PERHIMPUNAN BULANAN KEJORA BILANGAN 2 TAHUN 2023

14 Mac 2023 SELASA, Bandar Penawar – Pada hari ini, telah berlangsung Majlis Perhimpunan Bulanan Bilangan 2 Tahun 2023 di Dewan KEJORA, Bandar Penawar.
Majlis perhimpunan bulanan pada kali ini dimulakan dengan taklimat dan sesi soal jawab bersama Jabatan Bantuan Guaman Negeri Johor (JBG) yang telah disampaikan oleh Tuan Wan Mohamad Helmi bin Masran. Taklimat ini diadakan adalah bagi memberikan pendedahan awal berkaitan khidmat guaman yang boleh ditawarkan oleh JBG kepada mana-mana orang di Malaysia ini termasuk warga KEJORA.
Seterusnya, Majlis Perhimpunan Bulanan telah dimulakan dengan bacaan doa dan seterusnya lafaz ikrar Akta Rahsia Rasmi 1972 yang diketuai oleh En. Muhammad Fikri bin A. Hamid dan Ikrar Integriti Perkhidmatan Awam telah diketuai oleh En. Abd. Rahman bin Abd. Samad. Selanjutnya, Pengurus Besar KEJORA, YBhg. Dato’ Hj. Mohd Rusdi bin Mohd Darus telah menyampaikan ucaptama di dalam majlis perhimpuan ini.
Di dalam ucapannya, beliau menyatakan jutaan terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri & Menteri KKDW, YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi yang telah hadir ke KEJORA sempena lawatan kerja ke KEJORA pada 14 Mac 2023 yang lalu. Turut hadir ialah YAB Menteri Besar Johor, YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Pengerang, Timbalan Menteri KKDW, Timbalan Menteri KDN, Setiausaha Kerajaan Johor serta lain-lain deligasi. Selain itu juga, beliau menyentuh mengenai konsep Gagasan Masyarakat MADANI yang perlu diterapkan oleh pegawai di KEJORA. Beliau turut menyentuh mengenai peruntukan Belanjawan 2023 yang diperolehi oleh KEJORA. Akhir sekali, turut disentuh ialah pengagihan lebih dari 650 Kit Bantuan Bencana kepada mangsa banjir dalam Wilayah KEJORA.
Majlis perhimpunan bulanan kali juga telah diserikan dengan beberapa program sampingan iaitu:-
1. Penyerahan Takwim KEJORA Tahun 2023
2. Penyerahan Sijil Majlis Bersama Jabatan (MBJ)
3. Penyerahan Sijil Penghargaan Kajian Outcome Tahun 2022
4. Penyerahan Sijil Penghargaan Kepada Mentor & Menti Bagi Program Pementoran KEJORA TAhun 2022
Majlis diteruskan dengan lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang diketuai oleh Dato’ Hj Mohd Rusdi bin Mohd Darus dan disambut oleh semua anggota KEJORA dengan disaksikan oleh Penguasa Kanan SPRM Johor, Pn. Hamsia binti Abdul Ham. Sebelum itu, semua hadirin telah mendengar taklimat ringkas mengenai bidang kuasa dan tanggungjawab SPRM yang disampaikan oleh Penolong Penguasa Suruahnjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Johor, En. Hassan bin Sulaimi.
Terima kasih kepada semua yang menjayakan Majlis Perhimpunan Bulanan KEJORA Bilangan 2 Tahun 2023.
“Respect Other If You Want To Be Respected”