Majlis Perasmian Kempen Outreach Imunisasi COVID-19 Wilayah KEJORA Tahun 2021
Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinnya maka pada hari ini berlangsungnya Majlis Perasmian Kempen Outreach Imunisasi COVID-19 Wilayah KEJORA Tahun 2021. Majlis telah disempurnakan oleh YB Dato’ Che Zakaria Bin Mohd Salleh, Pengerusi KEJORA dengan jayanya. Turut serta Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KEJORA, Encik Daud bin Abd Rahman; YB Dato’ Sharifah Azizah binti Dato’ Syed Zain, ADUN Penawar; YB Tuan Haji Rosleli bin Jahari, ADUN Johor Lama dan Pengurus Pembangunan Sosial dan Pemajuan Desa, Encik SH Khayulzahri bin SH A.Raof.
Ucapan tahniah kepada semua yang telah mendaftarkan diri sebagai sukarelawan bagi membantu kerajaan memastikan imuniti kelompok dapat dibentuk di dalam komuniti agar dapat memutuskan rantaian penularan jangkitan COVID-19 dan akhirnya menamatkan pandemik ini.
Sekalung penghargaan juga diucapkan kepada Pusat Khidmat Adun Penawar, Pusat Khidmat ADUN Johor Lama dan Pusat Khidmat Tanjung Surat di atas kerjasama yang diberikan. Semoga usaha yang digerakkan oleh KEJORA dan Pejabat Daerah Kota Tinggi ini dapat membantu Pejabat Kesihatan Daerah Kota Tinggi untuk melaksanakan Program Imunisasi dengan lebih lancar.
Program Outreach yang akan digerakkan oleh tiga Pusat Khidmat Adun ini akan mendekati masyarakat melalui platform booth yang akan dibuka selama 30 hari di kawasan-kawasan yang menjadi tempat tumpuan awam.
LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA.