3.8 BIRO AGAMA
i. Merancang dan melaksanakan kegiatan-kegiatan keagamaan di bandar-bandar seperti mengadakan kelas-kelas Fardhu Ain, menganjurkan ceramah-ceramah atau kursus-kursus keagamaan.
ii. Bertanggungjawab mengawasi masalah-masalah yang berkaitan dengan agama di bandar-bandar seperti ajaran sesat, maksiat, judi, arak dan sebagainya.
iii. Mengawasi perjalanan Badan Tadbir Masjid, membantu menjaga bangunan-bangunan keagamaan seperti masjid, surau serta bertanggungjawab terhadap perkara-perkara yang berhubung dengan tanah perkuburan dan sebagainya.
iv. Membantu KEJORA atau agensi-agensi lain menjalankan kegiatan-kegiatan agama yang telah dirancangkan di peringkat jawatankuasa atau agensi-agensi tersebut.
3.9 BIRO KESELAMATAN
i. Merancang dan melaksanakan kegiatan-kegiatan yang boleh menimbulkan kesedaran di kalangan masyarakat terhadap bahayanya penyalahgunaan dadah, kepentingan pengetahuan asas pertolongan cemas dan keselamatan.
ii. Membantu pihak yang bertanggungjawab mengawasi keselamatan bandar daripada gejala-gejala buruk seperti pecah rumah, penagihan dadah, perjudian, maksiat dan sebagainya.
iii. Merancang, menggalakkan dan mengatur pembentukan pasukan-pasukan sukarela seperti Bulan Sabit Merah, Bomba, RELA dan sebagainya.
iv. Mengawasi perjalanan dan melaporkan kegiatan pasukan sukarela bagi makluman jawatankuasa.
0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Tinggalkan Balasan