PROGRAM BELIA DESA MADANI @ KKDW

Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menerusi Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan dan Best FM sebagai rakan media hadir menganjurkan Program Belia Desa Madani @ KKDW sepertimana berikut;
25 Ogos 2023 (Jumaat)
8.30 Pagi hingga 11.00 Malam
B5 Johor Street Market, Johor Bahru
Antara aktiviti menarik untuk anda seperti;
1. Pertandingan Ratu Batik
2. Pertandingan Belia Idol
3. Pertandingan KEJORA Aerofithon Challenge
4. Karnival TVET – Pertandingan Robo-Soccer
5. Klinik Pemerkasaan IPPK
6. KEJORA Bikeshow
7. Malam Kerohanian Belia Best FM
8. Jualan Rahmah @ Maslee B5
9. Taklimat TVET
10. Demonstrasi Urutan, Bekam & Gunting Rambut
11. Pameran Agensi Kerajaan
12. Cabutan Bertuah
Turut hadir menyempurnakan majlis;
YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi
Timbalan Perdana Menteri & Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah
Jadi jangan lepaskan peluang ini, jumpa anda di sana!