3.3 SETIAUSAHA
i. Mengatur jadual serta memanggil mesyuarat dengan persetujuan Pengerusi.
ii. Menyediakan minit mesyuarat serta mengambil tindakan sebagaimana yang telah diputuskan oleh jawatankuasa.
iii. Bertanggungjawab bagi keseluruhan pentadbiran dan perancangan jawatankuasa di peringkat Bandar.
iv. Bertanggungjawab menyediakan Laporan Aktiviti dan Perancangan Aktiviti secara berkala setiap suku tahun atau pada masa lain yang diperlukan dan diserahkan kepada KEJORA.

 

3.4 PENOLONG SETIAUSAHA
i. Membantu Setiausaha dalam menjalankan bidang tugas yang telah diperuntukan kepadanya.
ii. Bertindak selaku Setiausaha di dalam mesyuarat-mesyuarat yang dijalankan di peringkat bandar dan melaporkannya kepada Setiausaha.
iii. Mengawasi dan merancang perjalanan biro di peringkat bandar dengan persetujuan atau makluman Naib Pengerusi atau Setiausaha sekiranya ketiadaan Setiausaha.
0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Tinggalkan Balasan