KURSUS PENTERNAKAN AYAM DAN RUMINAN VIRAL 3.0
Pada 19 dan 20 Ogos 2023, KEJORA melalui Bahagian Pertanian dan Industri Asas Tani telah menghantar seramai 10 orang peserta untuk menghadiri Kursus Penternakan Ayam dan Ruminan Viral 3.0 bertempat di D’Impian Agro Farm, Muar, Johor. Peserta kursus adalah terdiri daripada penduduk Wilayah KEJORA dan peserta yang sedang mengusahakan projek ternakan ayam atau ruminan.
Sepanjang kursus ini, peserta telah diberikan pendedahan dan ilmu pengetahuan serta latihan praktikal mengenai makanan ayam, rumput silaj, penyediaan reban/kandang, kawalan penyakit, penghasilan produk hiliran, pengiraan kos operasi yang sebenar dan kaedah pemasaran yang berkesan.
Kursus ini dijalankan secara Personal Coaching oleh Y.Bhg. Dr. Baharuddin bin Mohamed @ COACH BAHAR, Pengarah D’Impian Agro Farm.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada para peserta.