Program Peningkatan Pendapatan (PPP), Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) Wilayah KEJORA.

KEJORA terus komited membantu peserta e-kasih dan B40 melalui Program Peningkatan Pendapatan (PPP), Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) Wilayah KEJORA.
Alhamdulillah… Alhamdulillah… Alhamdulillah… Bersyukur kehadrat ilahi di atas kurniaan dan anugerahNYA, pihak Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) melalui Bahagian Pembangunan Sosial dan Pemajuan Desa (PSPD) telah berjaya menganjurkan Kursus Asas Perniagaan kepada 28 penerima bantuan peralatan PPP SPKR Wilayah KEJORA pada 7 dan 8 April 2021 (Rabu dan Khamis) bertempat di Desa Selatan Resort (Southern Village Resort), Pengerang, Kota Tinggi, Johor. Kursus ini memberi pendedahan kepada para peserta berkaitan strategi asas peniagaan, pemasaran, penyediaan laporan kewangan, sesi motivasi dan perkongsian ilmu. Majlis Penutupan kursus telah dirasmikan oleh Encik Daud bin Abd Rahman, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KEJORA. Turut hadir sama Encik Sh. Khayulzahri bin Sh. A. Raof, Pengurus Pembangunan Sosial dan Pemajuan Desa (PSPD) KEJORA dan Encik Nik Mohd Nor Arif, Pengurus IYBE Bispoint selaku Pengendali Latihan.