LATIHAN PENTERNAKAN UDANG KARA AIR TAWAR
Pada 22 Ogos 2023, KEJORA melalui Bahagian Pertanian dan Industri Asas Tani telah menghantar seramai 10 orang peserta untuk menghadiri Latihan Penternakan Udang Kara Air Tawar bertempat di National Institutes of Biotechnology Malaysia, Serdang Selangor. Peserta kursus adalah terdiri daripada penduduk sekitar Wilayah KEJORA.
Sepanjang latihan ini, peserta diberikan pendedahan dan ilmu pengetahuan serta latihan praktikal mengenai kaedah permulaan bagi menjalankan ternakan udang kara air tawar, makanan udang, penyediaan kolam atau tangki, kawalan penyakit, pengiraan kos operasi dan pemasaran.
Latihan ini dikendalikan oleh Encik Ahmad Nor Hafzan bin Mat Roni, Saintis, Plant Biotechnology Research Centre dan Encik Muhamad Johnny Ajang bin Abdullah, Saintis, Plant Biotechnology Research Centre, National Institutes of Biotechnology Malaysia.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada para peserta.