3.6 BIRO PENDIDIKAN
i. Mengawasi dan merancang program-program yang b   erkaitan dengan pendidikan seperti kegiatan kelas menghadapi peperiksaan, kegiatan sukan sekolah dan kegiatan ilmiah serta keagamaan.
ii. Mengawasi perjalanan, kemajuan dan kebajikan kelas-kelas TABIKA, TASKA, TASKI dan seumpamanya dan juga sekolah-sekolah Arab dan seumpamanya.
iii. Bertindak sebagai saluran atau penghubung di antara jawatankuasa dengan pihak sekolah dan PIBG.
iv. Melaporkan tentang kemajuan atau masalah yang dihadapi oleh pelajar atau pun sekolah.
v. Menjalankan kegiatan yang berkaitan dengan kebaikan pelajar seperti mengemukakan permohonan mendapatkan bantuan dari penduduk atau agensi-agensi kerajaan untuk menjalankan sesuatu kegiatan bagi faedah pelajar.
3.7 BIRO EKONOMI DAN KEUSAHAWANAN
i. Merancang dan melaksanakan kegiatan-kegiatan ekonomi di bandar-bandar seperti menternak ayam, itik, lembu, membentuk golongan usahawan, menganjurkan seminar usahawan dan sebagainya.
ii. Menyuarakan pandangan atau masalah ahli bagi diambil tindakan atau diambil ingatan oleh jawatankuasa.
iii. Membantu jawatankuasa melaksanakan program-program keusahawanan atau ekonomi yang dirancangkan oleh KEJORA atau agensi-agensi lain.
iv. Mengawasi perjalanan pengusaha-pengusaha di bandar-bandar demi kemajuan bandar dan kebajikan pengguna.
v. Merancang pembangunan keusahawanan meliputi penganjuran dan penglibatan program-program serta bertanggungjawab terhadap isu-isu dan permasalahan usahawan.
0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Tinggalkan Balasan