KURSUS ASAS BAHASA ASING (BAHASA MANDARIN) BAGI PELANCONGAN WILAYAH KEJORA TAHUN 2023
Alhamdulillah. KEJORA melalui Bahagian Pelancongan telah berjaya menganjurkan Kursus Asas Bahasa Asing (Bahasa Mandarin) bagi Pelancongan Wilayah KEJORA Tahun 2023 yang telah berlangsung selama tiga hari bermula 15 hingga 17 Mac 2023 bertempat di Trove Hotel, Johor Bahru. Di dalam kursus ini, para peserta dapat mempelajari dan memahami berkaitan teknik berucap dengan yakin-5W1H, membiasakan diri dengan Bahasa Mandarin, memahami perkataan & sebutan, Latihan Dalam Kumpulan (LDK), berlatih dengan mahir!, Apps untuk memudahkan alih bahasa dan kaedah mudah bercakap.
Majlis penutup bagi kursus ini telah dirasmikan oleh YBhg. Puan Suraya Hani binti Sharan, Pengurus Bahagian Pelancongan selaku wakil rasmi Pengurus Besar KEJORA.
Pihak Pengurusan KEJORA ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak yang terlibat dalam menjayakan kursus ini terutamanya kepada peserta kursus yang terdiri daripada :
a. Homestay Kg Mawai Baru;
b. Homestay Kg. Lukut;
c. Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan (JPKK) Kg. Tanjung Sedili;
d. Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan (JPKK) Kg. Tanjung Serindit;
e. Koperasi Sinar Tanjung Balau; dan
f. Hotel Bayu Balau Beach Resort.
Semoga kursus yang telah dianjurkan ini dapat dimanfaatkan oleh semua pihak yang terlibat bagi memastikan hasrat melahirkan modal insan yang cemerlang dapat direalisasikan di dalam sektor pelancongan.
Sekian, terima kasih.