3.10 BIRO PEMBANGUNAN INSAN
i. Merancang program-program berbentuk kebajikan seperti tabung khairat kematian, pungutan derma, kebajikan, lawatan ke rumah ahli-ahli yang ditimpa kemalangan atau bencana.
ii. Memaklumkan kepada jawatankuasa tentang masalah-masalah penduduk seperti kerosakan rumah, tanah runtuh, masalah kebersihan, paip air pecah, gangguan bekalan air, gangguan anjing liar dan sebagainya.
iii. Membantu melaksanakan program-program kebajikan yang dirancangkan oleh jawatankuasa seperti penubuhan pasukan kendarat dan pengendalian perkara-perkara yang berkaitan dengan kematian dan kemalangan.
iv. Membantu melaksanakan program-program pembangunan masyarakat yang melibatkan seluruh peringkat usia seperti gotong-royong, kursus motivasi, keibubapaan dan pelajar, lawatan dan sebagainya.
3.11 BIRO BELIA, SUKAN DAN KEBUDAYAAN
i. Mengawasi dan menggalakkan serta membantu penubuhan dan perjalanan persatuan-persatuan belia di bandar-bandar.
ii. Merancang serta melaksanakan kegiatan-kegiatan belia seperti kegiatan sukan, kursus-kursus, ceramah-ceramah belia, khemah kerja belia, kegiatan ekonomi belia dan sebagainya.
iii. Mengawasi serta melaporkan kepada jawatankuasa tentang masalah-masalah yang dihadapi belia dan kegiatan-kegiatan mereka.
iv. Menggalakkan serta menarik minat para belia untuk menyertai kegiatan-kegiatan yang dianjurkan.
v. Membantu jawatankuasa melaksanakan program-program yang dirancangkan khusus untuk para belia.
vi. Merancang serta melaksanakan kegiatan-kegiatan kebudayaan.
0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Tinggalkan Balasan