AKTIVITI HARI TERAKHIR SAMBUTAN JUBLI EMAS KE-50 PENUBUHAN KEJORA

Antara aktiviti yang menarik pada sebelah pagi adalah pertandingan karom yang disertai oleh 22 orang pengunjung & pertandingan masak lemak cili api telur itik yang menghimpunkan 8 pasukan bertanding.
Manakala pertandingan Karaoke Jubli Emas Idol telah berlangsung dengan lebih dari 20 pangunjung mengambil bahagian.
Karnival kre8tive bagi acara membina arca kreatif telah dijalankan disamping program Jom Bersih & Sihat KEJORA diadakan pada sebelah petang bagi membersihkan kawasan Pantai Tanjung Balau.
Penutup acara Sambutan Jubli Emas Ke-50 Penubuhan KEJORA adalah ‘grand prize’ hadiah cabutan nombor bertuah yang telah dilakukan oleh Puan Marlina binti Amir, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) KEJORA.
Terima kasih kepada semua yang terlibat…
Tahniah KEJORA

PERSEMBAHAN ARTIS TANAHAIR SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS ULANG TAHUN KE-50 PENUBUHAN LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA (KEJORA)

4 JUN 2022 I SABTU I 11.00 MALAM
Persembahan artis tanah air pada malam ini oleh Wany Hasrita & Bandi Amuk.
Happy hours & cabutan bertuah (Siri 6) dijalankan serentak kepada pengunjung bertuah.

AKTIVITI PETANG HARI KETIGA SAMBUTAN JUBLI EMAS KE-50 PENUBUHAN KEJORA

Pelbagai aktiviti dijalankan pada sebelah petang ini antaranya pertandingan dam haji serta pertandingan akhir Tug Of War termasuk mural kreatif.
Manakala demonstrasi masakan asam pedas ikan & mencanting batik telah dijalankan dikhemah utama.
Pelbagai pameran agensi, jualan usahawan dan food truck yang dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 10.30 malam masih berada di perkarangan Dataran Tanjung Balau.
Ayuh…. Kita ke Karnival Sambutan Jubli Emas KEJORA di Pantai Tanjung Balau

 

FINALE ‘TUG OF WAR’ SAMBUTAN JUBLI EMAS KE-50 PENUBUHAN KEJORA

Final perlawanan ‘Tug of War’ telah diadakan diantara UTM Bronco VS MBIP(B). Kemenangan telah berpihak kepada MBIP(B) dengan keputusan 2-0.
Pengurus pasukan MBIP(B) mengucapkan tahniah kepada KEJORA yang telah menganjurkan acara ini kerana ianya telah lama menyepi.
Tahniah semua pasukan yang mengambil bahagian.

 

AKTIVITI PAGI HARI KETIGA SAMBUTAN JUBLI EMAS KE-50 PENUBUHAN KEJORA

Pelbagai aktiviti dijalankan pada pagi ini. Disamping itu juga, telah diadakan Karnival Kre8ative@Muzium Nelayan.
Antara aktiviti yang menarik adalah pertandingan mewarna, batu seremban, mural kreatif, FIFA 2022 PS4. Disamping itu, pertandingan Tug of War (Tarik Tali) telah berjalan dengan 7 pasukan mengambil bahagian.
Pameran agensi, jualan usahawan dan food truck dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 10.30 malam..
Jom ke Tanjung Balau!

TEROWONG MASA: MENGIMBAU 50 TAHUN BERLALU

Jom ke Terowong Masa (Time Tunnel) KEJORA di Muzium Nelayan Tanjung Balau bagi mendapatkan maklumat 50 tahun penubuhan KEJORA.
Pelbagai tarikan baru disediakan dan yang menariknya pengunjung juga berpeluang untuk mendapatkan hadiah misteri.

PERSEMBAHAN ARTIS TANAH AIR SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS ULANG TAHUN KE-50 PENUBUHAN LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA (KEJORA)

3 JUN 2022 I JUMAAT I 11.00 MALAM

Persembahan yang

hebat

dari artis tanah air pada malam ini iaitu dari Baggio Damasutra & Ramlah Ram.

DEMONSTRASI KRAFTANGAN SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS ULANG TAHUN KE-50 PENUBUHAN LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA (KEJORA)

3 JUN 2022 I JUMAAT I 3.00 PETANG
Demonstrasi Kraftangan berasaskan manik telah dijalankan pada petang ini. Demonstrasi ini telah diketuai oleh Pn Syahanem binti Mustaffa yang juga merupakan anggota KEJORA selaku tenaga pengajar.
Seramai 30 orang pengunjung telah sama-sama belajar secara terus dengan segala kelengkapan disediakan oleh pihak KEJORA & Puspanita Cawangan Kecil KEJORA.
Moga ilmu yang dicurahkan mendapat keberkatan olehNya serta boleh dipraktikkan dalam menambah pendapatan keluarga.

SEMINAR ‘FOOD SECURITY’ SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS ULANG TAHUN KE-50 PENUBUHAN LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA (KEJORA)

3 JUN 2022 I JUMAAT I 12.00 TENGAHARI
Demi kelangsungan & jaminan serta pemahaman dalam penyediaan kitaran makanan, KEJORA telah mengadakan seminar ‘food security’ bersempena dengan Sambutan Jubli Emas KEJORA.
3 tajuk telah dibentangkan iaitu:-
1. Senario industri pertanian & peranan Jabatan Pertanian masa kini oleh Jabatan Pertanian Negeri Johor.
2. Penanaman tanaman kontan menggunakan teknologi tanpa tanah oleh MARDI.
3. Pengendalian lepastuai hortikultur oleh MARDI.
Seramai lebihkurang 300 peserta hadir dalam seminar yang di adakan ini.

PROGRAM SENAMAN PAGI KEJORA SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS ULANG TAHUN KE-50 PENUBUHAN LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA (KEJORA)

3 JUN 2022 I JUMAAT I 8.00 PAGI
Program senaman pagi pada hari ini adakan di Pantai Tanjung Balau. Sambutan juga diterima dari pelajar-pelajar Kolej Professional Mara Bandar Penawar, Kolej Komuniti Bandar Penawar bersama penduduk sekitar Tanjung Balau, Bandar Penawar disamping warga KEJORA.