KURSUS AGROPELANCONGAN 2023
KEJORA menerusi Bahagian Pertanian dan Industri Asas Tani telah menganjurkan Kursus Agropelancongan bermula pada 7 hingga 10 Oktober 2023 di Sekitar Negeri Sabah.
Seramai 16 orang peserta termasuk urusetia telah terlibat sama di dalam kursus ini. Tujuannya adalah untuk memberi pendedahan dan meningkatkan ilmu pengetahuan serta mewujudkan idea-idea baru di dalam sektor agropelancongan kepada Pengusaha/Koperasi/JPKK di dalam wilayah KEJORA sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam aktiviti agropelancongan.
Antara lokasi-lokasi yang dilawati adalah Yong Farmstay, Kilang Kopi Yit Foh, Taman Pertanian Sabah, Kundasang Farm Ville, Desa Dairy Cattle Farm, Mari-mari cultural village dan Koko hill Elf. Terdapat pelbagai aktiviti menarik disediakan sepanjang sesi lawatan tersebut berlangsung dengan konsep pengurusan yang teratur serta mempunyai keistimewaan yang tersendiri.
Semoga dengan ilmu yang diperolehi dari kursus ini menjadi pemangkin kepada semangat kepada pengusaha pertanian wilayah KEJORA.
Tahniah dan Syabas diucapkan kepada semua peserta.