PELAWAAN PERMOHONAN SKIM BANTUAN PERTANIAN KELOMPOK (SBPK) SIRI 2 TAHUN 2023
SYARAT PERMOHONAN
- Permohonan adalah perlu dikemukakan melalui Borang Permohonan yang boleh diperolehi secara percuma melalui kaedah berikut:
i. Memuat turun di laman web KEJORA: www.kejora.gov.my, atau;
ii. Mengisi borang permohonan secara atas talian melalui google form iaitu: https://forms.gle/SywNBcTzRfdR6FMBA , atau;
- Mendapatkan borang permohonan di ibu pejabat KEJORA sepertimana alamat berikut:
LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA,
BANGUNAN IBUPEJABAT KEJORA,
JALAN DATO’ HJ. HASSAN YUNUS,
BANDAR PENAWAR,
81930 BANDAR PENAWAR,
JOHOR.
- Permohonan yang lengkap perlulah dikembalikan kepada alamat diatas atau emelkan ke pertanian@kejora.gov.my.
- Tarikh tutup permohonan adalah pada 22 OKTOBER 2023 (AHAD) sebelum jam 5.00 petang. Borang yang diterima selepas daripada tempoh tersebut tidak akan diterima dan diproses.
- Sekiranya tiada sebarang jawapan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh iklan ditutup, maka permohonan tuan/puan adalah dianggap TIDAK BERJAYA.Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Bahagian Pertanian dan Industri Asas Tani, KEJORA di talian 07-8843000 atau 07-8843156.
- Untuk Maklumat Lanjut Skim Bantuan Pertanian Berkelompok (SBPK) Siri 2 Tahun 2023 adalah seperti iklan di bawah.
IKLAN SBPK 2023 SIRI 2 Borang Permohonan SKIM BANTUAN PERTANIAN KELOMPOK (SBPK) 2023 (1)