PROGRAM SUMBANGAN BUBUR LAMBUK PUSPANITA CAWANGAN KECIL KEJORA (PCKK)

6 APRIL 2022 I RABU I 3.30 PETANG
Program Sumbangan Bubur Lambuk PUSPANITA Cawangan Kecil KEJORA telah berlangsung pada hari ini bertempat di Lobi Utama, Ibu Pejabat Lembaga Kemajuan Johor Tenggara, Bandar Penawar, Johor.
Agihan bubur lambuk telah disampaikan oleh YBhg. Datin Norasikin binti Noordin selaku Pengerusi PCKK bersama-sama Pn Marlina binti Amir, Timbalan Pengerusi 1, PCKK kepada semua ahli PCKK.

PENGURUS BESAR KEJORA TERIMA KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH FAMA NEGERI JOHOR

5 APRIL 2022 I SELASA I 12.30 PETANG
YBhg. Dato’ Mohd Rusdi bin Mohd Darus, Pengurus Besar KEJORA telah menerima kunjungan hormat daripada Tuan Shahrizan bin Sudiman, Pengarah FAMA Negeri Johor bersama Pegawai FAMA Daerah Kota Tinggi dan wakil Pengurusan FAMA Negeri Johor di Bangunan Ibu Pejabat KEJORA.
Kunjungan hormat yang diadakan ini bertujuan untuk mengeratkan kerjasama strategik 2 hala antara KEJORA dan Pejabat FAMA Negeri Johor serta membincangkan mengenai kerjasama strategik bagi pembangunan usahawan dan khidmat nasihat pertanian terutama dalam aspek pemasaran produk. Selain itu juga, pihak FAMA telah menerangkan mengenai pembangunan Agrobazaar online dan ini menarik minat KEJORA untuk bekerjasama dalam memasarkan produk-produk usahawan Wilayah KEJORA.

KURSUS ASAS PENIAGAAN, PROGRAM PENINGKATAN PENDAPATAN (PPP) DI BAWAH SKIM PEMBANGUNAN KESEJAHTERAAN RAKYAT (SPKR) WILAYAH KEJORA

Pada 1 hingga 2 April 2021, Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) melalui Bahagian Pembangunan Sosial dan Pemajuan Desa telah melaksanakan Kursus Asas Perniagaan, Program Peningkatan Pendapatan (PPP) di bawah Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) Wilayah KEJORA yang bertempat di Bayu Balau Beach Resort.
Seramai 16 peserta yang juga merupakan penerima bantuan di bawah Program Peningkatan Pendapatan (PPP) telah mengikuti kursus yang dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan ilmu dan pengetahuan tentang asas perakaunan, asas keusahawanan serta asas dalam pemasaran digital.
Selain itu turut ditampilkan Yang Dihormati Encik Imtiazalam bin Ismail, Pengurus Pembangunan Produk IEJAFOOD INDUSTRIES SDN BHD dalam satu sesi bersama tokoh usahawan bagi memberikan semangat dan inspirasi khususnya kepada para peserta untuk berjaya dalam bidang perniagaan dan keusahawanan.
Semoga dengan penganjuran kursus ini dapat menyuntik semangat para peserta agar lebih bermotivasi untuk berusaha meningkatkan ilmu dan kemahiran dalam bidang perniagaan sekaligus melahirkan usahawan berjaya dan berdaya saing. Tahniah dan syabas diucapkan kepada para peserta.

PROGRAM INSPIRASI KERJAYA – PROGRAM BINA INSAN (PBI), SKIM PEMBANGUNAN KESEJAHTERAAN RAKYAT (SPKR) WILAYAH KEJORA

KEJORA melalui Bahagian Pembangunan Sosial dan Pemajuan Desa telah menganjurkan “Program Inspirasi Kerjaya” – Program Bina Insan (PBI), Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) Wilayah KEJORA pada 29 hingga 31 Mac 2022 bertempat di Bayview Hotel Melaka.
Program ini telah disertai seramai 20 orang yang merupakan peserta dalam bidang jahitan langsir moden di bawah Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK), Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) Wilayah KEJORA.
Program Inspirasi Kerjaya ini dilaksanakan bagi menjana motivasi yang kuat untuk meningkatkan potensi kumpulan sasar untuk menjadi insan cemerlang serta membangunkan sikap dan tabiat positif dalam diri dan organisasi.
Majlis Penutup telah dirasmikan oleh Yang Dihormati Encik Daud bin Abd Rahman, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KEJORA.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada para peserta.

JERAYAWARA MUZIKA BUDAYA WILAYAH KEJORA

Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) melalui bahagian Pembangunan Sosial dan Pemajuan Desa telah melaksanakan Jerayawara Muzika Budaya Wilayah KEJORA bertempat di Imperial Heritage Hotel, Melaka pada 30 dan 31 Mac 2022 yang lalu.
Muzika Budaya Wilayah KEJORA merupakan satu usaha yang digembleng dalam memastikan kesenian dan kebudayaan khususnya warisan negeri Johor dapat disemai dalam kalangan penduduk Wilayah KEJORA menerusi empat (4) komponen yang digarap iaitu Jerawayara Muzika Budaya, Program Pembangunan Muzika Budaya, Pertandingan Muzika Budaya dan Malam Gala Muzika Budaya. Selain itu, program ini bertujuan menyemarakkan warisan dan budaya negeri Johor yang memberi fokus dalam membentuk masyarakat berbudaya nilai tinggi serta perlindungan khazanah warisan negara serta menjadikan produk kebudayaan sebagai penyumbang penting pembangunan sosioekonomi negara.
Jerayawara yang bermaksud sesi libat urus bagi membincangkan Garis Panduan Muzika Budaya Wilayah KEJORA telah menghimpunkan penggiat dan persatuan budaya dan seni di Negeri Johor telah dihadiri oleh wakil Persatuan Ghazal Negeri Johor , Persatuan Penggiat Zapin Negeri Johor (Pe-Zapin), Majlis Kebudayaan Kota Tinggi, Majlis Kebudayaan Negeri Johor dan Majlis Belia Felda Malaysia. Sesi ini turut melibatkan wakil kumpulan sasar di Wilayah KEJORA yang dihadiri oleh JPKK Kampung Mawai, Kampung Dato’ Abdul Rahman Yassin dan Kampung Paya selain turut melibatkan jemputan wakil Kumpulan Band KEJORA, Kumpulan Anak Pentas KEJORA serta wakil dari Bahagian Perancangan Strategik dan Unit Ekonomi & Usahawan, KEJORA serta Bahagian Pelancongan.
Lebih manis lagi, Jerayawara ini dihadiri oleh Pengarah Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara, Johor serta Ketua Bahagian Persuratan & Sejarah, Yayasan Warisan Johor yang telah turut sama berkongsi pandangan dan pengalaman bagi pemurnian Garis Panduan Muzika Budaya Wilayah KEJORA agar selari dengan cadangan penwujudannya.
BERJUMPA NANTI DALAM MUZIKA BUDAYA WILAYAH KEJORA !!

MAJLIS TAMAT LATIHAN KURSUS LATIHAN KENDERAAN PERDAGANGAN PSV – KAPTEN BAS PESERTA PROGRAM PLKK@KPLB

telah berlangsung sesi tamat latihan kursus PSV kenderaan perdagangan Bas Kapten kepada peserta – peserta program Latihan Kemahiran dan Kerjaya PLKK.
Majlis tamat latihan ini telah diaturkan oleh pihak pengendali latihan Handal Indah Sdn Bhd bertempat di Hotel Seri Malaysia Johor Bahru.
Seramai 30 orang peserta telah berjaya menamatkan latihan dan layak menerima lesen PSV Kenderaan Perdagangan dari Jabatan Pengangkutan Jalan. 30 orang peserta telah berjaya ditempatkan kerja bersama pihak majikan di sekitar negeri Johor.
Majlis penyerahan sijil tamat latihan ini telah disampaikan oleh Tn Sh Khayulzahri Bin Sh A Raof, Pengurus Bahagian Pembangunan Sosial dan Pemajuan Desa.
Kami di KEJORA mendoakan kepada semua peserta untuk terus berjaya di masa hadapan dalam bidang kerjaya yang diceburi.

KURSUS PENGENDALIAN PASCA LEPAS TUAI SARANG BURUNG WALIT SIRI 1 2022

Sukacita dimaklumkan bahawa Kursus Pengendalian Pasca Lepas Tuai Sarang Burung Walit Siri 1 Tahun 2022 telah diadakan pada 30 Mac 2022 bertempat di Sedili, Kota Tinggi, Johor anjuran Bahagian Pertanian dan Industri Asas Tani, KEJORA dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Verterinar dan Syarikat Seahunt Enterprise. Seramai lima belas (15) orang terdiri daripada peserta dan urusetia telah menyertai kursus ini yang terdiri daripada penduduk kampung dan pengusaha Rumah Burung Walit di dalam Wilayah KEJORA.
Objektif utama kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan meningkatkan ilmu pengetahuan kepada peserta Projek Ternakan Burung Walit di Wilayah KEJORA mengenai kaedah pengendalian pasca lepas tuai sarang burung walit.
Selain itu, peserta juga dapat mengaplikasikan ilmu yang diperolehi semasa mengendalikan penuaian sarang burung walit melalui kaedah yang terbaik bagi mendapatkan kualiti sarang yang bermutu tinggi dan seterusnya mendapatkan pulangan yang lebih menguntungkan.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada para peserta.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR BAHAGIAN HAL EHWAL UNDANG-UNDANG (BHEUU), JABATAN PERDANA MENTERI KE KEJORA

Pihak KEJORA telah menerima kunjungan dari Bahagian Hal Ehwal
Undang-undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri pada 22 Mac 2022 bertempat di Ibu Pejabat KEJORA dan Muzium Nelayan Tg. Balau.
Lawatan ini diketuai oleh Puan Azlin binti Azizan, Timbalan Ketua
Pengarah (Pengurusan) Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri yang melibatkan seramai 40 orang peserta.
Puan Marlina Binti Amir, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) turut hadir bagi meraikan kedatangan peserta lawatan.
Turut diadakan, Taklimat Pembangunan KEJORA yang disampaikan oleh Encik Mohd Hanafi Bin Jantan, Pengurus Perancangan Strategik. Selain itu, peserta juga dibawa melawat ke Muzium Nelayan Tg. Balau. Dalam pertemuan itu, kedua-dua pihak telah berkongsi pengalaman bagi penambahbaikan berterusan dan meningkatkan kerjasama di antara Jabatan.

KUNJUNGAN HORMAT PENGURUS BESAR KEJORA KE ATAS PENGARAH PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI JOHOR (PPNJ)

29 MAC 2022 I SELASA I 3.00 PETANG
YBhg. Dato’ Mohd Rusdi bin Mohd Darus, Pengurus Besar KEJORA telah mengadakan sesi Kunjungan Hormat ke atas YBrs. Tuan Haji Rahman bin Mohd Din, Pengarah Pembangunan Negeri Johor, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM).
Kunjungan Hormat yang diadakan ini bertujuan untuk mengeratkan kerjasama strategik 2 hala antara KEJORA dan Pejabat Pembangunan Negeri Johor terutamanya dalam perkongsian maklumat, perbincangan dan khidmat nasihat berkaitan hala tuju isu Projek-projek Pembangunan KEJORA yang dalam perancangan dan pelaksanaan.
Kunjungan Hormat pihak KEJORA yang turut disertai oleh En. Mohd Hanafi bin Jantan, Pengurus Perancangan Strategik dan En. Muhammad Redzuan bin Othman, Penolong Pengurus telah disambut mesra oleh Pengarah PPNJ, Puan Amy Lydia binti Adnan, Timbalan Pengarah (Pemantauan) dan En. Hasbullah Mohd Hasbullah bin Mat Taib, Penolong Pengarah (Pemantauan).

MAJLIS PELANCARAN PELAN ANTI RASUAH ORGANISASI KEJORA 2022-2025

Bandar Penawar, 29 Mac 2022 – Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) telah menganjurkan majlis pelancaran Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) KEJORA 2022-2025. Majlis pelancaran ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Johor, YBhg TPj Dato’ Haji Azmi bin Haji Alias.
Pelan OACP KEJORA 2022-2025 ini menggariskan 3 strategi, 4 objektif strategik serta 28 inisiatif sebagai sumber rujukan serta pendokong kepada pencapaian visi, misi dan objektif KEJORA.