Anak Syarikat miliknya.
Semoga program networking dan lawatan kerja ini dapat membuka minda serta peluang-peluang pelaburan di antara Anak Syarikat kedua-dua Agensi di masa akan datang.

PROGRAM NETWORKING DAN LAWATAN KERJA KE KESEDAR

Pada 16 Mei 2022, telah berlangsungnya Program Networking dan Lawatan Kerja oleh Unit Pelaburan KEJORA ke Syarikat-syarikat milikan KESEDAR di sekitar Paloh, Gua Musang, Kelantan.

Kembara ilmiah ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar idea/pendapat mengenai amalan tadbir urus

terbaik

Anak Syarikat KESEDAR dari segi kawalan, pemantauan dan penstrukturan. Selain itu, pihak KEJORA turut berhasrat untuk melawat ke tapak-tapak projek yang sedang diusahakan oleh Anak Syarikat KESEDAR.

Program yang diketuai oleh Encik Abidullah bin S. Ali, Ketua Unit Pelaburan bersama 4 orang anggota (termasuk seorang wakil dari KDHSB) disantuni oleh Puan Yunaiha binti Ismail, Pengurus Bahagian Ekonomi & Pelaburan KESEDAR telah dilaksanakan mulai jam 9.00 pagi sehingga 4.00 petang.
Sebanyak 3 projek telah dilawati iaitu Projek Ternakan Lembu Fidlot, Projek Pengilangan Sawit dan Projek Tanaman Nenas Varieti MD2.
Semoga dengan program networking dan lawatan kerja ini dapat membuka minda serta peluang-peluang pelaburan di antara Anak Syarikat kedua-dua Agensi di masa akan datang.

LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA (KEJORA) MENYANTUNI YAB MENTERI BESAR JOHOR

Pada hari ini, 13 Mei 2022, Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) menyantuni kehadiran YAB Menteri Besar Johor & Ahli Parlimen Pengerang ke Ibu Pejabat KEJORA bersempena dengan Majlis Sambutan Hari Raya Parlimen Pengerang.

PROGRAM TADARUS, KHATAM AL-QURAN & MAJLIS BERBUKA PUASA KELAB ANGGOTA KEJORA (KAK)

26 APRIL 2022 I SELASA I 9.00 MALAM
Bersempena dengan bulan Ramadhan tahun 1443h, Kelab Anggota KEJORA (KAK) telah mengadakan program Tadarus dan Khatam Al-Quran serta Majlis Berbuka Puasa di Dewan KEJORA Bandar Penawar. Program ini melibatkan keseluruhan anggota KEJORA, manakala majlis Khatam Al-Quran telah diketuai oleh En. Daud bin Abd. Rahman, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) dan En. Mohd Fakharur Razziy bin Hazran selaku Pengerusi Kelab Anggota KEJORA.
Menariknya, program Khatam Al-Quran serta Majlis Berbuka Puasa ini juga melibatkan ahli keluarga anggota KEJORA. Kesemua yang hadir telah menikmati hidangan nasi ambang yang diletakkan di dalam dulang serta dimakan secara berkumpulan.

TAWARAN IKLAN TENDER : LKJT/UT/SG.MUPOR/P/2021/K317

Tender adalah dipelawa daripada Kontraktor-Kontraktor yang berdaftar di Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia dan Pusat Khidmat Kontraktor dalam Gred dan jenis pendaftaran yang berkaitan dan yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja berikut:

 

LKJT/UT/ SG. MUPOR/ P/2021/K317 : CADANGAN KERJA-KERJA MEMBINA DAN MENYIAPKAN KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR LADANG FERTIGASI DAN RUMAH LINDUNGAN HUJAN SERTA KOMPONEN-KOMPONEN YANG BERKAITAN DI SEBAHAGIAN PTD 256 HS(D) 1047 (PLOT 14 DAN PLOT 15) SELUAS 40.12 EKAR, KAWASAN TANAMAN CAMPURAN SG. MUPOR, MUKIM ULU SG. SEDILI BESAR, DAERAH KOTA TINGGI, JOHOR DARUL TA’ZIM

 

Tender ini akan ditutup pada 2 JUN 2022,. Dokumen Tender hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bermeterai serta dilabelkan seperti tajuk kerja di atas dan dimasukkan ke dalam Peti Tender di Bahagian Kewangan, Bangunan Ibu Pejabat KEJORA, Jalan Dato’ Hj. Hassan Yunus, Bandar Penawar, 81930 Kota Tinggi, Johor pada hari tersebut sebelum jam 12.00 tengahari.

Taklimat (12/05/2022 – 10.00 Pagi): 

Belian Dokumen Online klik sini:   

 

Maklumat lanjut Tender boleh di lihat di laman ePerolehan KEJORA atau seperti di bawah :

IKLAN TENDER FERTIGASI SG MUPOR K317

 

KEPUTUSAN MUKTAMAD TENDER LKJT/UT/KG. TUAN SEH/P/2020/K315

Keputusan Muktamad Tender K315

LAWATAN KERJA LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA (KEJORA) KE DESAMALL @ PERDA BUSINESS OUTLET DAN DESAMALL @ IPOH

KEJORA telah mengadakan lawatan kerja ke Desamall @ PERDA Business Outlet dan Desamall @ Ipoh pada 20 dan 21 April 2022. Lawatan melibatkan 2 hari ini telah diketuai oleh Encik Daud bin Abdul Rahman, Timbalan Pengurus Besar Pembangunan KEJORA juga turut hadir sama dalam lawatan ini ialah 10 pegawai KEJORA. Lawatan ke Desamall @ PERDA Business Outlet telah disambut oleh Encik Ismat Afif bin Pawanteh Penolong Pengurus Bahagian Pembangunan Ekonomi PERDA manakala lawatan ke Desamall @ Ipoh telah disambut oleh Encik Mohd Zaid bin Zulkifli, Pengurus Besar, Bahagian Korporat Sosial PPNP.
Tujuan lawatan ini adalah untuk mendapatkan gambaran awal serta pengumpulan maklumat berkenaan konsep dan cara pengurusan pusat jualan Desamall yang telah jalankan oleh pihak Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) dan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPNP). Maklumat yang diperolehi dapat membantu pihak KEJORA untuk mendapatkan konsep yang sesuai bagi pembangunan KEJORA Best Outlet (KBO) yang dijangkan akan bermula pada tahun ini.
Pembinaan KEJORA Best Outlet (KBO) ini akan menyediakan ruang jualan atau retail Shop yang menjadi platform pemasaran produk-produk usahawan bimbingan KEJORA juga produk KEJORA BEST yang memberi manfaat kepada 200 orang usahawan wilayah KEJORA selain dapat meningkatkan ekonomi masyarakat setempat.