KUNJUNG BULAN RAMADAN WILAYAH KEJORA 2022M/1443H
PELAWAAN PERMOHONAN SKIM TUNAS AGRO (STAg) 2022
MAKLUMAT AM
- Program Skim Tunas Agro (STAg) merupakan program baru yang dianjurkan oleh Bahagian Pertanian dan Industri Asas Tani, KEJORA untuk memberi peluang kepada individu dalam wilayah KEJORA yang baru menceburkan diri dalam bidang pertanian bagi melaksanakan projek pertanian secara berskala kecil.
- Objektif pelaksanaan Skim Tunas Agro (STAg) ini adalah sepertimana berikut:
i. Memberi peluang dan galakkan kepada peserta kursus pertanian yang berpotensi terutamanya golongan muda untuk menceburi bidang pertanian.
ii. Membantu mengurangkan modal permulaan kepada peserta projek ekonomi berskala kecil yang baru hendak melaksanakan projek pertanian.
iii.Dapat melahirkan peserta projek ekonomi berskala kecil yang berilmu pengetahuan dan berkemahiran dalam bidang pertanian di samping menjana pendapatan sampingan. - Pelaksanaan program ini juga akan melahirkan usahawan pertanian baru terutamanya golongan muda di wilayah KEJORA dalam melaksanakan projek-projek pertanian.
PERMOHONAN
- Permohonan adalah perlu dikemukakan melalui Borang Permohonan yang boleh diperolehi secara percuma melalui kaedah berikut:
i. Memuat turun di laman web KEJORA : www.kejora.gov.my, atau;
ii. Mengisi borang permohonan secara atas talian melalui google form iaitu:
https://forms.gle/YQj48rHHGK8Ba4b19
atau;
iii. Mendapatkan borang permohonan di ibu pejabat KEJORA sepertimana alamat berikut:
LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA,
BANGUNAN IBUPEJABAT KEJORA,
JALAN DATO’ HJ. HASSAN YUNUS,
BANDAR PENAWAR,
81930 BANDAR PENAWAR,
JOHOR.
- Permohonan yang lengkap perlulah dikembalikan kepada alamat diatas atau emelkan ke kejora@kejora.gov.my.
- Tarikh tutup permohonan adalah pada 23 MEI 2022 (ISNIN) sebelum jam 5.00 petang. Borang yang diterima selepas daripada tempoh tersebut tidak akan diterima dan diproses.
- Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Bahagian Pertanian dan Industri Asas Tani, KEJORA di talian 07-8843000 atau 07-8843156.
Maklumat Lanjut dan Borang Pemohonan adalah Seperti berikut :
PELAWAAN PERMOHONAN SKIM PEMBIAYAAN EKONOMI PERTANIAN (SPEP) 2022
MAKLUMAT AM
- Program Skim Pembiayaan Ekonomi Pertanian (SPEP) merupakan program bantuan peralatan pertanian yang dianjurkan oleh Bahagian Pertanian dan Industri Asas Tani, KEJORA.
- Objektif pelaksanaan Skim Pembiayaan Ekonomi Pertanian (SPEP) adalah sepertimana berikut:
i.Membantu pengusaha pertanian yang berdaya maju untuk mengembangkan lagi projek pertanian.
ii.Membantu mengurangkan kos peralatan kepada pengusaha pertanian yang berpotensi untuk maju.
iii. Meningkatkan pendapatan peserta menerusi projek pertanian yang sedang diusahakan.
PERMOHONAN
- Permohonan adalah perlu dikemukakan melalui Borang Permohonan yang boleh diperolehi secara percuma melalui kaedah berikut:
i. Memuat turun di laman web KEJORA : www.kejora.gov.my, atau;
ii. Mengisi borang permohonan secara atas talian melalui google form iaitu:Individu : https://forms.gle/8YBBccTqj9xotEty8
Kelompok : https://forms.gle/jCQjm5Uh7pfcwnTd8
atau;
iii. Mendapatkan borang permohonan di ibu pejabat KEJORA sepertimana alamat berikut:
LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA,
BANGUNAN IBUPEJABAT KEJORA,
JALAN DATO’ HJ. HASSAN YUNUS,
BANDAR PENAWAR,
81930 BANDAR PENAWAR,
JOHOR.
- Permohonan yang lengkap perlulah dikembalikan kepada alamat diatas atau emelkan ke kejora@kejora.gov.my.
- Tarikh tutup permohonan adalah pada 23 MEI 2022 (ISNIN) sebelum jam 5.00 petang. Borang yang diterima selepas daripada tempoh tersebut tidak akan diterima dan diproses.
- Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Bahagian Pertanian dan Industri Asas Tani, KEJORA di talian 07-8843000 atau 07-8843156.
Maklumat Lanjut dan Borang Pemohonan adalah Seperti berikut :
Borang Permohonan INDIVIDU SPEP TAHUN 2022
Borang Permohonan KELOMPOK SPEP TAHUN 2022
KURSUS JATI DIRI PERSONALITI UNGGUL KEJORA
PROGRAM KUNJUNG RAMADAN WILAYAH KEJORA
KEJORA SANTUN USAHAWAN (KSU)
MESYUARAT AGUNG KHAS KELAB ANGGOTA KEJORA (KAK) 2022
14 APRIL 2022 I KHAMIS I 1.00 PETANG
Kelab Anggota KEJORA (KAK) telah mengadakan Mesyuarat Agung Khas di Dewan KEJORA, Bandar Penawar. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh En. Mohd Fakharur Razziy bin Hazran selaku Pengerusi Kelab Anggota KEJORA.
Mesyuarat Agung Khas ini diadakan bagi membincangkan beberapa perancangan program-program baru KAK selepas pasca pandemik. Menariknya, mesyuarat ini juga telah bersetuju sebulat suara untuk menentukan kaedah pemilihan Jawatankuasa Tertinggi kelab pada masa akan datang. Kaedah pemilihan secara undian dalam talian bakal diwujudkan bagi memastikan ketelusan dan sifat integriti semua anggota KEJORA.
Sebelum itu, program dimulakan dengan bacaan Yaasin serta tahlil dan doa selamat, memohon keberkatan serta taufik dan hidayahNya agar KEJORA terus gemilang dalam meneraju pembangunan luar bandar Wilayah Johor Tenggara.
#KPLB
#KEJORA
#LuarBandarSejahtera
#KeluargaMalaysia
#BekerjaBersamaRakyat
#JubliEmasKEJORA
#PenerajuTerasKemakmuran
#KelabAnggotaKEJORA(KAK)
PENYERAHAN KIT KEPERLUAN ASAS MANGSA RIBUT
IKLAN JUALAN KEDAI KOS SEDERHANA (KKS) DI TAMAN PENAWAR HARMONI
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PEMILIKAN KEDAI KOS SEDERHANA (KKS) DI TAMAN PENAWAR HARMONI :
- Terbuka kepada Penduduk Asal Negeri Johor.
- Keutamaan akan diberikan kepada penduduk yang menetap di dalam Wilayah KEJORA.
- Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan sudah menetap di Johor lebih 10 tahun bagi yang bukan kelahiran di dalam Negeri Johor.
- Bujang atau berkahwin.
- Bagi pasangan suami isteri, hanya satu permohonan sahaja dibenarkan. Permohonan isteri kedua dan seterusnya perlu dibuat menggunakan nama isteri tersebut.
- Hanya satu (1) pemilikan SAHAJA bagi Kedai Kos Sederhana (KKS) di dalam Negeri Johor.
TARIKH TUTUP IKLAN : 8 MEI 2022 TARIKH TUTUP PENGHANTARAN DOKUMEN : 9 MEI 2022
PEMOHONAN ONLINE



































































