3.12 BIRO WANITA
i. Merancang serta melaksanakan kegiatan yang berkaitan dengan pembangunan kaum wanita seperti mengadakan kelas-kelas fardhu ain untuk wanita, kelas masakan, kelas ekonomi rumahtangga, kelas jahitan, kelas kraftangan, kelas aerobik dan sebagainya.
ii. Bekerjasama dengan Pertubuhan Wanita yang lain seperti Kelab Keluarga KEJORA, Biro Wanita UMNO, KEMAS dan sebagainya.
iii. Memaklumkan kepada jawatankuasa tentang masalah yang dihadapi oleh kaum wanita di bandar-bandar KEJORA.
iv. Membantu jawatankuasa melaksanakan kegiatan-kegiatan untuk kaum wanita terutama ibu tunggal dan wanita yang ditinggalkan suami.
v. Membantu jawatankuasa melaksanakan kegiatan-kegiatan yang berkaitan dengan jawatankuasa.

 

3.13 WAKIL PENDUDUK
i. Membantu jawatankuasa dalam melaksanakan kegiatan-kegiatan yang telah dirancangkan.
ii. Membawa persoalan-persoalan dan masalah-masalah penduduk yang diwakili dan menyampaikan segala keputusan jawatankuasa kepada penduduk.
iii. Menyuarakan pandangan-pandangan demi kebaikan dan kemajuan masyarakat atau bandar-bandar yang diwakili.
iv. Mematuhi segala keputusan yang telah diambil dalam mesyuarat jawatankuasa dan memastikan keputusan tersebut dilaksanakan.
0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Tinggalkan Balasan