3.2 NAIB PENGERUSI
i. Mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa sekiranya Pengerusi dan Pengerusi Ganti tidak dapat mempengerusikan mesyuarat berkenaan dengan mandat yang diperuntukkan Pengerusi.
ii. Memanggil dan mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pada peringkat bandar.
iii. Mengawasi dan menentukan segala program atau perancangan di peringkat bandar berjalan dengan baik sebagaimana dirancangkan di peringkat jawatankuasa.
iv. Mengawasi perjalanaan biro-biro yang ditubuhkan di bawah jawatankuasa.
v. Bertanggungjawab memberikan vision ‘pandang jauh’ terhadap kemajuan jawatankuasa.
vi. Bertindak menasihati jawatankuasa peringkat bandar dalam sesuatu perkara sebelum perkara tersebut dikemukakan dan dibincangkan di peringkat Jawatankuasa Induk.
vii. Mengawasi kewangan jawatankuasa yang disalurkan oleh KEJORA atau diperolehi dari sumbangan penduduk atau badan-badan tertentu.
viii. Memastikan Laporan Aktiviti, Perancangan Aktiviti dan Laporan Kewangan diserahkan secara berkala kepada pihak KEJORA setiap suku tahun (tiga bulan sekali) atau mengikut masa yang diperlukan.
0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Tinggalkan Balasan